NILAM
NILAM
KPI utama Program Galakan Membaca dan NILAM 2024
Berikut merupakan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dijalankan khusus bagi Program Galakan Membaca dan NILAM yang boleh disertai oleh murid-murid Negeri Sembilan. Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan pertandingan, mohon hubungi Penyelaras NILAM menerusi talian 06-6628598 atau emel kepada sitisalwah@moe.gov.my.
Terima kasih
Bicara Buku terbuka kepada murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dengan 4 kategori iaitu:
i. Bahasa Melayu Sekolah Rendah
ii. Bahasa Melayu Sekolah Menengah
iii. Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
iv. Bahasa Inggeris Sekolah Menengah.
Penyertaan boleh dihantar menerusi pautan berikut:
Bagi pertandingan Pengkarya Muda terbuka kepada murid-murid Sekolah Menengah sahaja bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Penyertaan boleh dihantar melalui emel - sitisalwah@moe.gov.my Syarat dan tema cerpen boleh dirujuk menerusi hebahan surat bertarikh 12 Mac 2024 bernombor rujukan JPN.SSTP.700-4/33Jld.3 (76)
Ilustrasi Kulit Buku Kegemaran
Merupakan aktiviti murid-murid SM dan SR yang menggalakkan murid-murid menggunakan akaun dan id DELIMa bertujuan menggalak guna dan mengimarahkan akaun mereka menerusi aplikasi CANVA. Murid bebas berkarya tetapi syaratnya penghantaran dan aktiviti adalah sepenuhnya menerusi CANVA yang wajib di login menerusi akaun DELIMa peserta murid. Syarat serta penerangan akan dinyatakan menerusi hebahan surat ke semua sekolah sedikit masa lagi.
Resensi Buku Kegemaran khusus dibuka penyertaan kepada Pengetua & Guru Besar. Program Galakan Membaca dan NILAM juga menjemput pentadbir untuk merakam buku-buku kegemarasn mereka untuk dikongsikan kepada seluruh warga pendidikan. Rakaman hanya berdurasi sekitar 10-15 minit dan PGB bebas menyampaikan karya mereka sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Rujuk surat hebahan untuk maklumat lanjut. Rakaman yang dimuatnaik ke Youtube Channel boleh dihantar menerusi pautan:
Kami telah mula membuka penyertaan Tokoh NILAM kepada semua sekolah jika ada murid-murid yang berketerampilan dan berbakat untuk diketengahkan. Guru NILAM melaksanakan saringan awal di sekolah untuk memilih murid-murid yang terbaik untuk dipertandingkan di peringkat daerah pula. Terdapat 4 kategori NILAM iaitu:
i. Bahasa Melayu Sekolah Rendah
ii. Bahasa Melayu Sekolah Menengah
iii. Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
iv. Bahasa Inggeris Sekolah Menengah