Ringkasan Pengajaran
Kita akan mempelajari ciri-ciri asas sebuah laman web, dan cara meletakkan teks, imej dan juga pautan pada sebuah laman web.
ASK Tingkatan 1
4.2.2 Menggunakan tags dalam atur cara HTML <head>; <title>; <body> dan <paragraph>
4.2.3 Mengguna paragraph headings dalam atur cara HTML yang dibina
4.2.5 Membina pautan teks dan imej dalam atur cara HTML
4.2.6 Menulis atur cara untuk memasukkan imej dalam atur cara HTML.
4.2.7 Menghasilkan pull down menu melalui atur cara HTML.
4.2.8 Menghasilkan ruang komen melalui atur cara HTML.
SK Tingkatan 5
3.3.5 Menggunakan Bahasa Penskripan Klien untuk membina laman web penggun yang interaktif mengandungi fitur berikut: (i) Pengesahan data(ii) Butang pilihan
Cuba sendiri pada paparan Repl.it!
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk cuba menggunakan tag dalam membuat laman web.
Baris 9: Taipkan “Ini adalah laman web David Chak” di antara tag awal <p> dan tag akhir </p>
Baris 10: Bina satu ruang perenggan menggunakan tag <p>. Isikan ruang perenggan ini dengan teks “Saya adalah murid Tingkatan 3 daripada SMK Arus”.
Klik pada butang Run.
Perhatikan apa yang berlaku pada paparan web pelayar di bawah.
Ini merupakan struktur paling asas dalam sesuatu dokumen HTML. Semua dokumen HTML bermula dengan tag <html> dan akhiri dengan tag </html>
Kandungan HTML yang paling asas akan mengandungi dua bahagian, iaitu bahagian head dan bahagian body.
Semua kod HTML akan terkandung dalam bahagian <body>. Ini merupakan bahagian utama sesuatu dokumen HTML.
Kod HTML yang di luar tag <body> tidak akan dipaparkan dalam pelayar web.
Salah satu tag yang biasa digunakan ialah tag <p>. Tag <p> bermaksud perenggan (paragraph). Kandungan teks boleh diletakkan dalam tag <p> untuk dipaparkan pada laman web.
Sebuah elemen adalah item yang dimulai dengan tag awal dan diakhiri dengan tag akhir.
Dalam elemen, terdapat atribut beserta nilai atribut yang dapat disertakan.