PENGENALAN
Pertandingan TVPSS Peringkat Negeri Sembilan 2023 dilaksanakan bagi membuka ruang perkongsian kejayaan sekolah kepada masyarakat umum di seluruh Malaysia dalam konteks TVPSS. Selain itu, pertandingan ini bertujuan untuk melatih murid-murid mempraktikkan kemahiran berkomunikasi, didedahkan kepada aspek-aspek kewartawanan, penulisan berita dan elemen-elemen lain ketika penghasilan bahan pendidikan. Murid-murid juga berupaya menghasilkan inovasi baharu ketika melaksanakan aktiviti bersama-sama TVPSS, membina dan meningkatkan keyakinan melalui pengalaman berhadapan dengan kamera video dan khalayak yang ramai.
MATLAMAT PERTANDINGAN
Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif dengan menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Pendidikan Digital.
Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menyokong pelaksanaan PPPM 2013-2025, terutamanya yang berhubung dengan Anjakan 7, iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran sekaligus dapat menyokong kualiti kemenjadian murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Murid dapat menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif sekaligus menyokong kemahiran berfikir dalam Aspirasi Murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025.
OBJEKTIF PERTANDINGAN
Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif dengan menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Pendidikan Digital.
Melahirkan murid yang fasih digital selari dengan teras dalam Dasar Pendidikan Digital.
Murid dapat menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif sekaligus menyokong kemahiran berfikir dalam Aspirasi Murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025.
Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menyokong pelaksanaan PPPM 2013-2025, terutamanya yang berhubung dengan Anjakan 7, iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran sekaligus dapat menyokong kualiti kemenjadian murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KATEGORI PERTANDINGAN
Ikon Murid TVPSS Sekolah Menengah dan Rendah
Video Terbaik TVPSS Sekolah Menengah dan Rendah
Studio Terbaik TVPSS Sekolah Menengah dan Rendah
Ikon Guru TVPSS Sekolah Menengah dan Rendah
MAKLUMAT PERTANDINGAN
Penyertaan ini terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah di Negeri Sembilan.
Pertandingan ini dilaksanakan secara 2 peringkat iaitu;
PERINGKAT PENILAIAN SARINGAN DAERAH
PERINGKAT PENILAIAN NEGERI
Pendaftaran penyertaan Pertandingan TVPSS Negeri Sembilan bermula pada 15 Julai 2024 dan tarikh tutup adalah pada atau sebelum 15 September 2024.
Penilaian saringan DAERAH bermula 23 hingga 27 September 2024 manakala penilaian saringan NEGERI akan bermula pada 1 hingga 4 Oktober 2024.
Terdapat 4 kategori pertandingan dan sekolah yang berminat boleh menghantar penyertaan seperti berikut;
Video Terbaik TVPSS – SATU PENYERTAAN SAHAJA BAGI SETIAP SEKOLAH
Studio Terbaik TVPSS – SATU PENYERTAAN SAHAJA BAGI SETIAP SEKOLAH
Ikon Murid TVPSS – SATU PENYERTAAN SAHAJA BAGI SETIAP SEKOLAH
Ikon Guru TVPSS – SATU PENYERTAAN SAHAJA BAGI SETIAP SEKOLAH
MAKLUMAT PERTANDINGAN
Semua peserta yang menyertai Pertandingan TVPSS NS 2024 akan memperoleh sijil peringkat negeri.
Semua kategori akan dinilai secara :
SARINGAN DAERAH
VIDEO TERBAIK TVPSS - penilaian video
STUDIO TERBAIK TVPSS - penilaian folio dan video 3 minit
IKON MURID TVPSS - penilaian folio
IKON GURU TVPSS - penilaian folio
PENILAIAN NEGERI
VIDEO TERBAIK TVPSS - penilaian video
STUDIO TERBAIK TVPSS - penilaian folio dan video 3 minit & Lawatan Studio & Pembentangan (3 terbaik)
IKON MURID TVPSS - penilaian folio & Pembentangan (3 terbaik)
IKON GURU TVPSS - penilaian folio & Pembentangan (3 terbaik)
SYARAT PERTANDINGAN
KATEGORI IKON MURID TVPSS
1.1.1 Pemilihan Murid Ikon TVPSS adalah berdasarkan penglibatan aktif murid dalam TVPSS sepanjang berada di
sekolah iaitu bagi semua sekolah menengah dan rendah KPM. Ikon boleh terdiri daripada kru TVPSS seperti
pengacara,penerbit, pengarah, wartawan, penyunting, jurukamera atau lain-lain penglibatan dalam penerbitan
video.
