SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
Carta Organisasi
Pegawai Pendidikan Daerah (DG14)
Pejabat Pendidikan Daerah Baram
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (DG12)
Sektor Pembangunan Murid
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Hal Ehwal Murid
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Hal Ehwal Murid
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Hal Ehwal Murid
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Hal Ehwal Murid
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan)
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) (N2)
Unit Sumber Manusia, ICT dan Pentadbiran Am
Perutusan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid (SPbM) di Pejabat Pendidikan Daerah Baram terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan dan Kokurikulum).
SPbM memainkan peranan penting dalam pengurusan hal ehwal murid, sukan dan kokurikulum di Pejabat Pendidikan Daerah Baram. SPbM mempunyai tekad untuk memastikan sekolah-sekolah di bawah seliaan PPD Baram dapat melahirkan modal insan yang berperibadi tinggi dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Fungsi dan peranan SPbM PPD Baram selaras dengan objektif jabatan. SPbM mendokong semua program-program yang berkaitan HEM, KK dan sukan demi menjayakan transformasi pendidikan di semua peringkat khusus di daerah Baram
Matlamat Sektor
Memantapkan kepimpinan dan pengurusan pembangunan murid (Hal ehwal murid dan pembangunan bakat murid) seiring dengan tranformasi pendidikan untuk melahirkan generasi yang berintelek dan berkemahiran insaniah berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif Sektor
Meningkatkan peratus kehadiran murid setiap bulan dalam melaksanakan program di peringkat sekolah
Mengurangkan keciciran murid di sekolah sepanjang tahun
3.Meningkatkan bilangan penyertaan murid dalam sukan dan kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, bahagian, negeri sebanyak 10 orang dan kebangsaan.
Memantapkan pengurusan Sukan dan Kokurikulum peringkat sekolah meningkat
Fungsi Sektor
UNIT HAL EHWAL MURID
Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau
Program berkaitan disiplin dan keselamatan murid.
Pengurusan asrama sekolah.
Biasiswa / Bantuan pelajar miskin dan lain-lain bantuan pendidikan.
Bantuan Skim Pinjaman Buku Teks.
Program bimbingan, kaunseling dan kerjaya murid.
Program Pendidikan Pencegahan Dadah.
Program Kesihatan Sekolah
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
Kokurikulum
Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau
Aktiviti kelab / persatuan dan badan beruniform.
Kursus penasihat kokurikulum kepada guru-guru.
Kerjasama dengan agensi luar dalam aktiviti kokurikulum.
Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan.
Sukan
Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau
Aktiviti sukan di peringkat sekolah dan daerah.
Kursusu kejurulatihan sukan kepada guru-guru.
Kerjasama agensi lain dalam aktiviti sukan.
Urusetia sukan MSSD/MSSB/MSSS.
Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan.