Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Baram dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi:
Kanak-kanak warganegara Malaysia Tahun 1, Peralihan dan Tingkatan 1 hendaklah didaftarkan mengikut kohort umur dan mendapat tempat belajar dalam tahun seterusnya dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran hari pertama sesi persekolahan dimulakan.
Kelulusan permohonan pertukaran murid dari Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama dan Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Rendah Harian] dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima dan diproses.
Kelulusan permohonan belajar semula murid dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari setelah permohonan lengkap diterima dan diproses untuk kelulusan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Semua permohonan kemasukan murid berkeperluan khas yang lengkap diproses dan dimajukan ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja.
Semua murid yang layak dengan permohonan lengkap untuk bantuan persekolahan akan diurus dalam tempoh empat belas (14) hari dan akan mendapat bantuan dalam tahun semasa.
Keputusan tawaran kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan.
Semua guru baharu ditempatkan ke sekolah dalam tempoh 14 hari bekerja setelah menerima bekalan guru dari KPM.
Surat arahan pertukaran guru akan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kelulusan pertukaran diumumkan dalam e-Gtukar.
Penggantian Pengetua / guru Besar dibuat secara back to back dalam tempoh tiga (3) bulan.
Murid didaftarkan dalam peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam tempoh 30 hari atau tempoh yang ditetapkan oleh badan tertentu
Semua aduan pelanggan yang berlamat lengkap diberi Akuan Terima dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan diterima.
Semua aduan pelanggan yang diterima diambil tindakan dan diuruskan dengan cekap dan teratur dalam tempoh 15 hari bekerja.
Semua maklumbalas pelanggan dikumpul dan dianalisis setiap bulan.
Bil / invois & tuntutan yang lengkap dan sempurna diproses/dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh Penerimaan dokumen.
Semua institusi pendidikan, pengelola, guru dan Persatuan Ibu Bapa-Guru didaftar mengikut prosedur dan peraturan dalam Akta Pendidikan 1996 dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima permohonan lengkap
Proses pengeluaran perakuan pendaftaran, permit guru, pengelola dan pekerja institusi pendidikan swasta dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan memenuhi terma dan syarat.
Memberi Perkhidmatan Kaunseling kepada warga PPD Daerah Baram dalam tempoh tiga (3) hari bekerja bagi kes baharu selepas penerimaan permohonan klien secara sukarela dan memberi perkhidmatan kaunseling dalam tempoh Lima (5) hari bagi yang dirujuk tertakluk kepada persetujuan klien.