Butang Pilihan Interaktif dengan Bahasa Penskripan Klien
Pengajaran 1-7
Bahasa penskripan klien, iaitu Javascript, digunakan untuk melaksanakan interaksi dengan laman web dan memproses permintaan pada peringkat pengguna.
Terdapat dua cara untuk menambah elemen interaktif kepada laman web iaitu:
Fitur Pengesahan Data
Butang Pilihan.
Dua cara ini memerlukan kuasa Javascript.
Butang Pilihan
Terdapat beberapa jenis butang pilihan yang boleh diletakkan pada laman web. Butang pilihan yang diberikan memudahkan pengguna untuk membuat keputusan berdasarkan pilihan yang diberikan sahaja.
Terdapat banyak jenis butang pilihan yang kita boleh lakukan dalam HTML, dalam pelajaran ini, kita akan:
Mengaturcarakan butang pilihan jenis radio dengan HTML.
Menyemak pilihan butang dan melakukan tindakbalas yang sewajarnya berdasarkan pilihan yang dibuat.
Contoh butang pilihan hasil daripada contoh kod di bawah:
Cuba sendiri pada paparan Repl.it!
Ikut langkah-langkah yang diberikan di bawah untuk cuba melihat penggunaan butang pilihan.
Langkah 1
Baris 49: Taipkan jenis "radio" kepada atribut type pada butang.
Langkah 2
Klik pada butang Run dan perhatikan perubahan pada paparan pelayar web.
Langkah 3
Baris 52: Taipkan kod arahan untuk memberikan satu lagi pilihan butang radio untuk pilihan "Perempuan"
Langkah 4
Klik pada butang Run dan perhatikan perubahan pada paparan pelayar web.