1. PENGENALAN
Pertandingan Ikon Pengawas Pusat Sumber Sekolah (IKON PSS) Negeri Sembilan 2024 dilaksanakan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada pengawas pusat sumber sekolah di atas peranan penting mereka dalam menyokong dan meningkatkan kualiti proses pembelajaran di sekolah. Pertandingan ini bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam pengurusan pusat sumber dan memberi mereka peluang untuk menunjukkan kemahiran kepimpinan, pengurusan, dan komunikasi.
Pengawas pusat sumber sekolah adalah merupakan suri teladan yang boleh dicontohi oleh murid-murid lain. Pengawas pusat sumber sekolah harus dipromosikan sebagai satu bidang di peringkat sekolah yang mampu memberi impak positif serta memberi pelbagai kemahiran dan pengalaman kepada murid-murid bukan sahaja dalam bidang pengurusan pusat sumber malah dapat meningkatkan jati diri sebagai pemimpin.
2. OBJEKTIF PERTANDINGAN
2.1 Menghargai Peranan Pengawas Pusat Sumber: Memberi pengiktirafan kepada pengawas pusat sumber sekolah atas usaha mereka dalam menguruskan dan menyelenggara pusat sumber, serta memastikan sumber pendidikan dapat diakses dengan baik oleh semua pelajar.
2.2 Meningkatkan Kemahiran Pengurusan dan Kepimpinan: Memberikan peluang kepada pelajar untuk mempamerkan dan mengasah kemahiran dalam pengurusan, kepimpinan, dan organisasi, khususnya dalam konteks pusat sumber sekolah.
2.3 Menggalakkan Kreativiti dan Inovasi: Mendorong peserta untuk memikirkan cara-cara baru dan kreatif dalam meningkatkan keberkesanan pusat sumber sekolah, termasuk pengurusan bahan bacaan, teknologi, dan perkhidmatan yang disediakan.
2.4 Mempertingkatkan Kesedaran mengenai Kepentingan Pusat Sumber: Mengedukasi pelajar mengenai peranan penting pusat sumber dalam menyokong pembelajaran dan bagaimana pusat sumber boleh dijadikan sebagai pusat aktiviti akademik dan kokurikulum.
2.5 Mewujudkan Semangat Berpasukan:Menggalakkan semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan peserta melalui cabaran dan tugasan yang memerlukan kerja berpasukan dan penyelesaian masalah.
3. KATEGORI PERTANDINGAN
3.1 Ikon Pengawas PSS Kategori Sekolah Menengah
3.2 Ikonpengawas PSS Kategori Sekolah Rendah
4. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
4.1 Pemilihan Pengawas Pusat Sumber Sekolah adalah berdasarkan penglibatan aktif murid dalam pusat sumber sekolah sepanjang berada di sekolah iaitu bagi semua sekolah menengah dan sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan. Ikon boleh terdiri daripada semua pengawas pusat sumber sekolah.
4.2 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah KPM di Negeri Sembilan seperti berikut:
· Peralihan hingga Tingkatan 5 bagi kategori sekolah menengah.
· Tahun 4 hingga 6 (Tahap 2) bagi kategori sekolah rendah.
4.3 Pertandingan ini dilaksanakan secara 2 peringkat iaitu;
· PERINGKAT PENILAIAN SARINGAN DAERAH
· PERINGKAT PENILAIAN NEGERI
4.4 Pendaftaran penyertaan Pertandingan Ikon Pengawas PSS Negeri Sembilan bermula pada 19 Ogos 2024 dan tarikh
tutup adalah pada atau sebelum 20 September 2024.
4.5 Penilaian saringan DAERAH bermula 23 hingga 27 September 2024 manakala penilaian saringan NEGERI akan bermula pada 1 hingga 4 Oktober 2024. Tertakluk kepada sebarang pindaan.
4.6 Aspek penilaian adalah seperti berikut:-
● Penglibatan dalam pengurusan dan Pentadbiran PSS (ahli, ajk, setiausaha, bendahari, naib ketua, ketua) Pengawas
PSS.
● Tahap penglibatan aktiviti dalam kurikulum, kokurikulum, persatuan dsb (antarabangsa/kebangsaan/negeri/daerah
/sekolah)
● Kejayaan yang dicapai dalam aktiviti yang disertai (Johan/Naib Johan/ Tempat Ketiga/Saguhati/Penyertaan)
● Keistimewaan calon (dalam aktiviti kurikulum,kokurikulum dan HEM)
● Impak penglibatan sebagai pengawas PSS.
● Markah hanya dikira sepanjang 3 tahun penglibatan atau pencapaian tertinggi (2022-2024)
4.7 Kaedah penilaian adalah seperti berikut :
4.7.1 SARINGAN DAERAH
· Folio Ikon Pengawas PSS
4.7.2 PENILAIAN NEGERI
· Folio Ikon Pengawas PSS
· Pembentangan peserta Ikon Pengawas PSS ( 3 terbaik - penilaian negeri)
4.8 Semua calon kategori ini perlu melengkapkan borang penyertaan yang disediakan dan membuat penghantaran menerusi GOOGLE FORM PENGHANTARAN PENYERTAAN sebelum tamat tarikh pertandingan.
4.9 Penyertaan bagi kategori ini perlu menyediakan FOLIO IKON PENGAWAS PSS mengikut format yang telah ditetapkan.
4.10 Folio tersebut perlu dihantar menerusi GOOGLE FORM PENGHANTARAN PENYERTAAN yang disediakan dalam format PDF bersama-sama borang penyertaan.
4.11 Penyertaan Pertandingan Ikon Pengawas PSS Negeri Sembilan bagi semua kategori akan melalui proses saringan di peringkat daerah (saringan 1). Pihak penganjur akan membuat pemilihan calon IKON PENGAWAS PSS terbaik untuk dinilai di peringkat negeri seterusnya menentukan pemenang bagi kategori ini.
4.12 Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
4.13 Hadiah trofi dan sijil disediakan seperti berikut;
4.13.1 Johan Ikon Pengawas PSS – (SM & SR)
4.13.2 Naib Johan Ikon Pengawas PSS – (SM & SR)
4.13.3 Tempat Ke Tiga Ikon Pengawas PSS – (SM & SR)
4.13.4 Tempat Saguhati Ikon Pengawas PSS – (SM & SR)
4.13.5 Sijil penyertaan Ikon Pengawas PSS – (SM & SR)
4.14 Keputusan juri adalah muktamad.
5. KESIMPULAN
Pertandingan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bukan sahaja bertujuan untuk menilai kemahiran pengawas, tetapi juga untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam meningkatkan kualiti pusat sumber sekolah. Dengan menyertai pertandingan ini, pelajar akan dapat mengembangkan kemahiran penting, merasai pengalaman berharga, dan menyumbang kepada kejayaan pusat sumber sekolah mereka.