Sebelum tahun 1978, Pejabat Pelajaran Daerah Baram ditadbir urus di bawah Majlis Daerah Baram di pejabat Majlis Daerah Baram (Baram District Council). Pada tahun 1978, penubuhan Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Baram mula ditadbir urus oleh JPN Sarawak di bawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Miri. Pada 2009, Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Baram ditukar kepada Pejabat Pelajaran Daerah Baram dan beroperasi sendiri. Sejak 1978, PPD Baram beroperasi di bangunan yang dibina di tapak SK Dato Sharif Hamid sehingga 31 Disember 2012. Pada 1 Januari 2013, Pejabat Pelajaran Daerah Baram bertukar nama kepada Pejabat Pendidikan Daerah Baram dan beroperasi di bangunan sewaan bersebelahan Mayland Hotel. PPD Baram berpindah ke bangunan di SMK Telang Usan (tukar fungsi) bermula pada 1 Januari 2023 sehingga sekarang.
Pejabat Pendidikan Daerah Baram terletak di Pekan Marudi dan lebih kurang 65km dari Bandaraya Miri. PPD Baram menyelia 65 buah sekolah rendah dan 8 buah sekolah menengah (1 Sekolah Model model komprehensif (K11) yang berlokasi di sekitar daerah Baram yang berkeluasan 22,070km persegi. Sebanyak 62/66 buah sekolah rendah dan 5/7 buah sekolah menengah berlokaliti dikawasan Pedalaman (1, 2 dan 3). Manakala 4/66 buah sekolah rendah dan 2/7 buah sekolah menengah berlokaliti di kawasan luar bandar.
SEJARAH PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BARAM (1989 - SEKARANG)
Nama : Ngien Peng Leh
Asal : Sibu, Sarawak
Tahun Perkhidmatan : 1989 - 1993
Nama : Lee Sia Chong
Asal : Sibu, Sarawak
Tahun Perkhidmatan : 1994 - 1997
Nama : Mathew Benson Monsey
Asal : Bau, Sarawak
Tahun Perkhidmatan : 1997 - 2000
Nama : Mahmood bin Jali
Asal : Mukah, Sarawak
Tahun Perkhidmatan : 2000 - 2006
Nama : Rabiah binti Haji Ismail
Asal : Marudi, Sarawak
Tahun Perkhidmatan : 2006 - 2007
Nama : Suffian bin Hepni
Asal : Sibu, Sarawak
Tahun Perkhidmatan : 2008 - 2009
Nama : Abdul Azzid bin Ismail
Asal : Dalat, Sarawak
Tahun Perkhidmatan : 2009 - 2012
Nama : Borhan bin Bujang
Asal : Mukah, Sarawak
Tahun Perkhidmatan : 2012 - 2014
Nama : Yunus Apok
Asal : Bau, Sarawak
Tahun Perkhidmatan : 2014 - 2016
Nama : Seripah Azizah binti Wan Hussein
Asal : Marudi, Sarawak
Tahun Perkhidmatan : 2016 - 2019
Nama : Matthew Laing Ngau
Asal : Long Bedian, Baram, Sarawak
Tahun Perkhidmatan : 2019 hingga sekarang