Tajuk 07 : PENGGUBALAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN DAN RUBRIK PEMARKAHAN
PENGENALAN
Pentaksiran Berterusan dilaksanakan sepanjang perjalanan kursus pengajian bagi tujuan pengumpulan bukti berlakunya pembelajaran yang mana akan digunakan untuk tujuan penambahbaikan pembelajaran, pengubahsuaian pengajaran dan pengubahsuaian reka bentuk kurikulum. (Buku Panduan Pentaksiran IPG – kemas kini Januari 2023, ms. 23).
Ini bernakna, pensyarah mesti boleh menggunakan penilaian berterusan secara bebas dan bijak untuk ‘for learning’ dan ‘as learning’. Pada asasnya, pensyarah digalakkan mempertimbangkan penilaian berterusan dalam bilik darjah sebagai alat pedagogi yang penting; iaitu, yang boleh digunakan oleh pensyarah dan siswa guru untuk menyemak dan membimbing kemajuan mereka secara berterusan dengan cara yang bermakna.
Pada masa yang sama, pentaksiran berterusan akan membolehkan sesebuah institusi pendidikan mengumpul dan menganalisis keputusan kumulatif penilaian berterusan, supaya dapat membuat keputusan tentang latihan, bahan tambahan, kaedah pedagogi yang dipertingkatkan, dan inisiatif lain untuk menggalakkan kualiti yang lebih tinggi dengan cara yang lebih disasarkan dan tepat pada masa (UNESCO, 2017).
Objektif: Setelah mengikuti sesi ini, peserta dapat:
1. Menggubal tugasan Penkatsiran Berterusan.
2. Menggubal Rubrik Permarkahan.
Masa: 2 jam