Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi didalam pelantar DELIMa yang menyokong pembelajaran STEM disekolah rendah dan menengah.
Melalui aplikasi ini, murid boleh mendalami konsep sains dan matematik dengan lebih praktikal secara atas talian sahaja.
Ia juga sebagai satu medium latihan pengayaan atas talian yang baik untuk murid-murid dan boleh dilakukan disekolah atau dirumah.
Guru-guru juga boleh menyemak soalan yang diberikan dengan mudah.
Aplikasi ini merupakan satu platform pembelajaran atas talian yang boleh dilayari oleh murid-murid bagi meneroka kemahiran digital google dan keselamatan internet.
Kursus dalam talian di bawah Program DELIMa badges atau lencana DELIMa membawa murid meneroka dan mengaplikasi kemahiran digital untuk menjadi pengguna digital yang yakin dan beretika.
Melalui kursus ini, murid boleh belajar kemahiran baru bila-bila masa dan dimana-mana berada. Lengkapkan kuiz di akhir setiap modul kursus untuk kumpulkan lencana DELIMa hari ini!
Terdapat banyak aplikasi menarik yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru disekolah bagi memenuhi ruangan aktiviti pada minggu pertama persekolahan.
Aktiviti yang dicadangkan melalui beberapa aplikasi yang terdapat didalam pelantar DELIMa ini boleh disesuaikan dengan keadaan/ kemudahan guru dan murid disekolah.