1.1.2 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah KPM seperti berikut.
1.1.2.1 Peralihan hingga Tingkatan 5 bagi kategori sekolah menengah.
1.1.2.2 Tahun 4 hingga 6 (tahap 2) bagi kategori sekolah rendah.
1.1.2.3 Penyertaan adalah terbuka kepada semua krew TVPSS kecuali yang pernah menjadi JOHAN kategori ini pada tahun 2023.
1.1.3 Aspek penilaian adalah seperti berikut:-
1.1.3.1 Penglibatan dalam jumlah episod TVPSS.
1.1.3.2 Tahap penglibatan TVPSS (antarabangsa/kebangsaan/negeri/daerah/sekolah)
1.1.3.3 Kejayaan yang dicapai dalam aktiviti TVPSS dan video (Johan/Naib Johan/ Tempat Ketiga/ Saguhati/
Penyertaan)
1.1.3.4 Keistimewaan calon (dalam aktiviti kurikulum,kokurikulum dan HEM)
1.1.3.5 Impak penglibatan: Markah hanya dikira sepanjang 3 tahun penglibatan (2022-2024)
1.1.4 Semua calon kategori ini perlu melengkapkan borang penyertaan yang disediakan dan membuat penghantaran
menerusi GOOGLE FORM PENGHANTARAN PENYERTAAN sebelum tamat tarikh pertandingan.
1.1.5 Penyertaan bagi kategori ini perlu menyediakan FOLIO IKON MURID TVPSS mengikut format yang telah
ditetapkan. Folio tersebut perlu dihantar menerusi GOOGLE FORM PENGHANTARAN PENYERTAAN yang
disediakan dalam format PDF bersama-sama borang penyertaan.
1.1.6 Penyertaan Pertandingan TVPSS NS 2024 bagi semua kategori akan melalui proses saringan di peringkat daerah (saringan 1). Pihak penganjur akan membuat pemilihan calon IKON MURID TVPSS terbaik untuk dinilai di peringkat negeri seterusnya menentukan pemenang bagi kategori ini.
1.1.7 Hadiah trofi dan sijil disediakan seperti berikut;
1.1.7.1 Johan Ikon Murid TVPSS – (SM & SR)
1.1.7.2 Naib Johan Ikon Murid TVPSS – (SM & SR)
1.1.7.3 Tempat Ke Tiga Ikon Murid TVPSS – (SM & SR)
1.1.7.4 2 tempat saguhati Ikon Murid TVPSS – (SM & SR)
1.1.7.5 Sijil penyertaan Ikon Murid TVPSS – (SM & SR)
1.1.8 Keputusan juri adalah muktamad.
KATEGORI VIDEO TERBAIK TVPSS
1.1.1 Pertandingan ini adalah berkumpulan empat (4) orang yang terdiri daripada kru penghasilan video sama ada
pengarah, wartawan, jurukamera, pengacara, penyunting, penerbit atau lain-lain.
1.1.2 Penyertaan kategori ini terbuka kepada semua sekolah di Negeri Sembilan. Semua calon kategori ini perlu melengkapkan borang penyertaan yang disediakan dan membuat penghantaran menerusi GOOGLE FORM PENGHANTARAN PENYERTAAN sebelum tamat tarikh pertandingan.
1.1.3 Tema pada tahun ini adalah MALAYSIA MADANI. Video yang dihasilkan hasruslah menepati tema yang telah ditetapkan.
1.1.4 Penghasilan video mestilah dalam Bahasa Melayu sahaja.
1.1.5 Bahan video yang dihasilkan hendaklah tidak menyentuh mana-mana sensitiviti keagamaan, perkauman, politik
atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak menyinggung mana-mana pihak.
1.1.6 Penggunaan runut bunyi, muzik, animasi, gambar, logo dan lain-lain media hak cipta serta tanda perniagaan tanpa kebenaran adalah dilarang dan tidak dibenarkan.
1.1.7 Hakcipta video yang dihasilkan adalah hak milik Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS). JPNS berhak menggunakan produksi tersebut seperti menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedarkan, menyunting semula dan menayangkan semua hasil karya yang dihantar di laman sesawang, pameran, mana-mana platform media atau media sosial JPN/KPM untuk tujuan pembelajaran, promosi dan sebagainya.
