1.0 PENGENALAN
Cerpen merupakan cerita pendek berbentuk formal dan tidak formal yang menggariskan perspektif atau cerita daripada sudut pandangan penulis. Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah untuk berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara kreatif melalui penulisan cerpen mengikut tema yang telah ditetapkan.
2.0 OBJEKTIF
Pertandingan ini dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut:
1.1 Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid.
1.2 Menyediakan platform meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
1.3 Menggalakkan pemikiran kreatif, kritis dan komunikasi berkesan dalam penghasilan karya bermutu sejajar dengan objektif program NILAM.
1.4 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis dengan menggalakkan penggunaan bahasa yang tepat, teratur, gramatis secara berseni dan kreatif.
1.5 Memantapkan objektif program NILAM yang menggalakkan murid menjana idea kreatif dan inovatif bagi aktiviti pembacaan dan penulisan.
1.6 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3.0 PELAKSANA
1.1 Pertandingan peringkat negeri ini akan dikendalikan oleh Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), JPN Negeri Sembilan.
4.0 KATEGORI
1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah (secara individu sahaja) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
1.2 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut:
● Bahasa Melayu Sekolah Menengah : Murid Tingkatan 1 - 5
● Bahasa Inggeris Sekolah Menengah : Murid Tingkatan 1 - 5
5.0 SYARAT PENYERTAAN
Terbuka kepada sekolah-sekolah yang mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah sahaja (13 hingga 16 tahun) berdasarkan kategori berikut:
● Bahasa Melayu
● Bahasa Inggeris
Calon telah membaca dan membuat perekodan bahan bacaan sekurang-kurangnya 200 buah bahan bacaan melalui Advanced Integrated Nilam System (AINS).
Hasil karya murid mestilah dihantar dalam bentuk cerita pendek (cerpen).
Setiap sekolah wajib menghantar penyertaan melalui laman sesawang SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN JPN NEGERI SEMBILAN.
Tema Pertandingan:
Ilmu di Hati, Teknologi Memperkasa Generasi
Knowledge at Heart, Technology Empowering Generations
Berikut adalah kriteria peserta:
a) Terlibat dan cemerlang dalam Program NILAM di sekolah.
b) Mempunyai kemahiran dalam menghasilkan penulisan kreatif yang baik.
Guru pembimbing akan menghantar penilaian hasil penulisan terbaik kepada urus setia pertandingan pengkarya muda tahun 2026.
Bahan-bahan penulisan yang diterima akan menjadi hak milik Kementerian Pendidikan (KPM) dan akan digunakan untuk diterbitkan semula jika perlu.
Johan tahun 2025 TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam pertandingan untuk tahun 2026.
Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 (satu) penyertaan bagi setiap kategori.
Penulisan karya hendaklah menepati ciri-ciri seperti berikut:
i. Had perkataan 1200 hingga 1500 patah perkataan.
ii. Font Times New Roman bersaiz 14 dengan jarak langkau 1.5.
iii. Hasil karya dihantar dalam format word dan pdf. Masukkan dalam satu fail di Google Drive.
iv. Setiap karya mestilah dilengkapi dengan TAJUK dan NAMA PESERTA sahaja.
v. Cerpen mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Karya plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta.
vi. Hasil karya yang menggunakan ChatGPT atau mana-mana aplikasi kecerdasan buatan (AI) TIDAK AKAN DINILAI oleh pihak penganjur.
vii. Hasil karya tidak boleh menyentuh sensitiviti raja, agama, kaum, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak menyinggung mana-mana pihak.
Cara penghantaran penyertaan adalah menggunakan Google Form yang disediakan. Pautan penghantaran penyertaan:
https://forms.gle/XBoTZCLFaTMs5NLe6
Tarikh menghantar pencalonan peserta adalah sebelum atau pada 8 Mei 2026.
6.0 ASPEK PEMARKAHAN
Kelengkapan aspek formula/luaran cerpen - 25 Markah
Kelengkapan unsur dalaman cerpen - 25 Markah
Unsur/ Struktur cerpen - 25 Markah
Kesesuaian penggunaan bahasa cerpen - 25 Markah
Jumlah Keseluruhan - 100 Markah
7.0 CADANGAN HADIAH PERINGKAT NEGERI
Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:
● Johan : Trofi dan sijil pencapaian
● Naib Johan : Trofi dan sijil pencapaian
● Tempat Ketiga : Trofi dan sijil pencapaian
● Tempat Keempat dan Kelima : Trofi dan sijil pencapaian
8.0 TINDAKAN
8.1 Pihak SSTP JPN berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam garis panduan ini.
8.2 Setiap hasil karya yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan hasil karya yang telah dihantar. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal menjadi milik penulis.
8.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua hal yang tidak dinyatakan dalam garis panduan ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau berkenaan tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. Garis panduan ini sah untuk tahun 2026 sehingga makluman atau semakan lanjut daripada pihak SSTP JPN dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan ini tertakluk kepada peraturan di atas sahaja.
.
PENGUMUMAN PEMENANG