Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) dibuka pada 2 Januari 2009 dengan jumlah 2 kelas, 17 orang murid, 3 orang guru dan 2 orang PPM. Penyelaras pada masa itu ialah En. Nor Asyamsorizal B. Mohd Noor. Namun begitu, pertambahan murid telah melayakkan program ini mendapat seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas pada 1 April 2011 iaitu S.M.Mahhudi b. Omar.
Pada tahun 2012, program ini telah mempunyai 4 buah kelas, 41 orang murid, 8 orang guru dan 4 orang Pembantu Pengurusan Murid. Pada tahun 2013, bilangan murid 42 orang, 7 orang guru, seorang ustazah J-Qaf dan 4 orang Pembantu Pengurusan Murid. Masih terlalu banyak kekurangan dari segi infastruktur untuk menjadi kelas Pendidikan Khas yang kondusif. Dengan pertambahan murid pada tahun 2014, PPKI SK Kuang telah menerima bantuan sebuah bangunan baru ( 4 kelas dan 2 tandas OKU ) yang terletak bersebelahan padang.
Pada 17 Februari 2017 Penolong kanan PPKI baru telah bertugas iaitu Pn. Nor Hawati Binti Harun dan bilangan murid terus bertambah dari masa ke semasa iaitu seramai 42 orang murid.
Pada tahun 2018 pula murid PPKI SKK bertambah menjadikan jumlah murid seramai 50 orang. Jumlah ini bertambah lagi pada tahun 2019 sehingga menjadi 61 orang murid. Pentadbiran diteruskan dengan seorang Penolong Kanan PPKI, 7 orang guru dan 4 orang PPM. Pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah berusaha memenuhi setiap keperluan asas agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dan dapat membantu perkembangan potensi diri murid-murid khas di sekolah ini. Pada tahun 2020 murid terus bertambah iaitu 67 orang murid. Murid pada tahun 2021 dibahagikan kepada 6 kelas iaitu seramai 66 orang dan 2 orang berada di inklusif penuh.