5.0 AKTIVITI LATIHAN
TAJUK 1 : APA ITU OUTCOME-BASED EDUCATION (OBE)?
PENGENALAN
Outcome-Based Education (OBE) adalah pendidikan yang memberi fokus kepada hasil pelaksanaan sesuatu program dan menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperoleh oleh setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Pelaksanaan OBE merupakan sebahagian daripada syarat pematuhan yang ditetapkan oleh MQA dan badan-badan profesional bagi tujuan akreditasi /pengiktirafan sesebuah program akademik. OBE berfokus kepada pencapaian hasil pembelajaran pelajar secara individu di mana hasil pembelajaran akan menetapkan perkara yang pelajar patut faham dan boleh laksanakan atau kualiti yang pelajar patut capai.
Outcome atau hasil dalam OBE ialah:
· Menerangkan apa yang pelajar tahu, faham dan boleh buat selepas melengkapi sesuatu program pendidikan.
· Memerlukan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS)
· Hasil ialah dalam bentuk produk yang boleh diukur dan dinilai.
Dalam pelaksanaan OBE, penilaian yang dibuat akan dianalisis bagi membandingkan perancangan dan kejayaan yang dicapai agar sejajar dengan objektif dan hasil pembelajaran program yang telah direka bentuk. Sehubungan dengan itu, kaedah penilaian juga menjadi alat yang penting dalam mengenal pasti pencapaian setiap pelajar.
PERINCIAN AKTIVITI
OBJEKTIF: Setelah mengikuti sesi ini, peserta dapat;
1. Menghuraikan konsep Outcome-Based Education (OBE).
2. Membanding beza antara OBE dan Content Based Learning.
3. Menjelaskan proses OBE
MASA : 1 jam
PERINCIAN AKTIVITI