1.1.8 Video yang dipertandingkan hendaklah dimuatnaik ke dalam Channel Youtube TVPSS sekolah masing-masing dengan tetapan UNLISTED. Hanya pautan (link) URL Video tersebut yang dihantar untuk penyertaan
1.1.9 Setiap video penyertaan mestilah mematuhi format TVPSS seperti yang dinyatakan dalam KIT TVPSS Kebangsaan.
1.1.10 Hanya video yang dihasilkan pada tahun 2024 sahaja dibenarkan untuk penyertaan.
1.1.11 Durasi video adalah 4 HINGGA 5 MINIT (TIDAK MELEBIHI 5 MINIT dan TIDAK KURANG DARIPADA 4 MINIT),
genre adalah bebas (dokumentari/ temubual/ tutorial/ PDPc dan lain-lain) sama ada di dalam atau di luar
sekolah. Pihak sekolah yang menyertai dinasihatkan menyediakan video tidak melebihi dari masa yang ditetapkan.
1.1.12 Aspect Ratio adalah 16:9 dengan resolusi minimum 1080p (pixel).
1.1.13 Kualiti video amat dititik beratkan. (Teknikal penyediaan video).
1.1.14 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diplagiat serta gagal
mematuhi syarat pertandingan
1.1.15 Hasil produksi yang dikemukakan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan.
1.1.16 Cara penghantaran penyertaan adalah menggunakan borang penyertaan yang disediakan. Pihak sekolah hanya perlu memasukkan pautan (link) video daripada Channel Youtube TVPSS masing-masing dalam format MP4 ke dalam Google Form yang disediakan sebelum tarikh tutup pertandingan.
1.1.17 Semua penyertaaan Pertandingan TVPSS NS 2024 bagi semua kategori akan melalui proses saringan di
peringkat daerah (saringan 1). Pihak penganjur akan membuat pemilihan VIDEO TVPSS TERBAIK untuk dinilai di
peringkat negeri seterusnya menentukan pemenang bagi kategori ini.
1.1.18 Hadiah trofi dan sijil disediakan seperti berikut.
1.1.18.1 Johan Video Terbaik TVPSS – (SM & SR)
1.1.18.2 Naib Johan Video Terbaik TVPSS – (SM & SR)
1.1.18.3 Tempat Ke Tiga Video Terbaik TVPSS – (SM & SR)
1.1.18.4 2 Tempat saguhati Video Terbaik TVPSS – (SM & SR)
1.1.18.5 Sijil penyertaan Video Terbaik TVPSS – (SM & SR)
1.1.19 Keputusan juri adalah muktamad.
KATEGORI IKON GURU TVPSS
1.1.1 Pemilihan Guru Ikon TVPSS adalah berdasarkan kepada penglibatan aktif guru dalam TVPSS sepanjang berada di sekolah iaitu bagi semua sekolah menengah dan rendah KPM di Negeri Sembilan.
1.1.2 Penyertaan terbuka kepada guru-guru sekolah KPM di Negeri Sembilan kecuali guru yang pernah menjadi JOHAN kategori IKON GURU TVPSS pada tahun 2023.
1.1.3 Aspek penilaian adalah seperti berikut:-
1.1.3.1 Penglibatan dalam jumlah episod TVPSS.
1.1.3.2 Tahap penglibatan TVPSS (antarabangsa/kebangsaan/negeri/daerah/sekolah)
1.1.3.3 Kejayaan yang dicapai dalam aktiviti TVPSS dan video (Johan/Naib Johan/ Tempat
Ketiga/Saguhati/Penyertaan) peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
1.1.3.4 Keistimewaan calon (keterlibatan dalam peringkat sekolah,daerah,negeri,kebangsaan,antarabangsa dan
NGO)
1.1.3.5 Impak penglibatan (kesan baik yang diperoleh oleh guru hasil dari penglibatan yang aktif dalam
TVPSS) Markah hanya dikira sepanjang 3 tahun penglibatan (2022-2024)
1.1.4 Penyertaan bagi kategori ini perlu menyediakan FOLIO IKON GURU TVPSS mengikut format yang telah
ditetapkan dengan memastikan bukti penglibatan dan pencapaian dinyatakan dalam folio berkenaan.
