Dalam proses memahami susun atur laman web, terdapat satu komponen yang paling penting iaitu Model Kotak CSS atau CSS Box Model.
CSS Box Model akan sering disebut apabila berbincang tentang reka bentuk dan susun atur laman web. Ia boleh dibayangkan seperti sebuah kotak yang merangkumi setiap elemen HTML.
Terdapat 4 ciri utama kepada CSS Box Model iaitu:
Margin
Sempadan (border)
Penebal (padding)
Isi kandungan (content)
Sempadan atau border, adalah garisan yang mengasingkan satu elemen daripada elemen yang lain.
Secara lazimnya ia tidak muncul pada paparan web kecuali jika diberikan ciri-ciri seperti warna dan stail supaya ia boleh dilihat pada paparan laman web.