Papan Cerita

Pengajaran 2-3

Melakar Papan Cerita menggunakan Rangka Wayar (Wireframe)

Papan cerita ialah satu siri lakaran yang menggambarkan isi kandungan untuk setiap paparan skrin suatu laman sesawang.

Reka bentuk dan reka letak antara muka bagi setiap paparan boleh disusun terlebih dahulu dan memberikan suatu gambaran visual kepada pengatur cara dalam proses membina laman web.

Beberapa soalan panduan dalam melakar papan cerita laman sesawang seperti di bawah boleh membantu anda dalam mengecam dan mengenal pasti ciri-ciri penting laman web yang bakal dibina.

Jenis-jenis Struktur Maklumat dan Pautan Laman Sesawang

Contoh papan cerita bersama reka bentuk dan reka letak laman sesawang.

Imej dan bahagian teks tidak perlu diletakkan lagi, cukup hanya dengan memberi penerangan dalam bentuk teks

Cuba sendiri di Wireframe.cc!

Gunakan laman Wireframe.cc yang diberikan di bawah untuk menghasilkan rangka wayar yang mempunyai reka bentuk dan reka letak laman web. Praktis pembinaan reka bentuk dan reka letak laman web untuk mencipta paparan pelayar web yang menarik dari segi rupa bentuk dan mudah dikemudikan oleh pengguna.

Selain daripada wireframe.cc, anda juga boleh hasilkan wireframe menggunakan laman web moqups.com . Lihat di bawah contoh wireframe yang lengkap.

Selain daripada laman web yang khas dicipta untuk tujuan wireframe, anda juga boleh menghasilkan wireframe dengan perisian persembahan digital seperti Google Slides atau Powerpoint; ataupun perisian reka grafik seperti Adobe Illustrator atau Coreldraw

Tip Tambahan

Lakukan pencarian untuk "Web Wireframe Template" untuk melihat pelbagai jenis contoh reka bentuk laman web dan mendapatkan inspirasi!

Contoh reka bentuk laman web yang dihasilkan daripada Wireframe.cc