Bahasa penskripan klien, iaitu Javascript, digunakan untuk melaksanakan interaksi dengan laman web dan memproses permintaan pengguna.
Terdapat dua cara untuk menambahkan elemen interaktif kepada laman web iaitu:
Ciri Pengesahan Data
Butang Pilihan
Dua cara ini memerlukan kuasa Javascript.
Pengesahan data digunakan untuk memastikan input yang diberi oleh pengguna mengikut kehendak laman web yang dibina.
Fungsi menyemak boleh diaturcara dengan Javascript untuk membolehkan laman web HTML kita berinteraktif.
Jom kita cuba tuliskan fungsi untuk menyemak supaya kotak input dilengkapkan oleh pengguna dan tidak ditinggalkan kosong.
Kotak popup dengan mesej "Sila masukkan nama anda" akan muncul apabila butang ditekan dan ruang input ditinggalkan kosong.
Bahasa penskripan klien perlu diletakkan di antara tag HTML <script> , semua kod aturcara di antara tag <script> akan diproses sebagai bahasa aturcara Javascript.
Untuk pelajaran ini, kita akan tuliskan fungsi ringkas dengan Javascript. Untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang Javascript, boleh layari link ini.