MODUL KURSUS PENSYARAH BAHARU merupakan modul latihan yang ditulis sebagai panduan pelaksanaan kursus untuk pensyarah baharu di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Modul ini disusun bagi membantu para pensyarah baharu untuk melaksanakan tugas hakiki khusus dalam pengajaran pembelajaran serta pentaksiran di bilik darjah.  

MODUL KURSUS PENSYARAH BAHARU meliputi lapan topik yang relevan iaitu membuat perancangan pengajaran dan pentaksiran berdasarkan Rancangan Maklumat Kursus (RMK) atau Maklumat Kursus (MK), merancang dan melaksanakan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB), menghasilkan Digital Learning Object (DLO) dan membuat penambahbaikan berterusan melalui Closing the Loop (CDL) serta menjalankan pentaksiran terhadap pengajaran dan pembelajaran. 

MODUL KURSUS PENSYARAH BAHARU ditulis oleh gabungan penulisan oleh pensyarah-pensyarah yang berpengalaman di Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Adalah diharap MODUL KURSUS PENSYARAH BAHARU ini dapat memberikan panduan kepada pensyarah baharu dalam melengkapkan pengetahuan ke arah aplikasi teori ke praktis.