TEKAN BUTANG DIBAWAH UNTUK HANTAR PENYERTAAN
PENGENALAN
Pertandingan Pembaca Bestari Peringkat Negeri Sembilan merupakan pengiktirafan KPM dalam usaha memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat, berpengetahuan, berfikiran kritis dan kreatif.
SYARAT PENYERTAAN
1. Penyertaan ini dibuka kepada murid-murid Tahun 4 dan Tingkatan 3 yang menuntut di sekolah rendah dan sekolah menengah di Negeri Sembilan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, termasuk sekolah berasrama penuh, kolej vokasional, sekolah teknik dan sekolah agama kerajaan.
2. Pemilihan PEMBACA BESTARI memenuhi kriteria berikut :
2.1 CALON SEKOLAH RENDAH :
Calon terdiri daripada murid TAHUN 4 yang telah mencapai pengiktirafan sekurang-kurangnya minimum bahan bacaan 200 (REKOD AINS) dan ke atas.
2.2 CALON SEKOLAH MENENGAH :
Calon terdiri daripada murid TINGKATAN 3 yang telah mencapai pengiktirafan sekurang-kurangnya minimum bahan bacaan 200 (REKOD AINS) dan ke atas.
2.3 Calon telah menyertai pelbagai aktiviti galakan membaca di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
2.4 Calon berkebolehan mengemukakan justifikasi kepada sesuatu isu/masalah dan mampu mewajarkan cadangan penyelesaian (Pemikiran Aras Tinggi).
2.5 Calon mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan berkebolehan untuk membimbing rakan lain.
3. Setiap calon perlu mengisi dengan lengkap dan wajib menghantar borang-borang berikut kepada pihak urus setia pada atau sebelum (tertakluk kepada ketetapan setiap PPD):
3.1 Borang Pencalonan – PEMBACA BESTARI 01
3.2 Borang Maklumat Peribadi – PEMBACA BESTARI 02
3.3 Borang kebenaran ibu bapa – PEMBACA BESTARI 03
3.4 Borang Folio Calon – PEMBACA BESTARI 04 (satu salinan perlu diletakkan dalam Folio Pembaca Bestari untuk calon terpilih ke peringkat negeri sahaja)
3.5 3 Sinopsis Buku Pilihan Calon berjumlah 500 patah perkataan.
4. TANGKAP LAYAR JUMLAH BACAAN DALAM AINS/ BUKU REKOD BACAAN NILAM atau helaian rumusan data NILAM sekolah calon yang lengkap dan disahkan oleh guru besar atau pengetua perlu dikemaskini untuk kelayakan ke peringkat daerah/negeri.
5. Semua calon WAJIB menyediakan satu naskhah Folio PEMBACA BESTARI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN dan menghantar folio berkenaan kepada urus setia (yang layak ke peringkat negeri sahaja) dengan butiran yang lengkap seperti berikut:
5.1 Isi Kandungan
5.2 Profil peribadi/Resume
5.3 Salinan myKad/myKid
5.4 Borang-borang – BORANG 01, 02, 03 dan 04
5.5 Senarai pencapaian dan penglibatan calon dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum
5.6 Salinan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2025/ujian terhampir* bagi calon SR dan SM.
5.7 Salinan sijil-sijil penyertaan/kemenangan tahap tertinggi (maksima 10 sijil).
5.8 Gambar-gambar penglibatan calon dalam aktiviti/program/pertandingan ko-kurikulum.
5.9 Satu salinan rekod kutipan data AINS/ NILAM (data diambil dari penyelaras AINS/ NILAM sekolah) calon yang perlu disahkan oleh pengetua atau guru besar.
** salinan hendaklah dalam format salinan berwarna
TATACARA PENILAIAN
1. Penilaian Pemilihan Pembaca Bestari Peringkat Daerah Tahun 2026 terbahagi kepada 2 kriteria iaitu:
a) Penilaian Individu - 100%
2. Skema pemarkahan adalah seperti berikut:
2.1 PEMARKAHAN INDIVIDU
a) Isi kandungan dan pengolahan - 20 markah
b) Penggunaan Bahasa - 10 markah
c) Penyampaian/Keupayaan berkomunikasi - 15 markah
d) Ketokohan/profil murid - 5 markah
PENILAIAN INDIVIDU
1. Calon menyediakan (membaca) TIGA (3) naskhah buku. Calon memilih salah sebuah buku kegemaran daripada tiga pilihan untuk dihujahkan di hadapan juri. Buku tersebut dibenarkan dalam bentuk fizikal atau digital (Bercetak dan bukan bercetak).
2. Hujahan bacaan pilihan calon hendaklah selama 10.00 minit sahaja.
3. TIGA (3) naskhah buku tersebut perlu dibawa oleh calon semasa penilaian dijalankan.
4. Soalan terbuka juri akan mengaitkan soalan dengan isu semasa dengan bahan bacaan yang disampaikan oleh calon.
5. Soalan yang akan dikemukakan kepada calon adalah seperti berikut :
a) Judul buku
b) Bilangan muka surat
c) Nama dan latar belakang pengarang
d) Nama penerbit
e) Watak dan perwatakan
f) Nilai murni dan pengajaran
g) Lain-lain soalan difikirkan sesuai
NOTA:
1. Calon dan Guru pembimbing mengambil maklum bahawa kaedah penilaian di peringkat daerah bagi tahun 2026 adalah tertakluk kepada keputusan di peringkat DAERAH.
2. Keputusan penilaian hakim/juri adalah MUKTAMAD.
3. Setiap daerah melalui perbincangan di peringkat USTP Daerah akan melaksanakan pemilihan mengikut penetapan dan persepakatan yang dipersetujui di peringkat daerah.
4. Sektor Sumber Teknologi Pendidikan akan hanya menerima pencalonan dari setiap daerah bagi (8) pencalonan untuk (4) kategori yang ditetapkan bagi kelayakan ke peringkat negeri (Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori).
5. Guru Pembimbing tidak dibenarkan berada bersama-sama calon semasa sesi penilaian.
6. Tarikh akhir pengisian nama-nama calon PEMBACA BESTARI daerah adalah
tertakluk kepada penyelarasan pihak USTP PPD masing-masing.