SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
Carta Organisasi
Pegawai Pendidikan Daerah (DG14)
Pejabat Pendidikan Daerah Baram
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (DG12)
Sektor Pengurusan Sekolah
SIPartners+ (DG14)
SIPartners+ (DG14)
SIPartners+ (DG14)
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Prasekolah dan Rendah
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Prasekolah dan Rendah
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Prasekolah dan Rendah
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Prasekolah dan Rendah
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG12)
Unit Menengah & Tingkatan 6
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Menengah & Tingkatan 6
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Menengah & Tingkatan 6
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (DG10)
Unit Swasta
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) (N2)
Khidmat Sokongan Profesional
Perutusan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah memainkan peranan penting dalam mengurus takdbir urus pelaksanaan dan pengoperasian sekolah. Sektor ini di Pejabat Pendidikan Daerah Baram merupakan tulang belakang kepada sistem pengurusan di sekolah serta menggerakkan sekolah mengikut pengoperasian Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkualiti.
Giving My Best
Sektor Pengurusan Sekolah sentiasa bersedia membantu pelanggan kami dalam menyampaikan maklumat yang terkini dan bertindak mengikut perubahan semasa berdasarkan arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa. Sektor ini juga sentiasa menjanjikan kualiti kerja yang terbaik dan memberi perkihdmatan yang memuaskan kepada pelanggan. Kami sentiasa bersedia dan mencuba untuk membantu dalam segala perihal untuk memuaskan hati pelangan kami mengikut fungsi sektor dan kemampuan yang kami ada.
Matlamat Sektor
Memantapkan Kepimpinan dan pengurusan sekolah seiring dengan transformasi pendidikan untuk kesamarataan pendidikan wajib berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Objektif Sektor
Meningkatkan taraf pengurusan dan pengoperasian kualiti sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.
Memastikan pengurusan pengoperasian penempatan dan pertukaran guru, GPK dan PGB di sekolah bawah kawalan PPD mengikut ketetapan piagam pelanggan PPD Baram.
Memastikan penguruskan pendaftaran dan penempatan murid (murid prasekolah, kemasukan murid tahun 1, murid menengah dan kemasukan tingkatan enam ) di sekolah bawah kawalan mengikut piagam pelanggan PPD dan Garis Panduan Pengurusan yang berkuatkuasa
Memastikan penguruskan pendaftaran dan menentusahkan data murid (murid warganegara, murid bukan warganegara, dan murid tanpa dokumen) di sekolah bawah kawalan mengikut piagam pelanggan PPD dan Garis Panduan Pengurusan yang berkuatkuasa.
Memastikan pengurusan perhubungan dan penglibatan PIBK dan sektor swasta bersama pihak sekolah dan PPD.
Fungsi Sektor
Menyelia pengurusan dan pengoperasian sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.
Merancang dan menyelaras keperluan bimbingan dan sokongan kepada kepemimpinan sekolah.
Mengurus pengoperasian penempatan dan pertukaran guru di sekolah bawah kawalan PPD.
Menyemak dan mengesahkan cadangan penempatan dan pertukaran GPK dan PGB di sekolah bawah kawalan PPD.
Menguruskan pendaftaran murid warganegara di sekolah bawah kawalan PPD.
Memproses permohonan pendaftaran murid bukan warganegara di sekolah bawah kawalan PPD.
Memantau dan menentusahkan data murid warganegara dan bukan warganegara dan murid tanpa dokumen di sekolah bawah kawalan PPD.
Menyelia dan memantau pematuhan kurikulum di Institusi Pendidikan Swasta di bawah kawalan PPD.
Menyelia pengurusan perhubungan dan pendaftaran peringkat daerah.
Mengurus penempatan rayuan tingkatan enam