Ringkasan Pengajaran
Kita akan mempelajari ciri-ciri asas pembinaan web dan juga pengenalan kepada CSS.
ASK Tingkatan 1
4.2.1 Melakar papan cerita untuk membina laman sesawang yang menggunakan kod arahan HTML.
4.2.10 Membina laman sesawang interaktif yang memaparkan Banner, Menu, Ruangan Komen, Frame dan Pull-down Menu.
ASK Tingkatan 4
3.2.2 Menghasilkan prototaip paparan dan reka bentuk skrin
CSS (Cascading Style Sheets) adalah dokumen yang digunakan untuk mengubah rupa laman web.
Lihat contoh di bawah untuk memahami bagaimana CSS boleh mengubah penampilan sesebuah laman web.
*Contoh diadaptasikan daripada W3SchoolIkut langkah-langkah yang diberikan di bawah untuk cuba mengubah stail pada fail CSS iaitu style.css
Perhatikan ruang fail. Terdapat satu fail HTML, iaitu index.html, dan satu fail CSS, iaitu style.css. Semak kandungan kedua-dua fail tersebut.
Untuk fail style.css:
Baris 2: Tukarkan warna heading 1 kepada warna biru (blue).
Baris 8: Tambahkah satu baris kod untuk ubahkan saiz font isi pertama kepada 20px. Gunakan property font-size.
Dua laman di atas memberikan senarai penuh jenis-jenis selector dan atribut yang boleh digunakan dalam pengaturcaraan CSS.