HTML, atau HyperText Markup Language adalah bahasa yang digunakan untuk membina laman sesawang. Ia terdiri daripada kod arahan yang pendek dan mudah ditaipkan dalam komputer, kemudian disimpan sebagai fail HTML yang akan dibaca oleh pelayar web (web browser).
CSS, atau Cascading Style Sheets adalah bahasa yang digunakan untuk mencantikkan sebuah dokumen HTML. CSS memberi arahan bagaimana elemen HTML harus dipaparkan pada sesebuah laman web yang sedang dibina.
Anda boleh bayangkan HTML dan CSS seperti gambar di bawah. Tanpa CSS, kod HTML hanya boleh membina rangka asas sebuah laman web. CSS membantu kita mencantikkan lagi laman web dengan menambah warna, menukar font teks yang digunakan dan banyak lagi.
Pengajaran 0 adalah untuk menyediakan anda dengan cara menggunakan paparan repl.it untuk mengaturcara dan juga panduan kepada ikon dalam pengajaran serta serta panduan untuk menyemak status tugasan.
Kita akan mempelajari ciri-ciri asas sebuah laman web, dan cara meletakkan teks, imej dan juga pautan pada sebuah laman web!
Kita akan mempelajari ciri-ciri asas pembinaan web dan juga pengenalan kepada CSS, iaitu Cascading Style Sheets.
Kita akan mempelajari prinsip reka bentuk pengguna (user interface design) dan memahami kepentingan pilihan warna dalam menghasilkan laman web yang baik.
Kita akan mempelajari prinsip pilihan font yang baik dan kepentingan pilihan font dalam reka bentuk pengguna (user interface design).
Kita akan mempelajari kepentingan susun atur kepada sesuatu laman web dan kesesuaian susun atur untuk reka bentuk yang berbeza serta mengenali Kotak Model CSS atau CSS Box Model.