TAJUK 4 : PENAMBAHBAIKAN KUALITI KURIKULUM BERTERUSAN MELALUI MEKANISME CLOSING THE LOOP
PENGENALAN
CDL CCQI merupakan proses jaminan kualiti bagi memastikan program akademik yang ditawarkan kekal relevan, dinamik dan berdaya saing. Proses ini bersifat kitaran dan melibatkan dua aktiviti utama iaitu pemantauan pelaksanaan program (program monitoring) dan semakan kurikulum program (curriculum review) yang perlu dilaksanakan secara sistematik.
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM Bil. 1/2016 bertarikh 1 Februari 2016 telah meluluskan cadangan untuk melaksanakan pemantauan, penyemakan dan penambahbaikan kualiti kurikulum secara berterusan (Curriculum Continual Quality Improvement CCQI) melalui mekanisme CDL di dalam kurikulum program pengajian di IPG. Mesyuarat Senat kali ke 37 tahun 2016 pada 24 Oktober 2016 telah meluluskan pelaksanaan pemantauan, penyemakan dan penambahbaikan kualiti kurikulum secara berterusan (CCQI) melalui mekanisme CDL di dalam kurikulum program pengajian di IPG. Pelaksanaan pemantauan, penyemakan dan penambahbaikan kualiti kurikulum secara berterusan (Curriculum Continual Quality Improvement CCQI) melalui mekanisme CDL bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan telah dilaksanakan sepenuhnya bermula Januari 2017 bagi pelajar PISMP bagi Ambilan Jun 2015.
OBJEKTIF : Setelah mengikuti sesi ini, peserta dapat:
1. Menjelaskan tiga proses utama pelaksanaan CDL-CCQI
2. Menganalisis dengan tepat data CDL CCQI yang diperolehi daripada latihan yang dijalankan bagi tujuan
penambahbaikan berterusan.
3. Menghuraikan kepentingan CDL CCQI dalam proses penyampaian kurikulum
MASA : 2 JAM