Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan komponen utama penentuan hala tuju, asas dan sumber inspirasi kepada segala usaha dan rencana untuk menjayakan Sistem Pendidikan di Malaysia. Sistem pendidikan di Malaysia merupakan elemen yang penting dalam usaha membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial yang seiring dengan revolusi Industri 4.0 . Aspirasi Sistem Pendidikan dia Malaysia mampu merefleksikan aspirasi negara sekiranya perancangan dan pelaksanaan organisasi pendidikan dapat disempurnakan dengan baik dan terancang. Perancangan yang jitu, tuntas dan efektif yang mampu direalisasikan oleh warga pendidik seluruhnya akan menghasilkan kecemerlangan dan pendidikan yang mampan.
Pejabat Pendidikan Daerah Baram berusaha untuk menyempurnakan visi da Misi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mengupayakan pelaksanaan inisiatif yang berkesan bagi mendokong usaha transformasi pendidikan daerah Baram. Pelbagai inisiatif telah dirancang oleh pejabat ini untuk mewujudkan sistem pendidikan yang mengutamakan kecekapan, keberkesanan, produktiviti dan kualiti perkhidmatan sebagai persiapan masyarakat daerah Baram bergerak maju seiring dengan pembangunan Abad ke-21. Kepimpinan organisasi dan sekolah turut diutamakan dan diperkasakan dalam menyiapkan warga pendidik di daerah Baram agar sentiasa cekap, berkesan dan berkualiti melaksanakan tanggungjawab serta disokong oleh masyarakat dan komuniti melalui
perkongsian pintar. Amalan perkongsian pintar dikalangan warga pendidik, ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dipeluaskan kerana penglibatan semua pihak mampu melahirkan modal insan yang berkualiti akan merealisasikan kemenjadian murid. Justeru, kerjasama dan budaya kerja sepasukan yang mapan dapat mengupayakan Pejabat pendidikan Daerah Baram mendepani pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan negara.
Sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Baram, saya yakin dan percaya dengan sokongan warga Pendidik daerah Baram mampu menempuhi cabaran dan rintangan dalam merealisasikan visi dan misi Sistem Pendidikan di Malaysia. Pejabat Pendidikan Daerah Baram akan sentiasa merangsang dan melestarikan usaha mentransformasi pendidikan di daerah Baram sekaligus dapat menyumbang kepada kejayaan dalam matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya kepada semua warga pendidik di daerah Baram atas usaha gigih dan dedikasi mereka kerana terus berjuang melengkapi murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dengan tujuan matlamat yang sama. Dengan semangat iltizam yang tinggi ini, kita pasti akan dapat merealisasikan Aspirasi Negara.