SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
Carta Organisasi
Pegawai Pendidikan Daerah (DG14)
Pejabat Pendidikan Daerah Baram
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Sektor Pentaksiran & Peperiksaan
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Sektor Pentaksiran & Peperiksaan
Perutusan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan bertanggungjawab dalam mengurus, meyelaras dan mengendalikan pentaksiran dan peperiksaan pusat.
Sektor ini memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan pendaftaran dan pengendalian pentaksiran pusat berjalan dengan lancar mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia.
Matlamat Sektor
Memantapkan pengendalian dan pengurusan peperiksaan ke arah kecemerlangan pengurusan pendidikan
Objektif Sektor
Memastikan pengurusan pendaftaran dan pengendalian peperiksaan di sekolah daerah Baram mengikut tatacara dan garis panduan yang ditetapkan.
Mengurangkan seminima mungkin masalah dan kekangan yang dihadapi dan mengatasi masalah tersebut sehingga sifar peratus
Fungsi Sektor
Mengurus pelaksanaan dan kerahsiaan peperiksaan serta pentaksiran antara sekolah-sekolah
Menyelaras pelaksanaan peperiksaan seluruh sekolah dalam daerah
Membantu penyerahan, storan dan pengumpulan kertas peperiksaan sulit
Mengesan pencapaian pelajar berdasarkan penilaian berasaskan sekolah
Mengurus dan mengendalikan pelbagai peperiksaan awam dalam dan luar negeri di peringkat daerah
Membantu menguruskan pendaftaran calon peperiksaan peringkat daerah
Memberi maklumat dan sokongan untuk pentauliahan pusat peperiksaan
Urus setia setiap program latihan pentaksiran di peringkat daerah
Mengurus dan mengendalikan Pentaksiran Sekolah dalam daerah
Mengurus keselamatan peperiksaan di daerah
Merancang, mengurus, dan mengelola penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan dan pentaksiran peperiksaan di daerah
Menyelaras, memproses, dan menganalisis maklumat dan data sekolah calon peperiksaan di daerah
Memantau pelaksanaan pentaksiran dan kerja kursus di daerah
Mengurus pelantikan petugas-petugas peperiksaan di peringkat daerah