TAJUK 5 : KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB)
PENGENALAN
Konsep Pembelajaran bermakna menjadi asas kepada pelaksanaan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Konsep KPPB ini adalah berdasarkan kepada New Pedagogies for Deep Learning (NPDL) yang diperkenalkan oleh Michael Fullan, Joanne Quinn & Joanne McEachean (2018). Pembelajaran bermakna ialah pembelajaran berkualiti yang melekat dalam dalam pemikiran individu sepanjang hidupnya; ia meningkatkan penglibatan pelajar secara langsung; ia menghubungkan pelajar dengan dunia sebenar; ia memupuk nilai kerohanian; ia membangunkan kemahiran, pengetahuan, keyakinan diri dan kebertanggungjawaban; ia membina hubungan baharu antara pelajar, guru, keluarga dan komuniti dan ia menanamkan hubungan kemanusiaan yang baik. Rumusannya hasil pembelajaran yang bermakna menekankan kepada kompitensi global yang di ringkaskan dengan 6Cs: iaitu character (sahsiah), citizenship (kewarganegaraan), collaboration (kolaborasi), communication (komunikasi), creativity (kreativiti) dan critical thinking (pemikiran kritis).
Bagi merealisasikan KPPB ini seseorang pensyarah atau guru perlu memfokuskan pencapaian pembelajaran bermakna dengan menekankan model reka bentuk pembelajaran yang terdiri dari eleman amalan pedagogi masa kini, rakan pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan pemanfaatan digital. Pemanfaatan digital pula merujuk kepada penggunaan teknologi digital dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah untuk memacu, membugar pembelajaran pelajar sesuai dengan situasi perkembangan hari ini.
IPGM telah memperkenalkan Model KPPB untuk memantapkan lagi pelaksanaan KPPB seperti rajah di bawah. Model ini menekankan tentang kejelasan guru atau pensyarah yang memerlukan hasrat pembelajaran dan kriteria kejayaan dapat dikenalpasti. Proses mendapatkan kejelasan ini memerlukan guru atau pensyarah melaksanakan aktiviti merungkai dan merangkai standard atau kurikulum.
OBJEKTIF: Di akhir sesi peserta dapat;
1. Menjelaskan objektif ,matlamat dan konsep pelaksanaan KPPB di IPG Kampus.
2. Melaksana KPPB dalam kursus atau mata pelajaran yang diajar di IPGK melalui pemanfaatan digital
3. Menfokuskan pelaksanaan pedagogi baharu untuk membangunkan pembelajaran bermakna untuk mencapai 6
kemahiran kompetensi global.
KANDUNGAN:
1. Objektif pengenalan KPPB di laksanakan di IPGK
2. Pelaksanaan KPPB dalam pedagogi pensyarah IPGK
3. Kaedah pelaksanaan KPPB kursus yang diajar di IPGK
MASA : 2 jam