1.0 PENGENALAN
Kursus Pensyarah Baharu ini adalah satu program latihan yang direka khusus untuk menyediakan pensyarah baharu dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam kerja buat sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG). Pensyarah baharu juga akan diberi pendedahan tentang tugas pensyarah dalam pengurusan akademik dan pentaksiran. Kursus ini adalah titik permulaan bagi pensyarah baharu untuk membina asas yang kukuh dalam aspek pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran dalam bidang pendidikan tinggi. Kursus ini akan meliputi pelbagai topik yang relevan seperti membuat perancangan pengajaran dan pentaksiran berdasarkan Rancangan Maklumat Kursus (RMK) atau Maklumat Kursus (MK), merancang dan melaksanakan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB), menghasilkan digital learning object (DLO) dan membuat penambahbaikan berterusan melalui Closing the Loop (CDL).