Ringkasan Pengajaran
Kita akan mempelajari prinsip pilihan font yang baik dan kepentingan pilihan font dalam reka bentuk pengguna (user interface design).
Antara ciri tarikan pengguna kepada sesebuah laman web adalah dari segi typografi atau pemilihan font yang kelihatan cantik dan kemas serta memudahkan pembacaan maklumat pada laman web!
Gunakan prinsip asas penggunaan font dan lihat cara perubahan font boleh memeriahkan rupa laman web!
Perhatikan semua jenis fail yang diberikan.
Pada fail style.cc:
Baris 8: Tukarkan penjajaran teks (text-align) untuk header supaya ia diletakkan di tengah-tengah laman web (centre).
Klik pada butang Run dan lihat pada perubahan yang berlaku pada paparan pelayar web.
Tambahkan kod supaya penjajaran teks (text-align) untuk heading 3 adalah ditengah-tengah (centre).
Tambahkan kod untuk font heading 3 kepada font jenis Helvetica. Gunakan property font-family.
Tukarkan stail font kepada jenis italic untuk heading 3. Gunakan property font-style, dan nilai italic.
Tukarkan saiz teks untuk perenggan kepada saiz 25px. Gunakan property font-size.
Adakah perubahan font memberikan kesan yang besar kepada rupa bentuk sesuatu laman web?