Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga.
Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama dengan minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.
Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam fail-fail berkenaan.
Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas.
Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas.
Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti PPKI pada akhir tahun dan dihantar ke Unit Pendidikan Khas,
Buku kehadiran penggunaan bilik, pastikan guru-guru isi.
Surat menyurat berkaitan dengan PPKI
Penyediaan makanan @ minuman sekiranya ada perlu diuruskan
Setiap taklimat dicatat seperti minit curai.
Memastikan PdP mengikut kurikulum yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM.
Memastikan mata pelajaran yang diajar mengikut dokumen standard adalah bersesuaian.
Memastikan bahan-bahan pembelajaran mencukupi bagi melaksanakan kurikulum pendidikan khas.
Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar guru pelatih atau guru baru di sekolah ini.
Menyediakan jadual bertugas mingguan dan bengkel perkembangan staf.
Menyediakan aktiviti dan perancangan tahunan kurikulum berdasarkan takwim JPS dan KPM.
Menyediakan buku laporan bertugas guru.
Menyediakan senarai nama dan maklumat guru mengikut kelas.
Menyediakan senarai buku latihan untuk murid.
Menyediakan jadual pencerapan buku latihan, RPI dan PdP.
Menyediakan jadual mesyuarat PPKI dan taklimat PPM.
Menyediakan surat siaran waktu dan sesi persekolahan tahunan.
Menyimpan kertas soalan Penilaian Pertengahan Tahun (PPT) dan Penilaian Akhir Tahun (PAT) di dalam fail bank soalan.
Menyediakan dokumen / senarai semak Hari Terbuka.
Menyediakan senarai murid untuk kenaikan kelas bagi tahun hadapan.
Menyediakan jadual peperiksaan PPT & PAT berdasarkan takwim sekolah.
Menyediakan carta organisasi kurikulum PPKI.
Menyediakan AJK panitia mata pelajaran.
Menyediakan senarai semak penghantaran buku latihan dan RPI.
Menyediakan muka depan untuk soalan PPT dan PAT.
Menyediakan senarai penghantaran buku latihan dan RPI.
Membuat agihan murid untuk guru-guru menyediakan e RPI.
Menyediakan buku relief PPKI.
Menyediakan buku rekod pinjaman alatan / BBM PPKI.
Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran,kemasukan, penempatan dan pertukaran murid.
Menyelia mengenai kehadiran murid ke sekolah.
Menggubal dan menguatkuasa peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke semasa.
Menyedia dan menyelia kemudahan dan kebajikan murid dari segi EMK, BukuTeks, Rancangan Makanan Tambahan, Bimbingan dan Kaunseling,keselamatan murid,pemeriksaan kesihatan dan gigi serta sebarang jenis bantuan.
Menyelia dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Kesihatan, juga dapat memberi perkhidmatan serta layanan sewajarnya kepada pengguna.
Menyelia dan menyelaras pengeluaran/pemberian surat-surat akuan, sijil-sijil penghargaan dan sijil berhenti sekolah.
Memastikan data maklumat kelas, guru dan murid dalam sistem APDM dan sistem pengoperasian Pendidikan Khas adalah sama dan tiada kesilapan yang berlaku.
Memastikan Program Susu 1 Malaysia dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berjalan lancar.
Merancang aktiviti tahunan kokurikulum kelas pendidikan khas seperti sukan, kebudayaan, kelab, persatuan dan pasukan beruniform,
Mendaftarkan kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas dengan pihak-pihak yang berkenaan (rujuk kepada Penolong Kanan Kokurikulum).
Mendokumentasikan segala hal yang berkaitan dengan kelab seperti pendaftaran, peraturan, yuran, pakaian, masa perjumpaan dan lain-lain; failkan di dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas.
Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas
Jadual Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum,
Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas,
Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan pada setiap sesi,
Kertas kerja program / aktiviti kokurikulum yang akan dilaksanakan,
Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan setiap kokurikulum
Laporan program / aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan,
Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang.
Menyediakan segala surat mesyuarat, dokumen dan membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan setiap program kokurikulum.
Menyediakan laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan; satu salinan untuk Fail Ko-kurikulumPendidikan Khas.
Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
Menyediakan buku laporan bertugas guru ko-kurikulum.
Menyediakan carta ko-kurikulum PPKI.
Memantau perjalanan aktiviti ko-kuruikulum PPKI
Menghadiri mesyuarat berkaitan dengan ko-kurikulum peringkat negeri.
Memastikan murid terlibat dengan aktiviti JPS.
Mengadakan mesyuarat ko-kurikulum.
Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari.
Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarangperubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas.
Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini.
Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap.
Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan, surat panggilan mesyuarat dan lain-lain.
Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi bersama-sama PPM.
Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan selepas rehat.
Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-murid pendidikan khas di kelasnya.
Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru dalam Buku Daftar Kemasukan.
Memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas tentang murid pendidikan khas baru di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan 3 bulan.
Memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas tentang murid yang akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau berhenti sekolah.
Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan menduduki peperiksaan awam bersama guru SPBT.
Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku sebarang kesulitan.
Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas bersama AJK.
Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria.
Menyedia dan mempamerkan visi, misi, jadual waktu kelas dan sebagainya.
Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan carta tersebut.
Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas.
Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.
Guru kelas pendidikan khas adalah digalakkan untuk menceriakan lagi kelasnya mengikut kreativiti masing-masing.
Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas seterusnya kepada ibu bapa untuk ditandatangani.
Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan yang berpotensi menduduki peperiksaan awam danmemaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut.
Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan StatusProgram Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat.
Memasukkan dan mengemaskini maklumat murid dalam APDM dan juga pengoperasian Pendidikan Khas.
Memastikan murid Pendidikan Khas ditagging sebagai murid OKU di dalam sistem APDM.
Menguruskan hal-hal berkaitan dengan bayaran tambahan murid dan mengeluarkan resit.
Menguruskan buku-buku latihan dan buku kerja yang bersesuaian.
Menyerahkan kutipan bayaran kepada penyelaras yang ditetapkan.