1.0 PENGENALAN
Pertandingan Bicara Buku merupakan salah satu inisiatif bagi menyokong pelaksanaan program galakan membaca di sekolah selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan melalui pelaksanaan Program NILAM serta penggunaan Advanced Integrated NILAM System (AINS).
Program ini bertujuan menggalakkan murid berkongsi pengalaman membaca melalui kaedah pengucapan awam secara kreatif dan berkesan. Melalui pertandingan ini, murid dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis serta membudayakan amalan membaca dalam kalangan warga sekolah.
Pertandingan ini juga memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan kandungan digital berbentuk video yang kreatif serta memanfaatkan platform digital sebagai medium perkongsian ilmu.
2.0 OBJEKTIF
Pertandingan ini dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut:
2.1 Membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah.
2.2 Menggalakkan murid berkongsi ilmu dan pengalaman membaca secara kreatif.
2.3 Meningkatkan kemahiran komunikasi, pengucapan awam dan pemikiran kritis murid.
2.4 Menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran.
2.5 Mengenal pasti bakat murid dalam penghasilan kandungan digital berkaitan bahan bacaan.
3.0 KATEGORI PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kategori berikut:
3.1.1 Sekolah Rendah
i. Kategori Bahasa Melayu
ii. Kategori Bahasa Inggeris
3.1.2 Sekolah Menengah
i. Kategori Bahasa Melayu
ii. Kategori Bahasa Inggeris
3.1.3 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan bagi setiap kategori.
4.0 TEMA
4,1 Tema : Bebas
4.1.1 Tema yang dipilih mestilah:
i. Bersesuaian dengan tahap murid.
ii. Tidak mengandungi unsur sentimen agama, perkauman atau perkara sensitif.
iii. Berasaskan kepada bahan bacaan yang telah dibaca oleh peserta.
5.0 SYARAT PENYERTAAN
Penyertaan terbuka kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
Calon mestilah telah membaca dan membuat perekodan bacaan sekurang-kurangnya 200 bahan bacaan melalui sistem Advanced Integrated NILAM System (AINS).
Penyertaan terbuka kepada sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Peserta boleh memakai uniform sekolah atau berpakaian mengikut tema yang sesuai.
Idea, konsep dan kreativiti dalam mengulas kandungan buku mestilah asli.
Penggunaan latar belakang dan muzik latar adalah dibenarkan tetapi tidak boleh berlebihan sehingga mengganggu penyampaian bicara buku.
Rakaman bicara buku mestilah rakaman secara terus (one take) tanpa suntingan.
Kandungan yang wajib dinyatakan dalam video ialah:
i. Nama murid
ii. Nama Sekolah dan kod sekolah
iii. Tajuk buku
Format video mestilah LANDSCAPE.
i. Video portrait tidak akan dinilai dan tidak layak menerima sijil penyertaan.
Tempoh video mestilah:
i. Melebihi 5 minit dan kurang daripada 6 minit
ii. Termasuk montaj (10 saat) dan kredit (10 saat).
Video mestilah dimuat naik ke saluran YouTube TVPSS sekolah masing-masing dengan tetapan UNLISTED.
Video yang tidak menepati syarat yang ditetapkan tidak akan dinilai.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.
6.0 PENGHANTARAN PENYERTAAN
6.1 Pendaftaran penyertaan WAJIB dihantar oleh guru pembimbing.
6.2 Tarikh akhir penghantaran pencalonan peserta adalah pada atau sebelum:
24 April 2026, jam 12.00 tengah malam
6.3 Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk:
Pautan video YouTube TVPSS (UNLISTED)
Borang penyertaan lengkap
6.4 Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
6.5 Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Pautan penghantaran penyertaan: https://forms.gle/YnfXyLWynKhqFhx26
7.0 HADIAH PERTANDINGAN
7.1 Setiap kategori akan menerima hadiah seperti berikut:
Johan - Sijil Penghargaan dan Hadiah Iringan
Naib Johan - Sijil Penghargaan dan Hadiah Iringan
Tempat Ketiga - Sijil Penghargaan dan Hadiah Iringan
Saguhati 2 orang – Sijil Penyertaan dan Hadiah Iringan
Semua peserta - e-Sijil Penyertaan Peringkat Negeri Sembilan
(Nilai hadiah tertakluk kepada peruntukan penganjur.)
8.0 HAK MILIK VIDEO
8.1 Semua video penyertaan yang dihantar menjadi hak milik pihak penganjur.
8.2 Pihak penganjur berhak menggunakan, menyiarkan atau menerbitkan video tersebut bagi tujuan:
Promosi budaya membaca
Dokumentasi program
Latihan atau perkongsian pendidikan
8.3 Penyertaan yang dihantar dianggap telah mendapat kebenaran pihak sekolah dan ibu bapa/penjaga.
9.0 CONTOH VIDEO UNTUK RUJUKAN PESERTA
PENGUMUMAN PEMENANG