SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
Carta Organisasi
Pegawai Pendidikan Daerah (DG14)
Pejabat Pendidikan Daerah Baram
Kaunselor Pendidikan Daerah (DG10)
Sektor Psikologi dan Kaunseling
Perutusan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Psikologi dan Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang menyeluruh untuk sepanjang hayat berlandaskan etika.
Matlamat Sektor
Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara berterusan dan bersesuaian.
Membantu klien mencari alternatif penyelesaian masalah mereka.
Membantu individu supaya dapat berfungsi dengan baik dalam menjalani kehidupan seharian mereka.
Memantau dan membuat tindakan susulan dengan tujuan membantu klien mengekalkan atau meningkatkan prestasinya bagi mengelakkan masalah baru berulang.
Memahami dan mengelola kecemasan
Objektif Sektor
Menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
Memberi kesedaran kepada warga PPD akan kepentingan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan Kaunselor Pendidikan ke tahap optimum dan berterusan.
Menyediakan pendidikan kesejahteraan emosi dan fizikal kepada warga PPD.
Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
Melestarikan kelangsungan Perkhidmatan Kaunseling kepada stake-holder.
Fungsi Sektor
Memperkembangkan kefahaman dan celik akal klien bagi membolehkannya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
Membantu klien bertindak secara logik dan berkesan di samping membiasakan mereka hidup berdisiplin.
Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan bagi tujuan kejayaan dalam kerjaya dan keseluruhan hidup.
Mewujudkan perhubungan yang sihat antara klien dengan individu yang signifikan dengan mereka.
Membantu klien membuat penyesuaian antara sosial, peribadi dan kerjaya.