TAJUK 6 : OBJEK PEMBELAJARAN DIGITAL (OPD)
Objek Pembelajaran Digital (OPD) secara umumnya merupakan sumber dan teknologi digital yang direka bentuk untuk pengajaran dan pembelajaran dengan beberapa ciri yang menjadikan OPD berkesan (effective) , menarik (appealing) dan menambahkan kecekapan (efficiency). Ada yang merujuk kepada unit modul yang kecil yang boleh diguna semula (re-use) dan ada yang merujuk OPD sebagai satu 'instructional event' yang merangkumi satu semester pembelajaran.
Untuk OPD-KPPB konsep Objek Pembelajaran Digital adalah berdasarkan Model KPPB yang direka bentuk sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa warga IPGM.
Keperluan untuk melaksanakan KPPB dan OPD di IPG telah dinyatakan dalam Dasar Pembelajaran Digital (DaPeD) 2019-2025 sebagai salah satu Transformasi IPG. OPD-KPPB direka bentuk untuk menjelmakan konsep KPPB dalam pengajaran dan pembelajaran IPG. Selaras dengan itu juga perlu diketahui pemanfaatan digital adalah satu komponen penting dalam KPPB. Untuk sediakan pelajar yang kalis masa hadapan, pensyarah perlu mulakan dengan guru yang akan ke sekolah dan mengajar generasi yang akan memenuhi tempat kerja pada 2030 nanti.
OBJEKTIF: Setelah mengikuti sesi ini, peserta dapat
1. Menjelmakan komponen OPD dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dan tidak bersemuka.
2. Melaksana aktiviti secara amali pengaplikasian OPD dalam proses PdPc.
3. Membina laman sesawang sebagai pelaksanaan OPD yang lebih sistematik dan berstruktur sepanjang proses PdP.
MASA : 2 jam