TAJUK 3: PENULISAN PT03
1.0 PENGENALAN
Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum (IPGM KPM-EOMS-PT-03) merupakan prosedur kualiti umum pengurusan. Prosedur ini bertujuan untuk menjelaskan proses merancang, menggubal, melaksana, memantau dan menambahbaik kurikulum latihan guru supaya dapat dilaksanakan secara sistematik mengikut keperluan Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) dan selaras dengan keperluan MQF. Prosedur ini merangkumi proses-proses berikut:
i. Merancang, mereka bentuk dan menggubal kurikulum program pendidikan guru.
ii. Melaksanakan kurikulum pendidikan guru Institut Pendidikan Guru (IPG).
iii. Melaksanakan pemantauan dan penilaian kurikulum.
iv. Melaksanakan penambahbaikan berdasarkan laporan pemantauan dan penilaian kurikulum.
Terdapat 15 dokumen kualiti yang berkaitan dengan IPG KPM-EOMS-PT-03 yang boleh dirujuk melalui portal IPGM pada pautan ipgm.moe.edu.my. Kesemua dokumen kualiti tersebut perlu disediakan samada oleh pensyarah kursus, Ketua Jabatan/Ketua Unit dan perlu disimpan bagi tujuan audit.
2.0 OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta dapat;
i. Menjelaskan jenis dan fungsi dokumen yang terkandung dalam
KPM EOMS-PT-03.
ii. Menulis Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Semester (LAM-
PT-03-01) kursus.
iii. Menulis Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Minggu (LAM-
PT-03-02) kursus.
3.0 TEMPOH PELAKSANAAN : 2 jam
4.0 AKTIVITI LATIHAN
AKTIVITI : 1
MASA : 2 jam
OBJEKTIF : Setelah mengikuti sesi ini, peserta dapat:
Menjelaskan jenis dan fungsi dokumen kualiti EOMS -PT-03
Menjelaskan dokumen PT-03 yang sangat berkaitan dengan tugas hakiki pensyarah.
Menulis Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Semester (LAM-PT-03-01) kursus.
Menulis Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Minggu (LAM-PT-03-02) kursus.
KANDUNGAN : Dokumen kualiti IPG KPM-EOMS-PT-03.