1.1.5 Folio tersebut perlu dihantar menerusi GOOGLE FORM PENGHANTARAN PENYERTAAN yang disediakan dalam format PDF bersama-sama borang penyertaan sebelum tarikh tutup pertandingan.
1.1.6 Semua calon kategori ini perlu melengkapkan borang penyertaan yang disediakan dan membuat penghantaran
menerusi GOOGLE FORM PENGHANTARAN PENYERTAAN sebelum tarikh tutup pertandingan.
1.1.7 Hadiah trofi dan sijil disediakan seperti berikut.
1.1.7.1 Johan Ikon Guru TVPSS – (SM & SR)
1.1.7.2 Naib Johan Ikon Guru TVPSS – (SM & SR)
1.1.7.3 Tempat Ke Tiga Ikon Guru TVPSS – (SM & SR)
1.1.7.4 2 tempat saguhati Ikon Guru TVPSS – (SM & SR)
1.1.7.5 Sijil penyertaan Ikon Guru TVPSS – (SM & SR)
1.1.6 Keputusan Juri adalah muktamad
KATEGORI STUDIO TERBAIK TVPSS
1.1.1 Pemilihan Studio Terbaik TVPSS adalah berdasarkan penglibatan aktif ahli dan Jawatakuasa TVPSS dalam
aktiviti rakaman program TVPSS sepanjang berada di sekolah iaitu bagi semua sekolah menengah dan sekolah
rendah KPM di Negeri Sembilan . Ini boleh terdiri daripada aktiviti/program seperti pengacaraan penerbitan,
pengarahan, kewartawanan, lawatan atau lain-lain penglibatan yang melibatkan studio TVPSS.
1.1.2 Penyertaan terbuka kepada semua sekolah KPM di Negeri Sembilan yang mempunyai STUDIO TVPSS kecuali
yang telah memenangi JOHAN kategori ini pada tahun 2023.
1.1.3 Aspek penilaian adalah seperti berikut:-
1.1.3.1 Penglibatan studio TVPSS dan Jawatankuasa TVPSS dalam program/aktiviti TVPSS.
1.1.3.2 Tahap penglibatan TVPSS (antarabangsa/kebangsaan/negeri/daerah/sekolah, rakaman,aktiviti/program)
1.1.3.3 Penilaian berdasarkan sepanjang penubuhan TVPSS, silanyatakan bila studio ditubuhkan di dalam borang penyertaaan.
1.1.3.4 Kejayaan yang dicapai dalam aktiviti TVPSS (Faktor “WOW”) #Melalui verifikasi akhir juri.
1.1.3.5 Peralatan dan kelengkapan studio TVPSS.
1.1.4 Penyertaan bagi kategori ini perlu menyediakan FOLIO STUDIO TVPSS mengikut format yang telah
ditetapkan. Folio tersebut perlu dihantar menerusi GOOGLE FORM PENGHANTARAN PENYERTAAN yang
disediakan dalam format PDF bersama-sama borang penyertaan.
1.1.5 Penyertaan bagi kategori ini perlu menyediakan 1 video berdurasi 3 minit yang memaparkan ruang STUDIO TVPSS dan maklumat pencapaian/program dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing.
1.1.6 Semua calon kategori ini perlu melengkapkan borang penyertaan yang disediakan dan membuat penghantaran
menerusi GOOGLE FORM PENGHANTARAN PENYERTAAN sebelum tamat tarikh pertandingan.
1.1.7 Penyertaan Pertandingan TVPSS NS 2024 bagi semua kategori akan melalui proses saringan di peringkat daerah (saringan 1). Pihak penganjur akan membuat pemilihan STUDIO TERBAIK TVPSS untuk dinilai di
peringkat negeri seterusnya menentukan pemenang bagi kategori ini.
1.1.8 Hadiah trofi dan sijil disediakan seperti berikut.
1.1.8.1 Johan Studio Terbaik TVPSS – (SM & SR)
1.1.8.2 Naib Johan Studio Terbaik TVPSS – (SM & SR)
1.1.8.3 Tempat Ketiga Studio Terbaik TVPSS – (SM & SR)
1.1.8.4 2 Tempat saguhati Studio Terbaik TVPSS – (SM & SR)
1.1.8.5 Sijil penyertaan Studio Terbaik TVPSS – (SM & SR)
1.1.8 Keputusan juri adalah muktamad.
SILA KLIK UNTUK PAPARAN BERIKUT