Melalui laman web ini, SSTP JPN Negeri Sembilan berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan terkini kepada anda supaya anda semua dapat mengetahui tentang program-program serta perkhidmatan yang telah dan juga yang akan disediakan oleh SSTP JPN Negeri Sembilan.
Kami berpendapat laman web ini dapat memberi maklumat serta perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa had masa dan batas sempadan supaya anda boleh mengakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Adalah menjadi azam saya dan semua warga SSTP untuk menjadikan SSTP JPN Negeri Sembilan sebuah organisasi yang cemerlang dan menjadi kebanggaan kepada anda semua sesuai dengan visi, misi serta objektif KPM. Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan perkhidmatan atau "service-oriented", SSTP JPN Negeri Sembilan akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada semua anggota.
Semoga maklumat yang ada di laman web kita ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua anggota. Selamat melayari laman web SSTP JPN Negeri Sembilan
Sekian, terima kasih.
MOHD AIMAN BIN ABDOLL AZIZ
KETUA PENOLONG PENGARAH,
SSTP JPN NEGERI SEMBILAN.