SEKTOR PERANCANGAN
SEKTOR PERANCANGAN
Carta Organisasi
Pegawai Pendidikan Daerah (DG14)
Pejabat Pendidikan Daerah Baram
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan (DG13)
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
(Melaksanakan Tugas Timbalan Sektor Perancangan)
Unit Pengurusan Dasar & Program Transformasi PPD
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Pengurusan data & Aduan
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Perancangan, Kualiti dan Inovasi
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Perancangan Pembangunan Infra Pendidikan
Pembantu Tadbir (N1)
Khidmat Sokongan Profesional
Pembantu Laut (A1)
Unit Sumber Manusia, ICT dan Pentadbiran Am
Pembantu Laut (A1)
Unit Sumber Manusia, ICT dan Pentadbiran Am
Pembantu Khidmat Am (H1)
Unit Sumber Manusia, ICT dan Pentadbiran Am
Perutusan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan menyelaras dan memantau pematuhan terhadap standard kualiti dalam setiap perancangan, pelaksanaan dan penilaian program di Pejabat Pendidikan Daerah Baram dan sekolah di bawah kawalan PPD. Ini adalah selari dengan matlamat strategik sektor ini iaitu memantapkan kualiti perancangan dan pengurusan organisasi di PPD Baram.
Matlamat Sektor
Memantapkan perancangan organisasi ke arah memperkasakan transformasi pendidikan Daerah Baram
Objektif Sektor
Membangun, memantau dan menilai Pelan Strategik Organisasi dilaksanakan.
Meningkatkan peratus pencapaian PKPPD ke arah melebihi keseluruhan standard.
Membangun, memantau dan memastikan BIG DATA dikemaskini dan digunapakai untuk membuat keputusan.
Meninjau dan memastikan peningkatan pengisian perjawatan di PPD Baram.
Memastikan Dialog Prestasi Daerah Baram dilaksanakan.
Fungsi Sektor
Membangunkan, memantau dan menilai pelan strategik pembangunan pendidikan daerah yang selari dengan dasar dan pelan pembangunan pendidikan KPM.
Menyelaras dan menentukan keperluan dan agihan peruntukan kewangan PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD.
Verifikasi dan penyelarasan pusat sehenti pangkalan data bagi PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD.
Menentukan, menyelaras dan memantau KPI dan SKT PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD.
Menyelaras dan memantau pematuhan terhadap standard kualiti merentas sektor serta pelaksanaan inisiatif kualiti dan inovasi di peringkat PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD.
Menyelaras program pelibatan (public-private partnership) dan hubungan antara agensi/komuniti.
Menyelaras perhubungan, aduan dan penyebaran maklumat berkaitan program PPD dan sekolah