Ringkasan Pengajaran
Kita akan mempelajari kepentingan susun atur kepada sesuatu laman web dan kesesuaian susun atur untuk reka bentuk yang berbeza.
SK Tingkatan 4
3.2.3 Membincangkan laporan dari penilaian kuantitatif terhadap paparan dan reka bentuk skrin.
SK Tingkatan 5
3.3.4 Menggunakan Cascading Style Sheets (CSS) untuk menggayakan text, font, background, tables, borders dan position
Susun atur laman web merujuk kepada penyusunan maklumat pada laman web.
Ia merupakan komponen yang paling penting dalam pembinaan laman web kerana susun atur yang baik dapat menarik pengunjung yang ramai dan memudahkan pembacaan maklumat yang dipersembahkan.
Terdapat pelbagai jenis susun atur yang boleh dibina, antara contoh susun atur adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.
✅ Untuk laman web yang mempunyai maklumat yang padat.
✅ Mata bermula daripada penjuru atas sebelah kiri dan mengesan maklumat ke arah kanan.
✅ Maklumat paling penting diletakkan di bahagian atas sebelah kiri.
⚠️ Mempunyai hierarki dalam susun atur laman web untuk mengawal pergerakan fokus mata dalam mengesan maklumat
✅ Untuk laman web yang mempunyai maklumat kurang padat.
✅ Boleh dimulakan dengan gambar header untuk menarik perhatian pengunjung.
⚠️ Mempunyai hierarki dalam susun atur laman web untuk mengawal pergerakan fokus mata dalam mengesan maklumat
✅ Untuk laman web yang mempunyai maklumat yang banyak dan padat
✅ Maklumat pada laman web mempunyai tahap kepentingan yang sama.
⚠️ Tidak mempunyai hierarki dalam susun atur
Gunakan latihan berikut untuk menguji pemahaman anda tentang susun atur laman web.