Platform ini digunakan sebagai medium hebahan berkaitan dengan aktiviti semasa yang dijalankan oleh pihak PIBG SMKPR.
PIBG SMKPR 2026
17/11/2024
HEBAHAN SUMBANGAN SPM 2024
Salam myPRISSMA !
PIBG dan SMK Paya Rumput memohon sumbangan kewangan bagi membantu pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM sesi 2024/2025 (2 Januari - 6 Februari 2025). Sumbangan ini bertujuan menyediakan sarapan dan makan tengahari untuk 211 pelajar sepanjang tempoh peperiksaan dengan anggaran kos RM 10,000. Perinciannya adalah seperti berikut:
Pautan:
https://sites.google.com/view/smkprpibg/sumbangan-makan-spm
Terima kasih.
28/5/2024
HEBAHAN UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM SMKPR
Salam myPRISSMA !
PIBG akan gunakan saluran di bawah untuk menyampaikan informasi atau kemaskinian terkini berkaitan UPU, urusan sambung belajar dan program yang berkaitan dengan nya.
Pautan:
https://sites.google.com/view/smkprpibg/info-lepasan-spm-2024
Terima kasih.
13/5/2024
Program Kecemerlangan Akademik
Salam myPRISSMA !
Unit Kecemerlangan Akademik PRISSMA telah merancang dan melaksanakan Program Kecemerlangan Akademik yang berfokus dan diharapkan dapat mewujudkan momentum murid untuk kekal fokus di dalam kelas, bersedia untuk Ujian & Peperiksaan, Buat Sehabis Baik untuk peperiksaan utama khususnya SPM.
Pautan: https://anyflip.com/qumnn/zqry/
Terima kasih.
13/5/2024
Garisan Panduan Pengurusan Salah Laku Buli
Salam myPRISSMA !
Kepada ibu bapa/penjaga/guru
Buku GARIS PANDUAN PENGURUSAN SALAH LAKU BULI ini menjadi asas panduan pengurusan salah laku buli: https://online.anyflip.com/ftfuo/lxeo/mobile/index.html
Buku ini menerangkan dengan jelas tentang definisi, jenis, faktor dan implikasi salah laku buli juga tatacara pengurusan kes-kes salah laku buli yang kerap berlaku dewasa ini.
Semoga buku ini memberikan manfaat yang besar kepada semua pihak bagi mengatasinya.
Sekian. Terima kasih.
13/5/2024
Penerangan tentang HELOCORE
Salam myPRISSMA !
Makluman dan perhatian kepada semua ibu bapa/penjaga/guru
Berikut adalah penerangan tentang HELOCORE - Sistem Sekolah Digital Bersepadu: https://anyflip.com/qgemi/wdty/.
SMK Paya Rumput @ myPRISSMA telah menetapkan Kebitaraan Utama iaitu Inovasi & Pendigitalan sebagai hala tuju sekolah untuk menjadi Sekolah Digital.
Melalui HELOCORE yg merupakan Rakan Strategik Digital, sekolah akan melaksanakan CASHLESS & DIGITAL @ Mudah Cepat Produktif dalam pengoperasian koperasi, kantin, telefon yang mana pembayaran menggunakan KAD PINTAR (seakan kad kredit) akan dilaksanakan tetapi TANPA PAKSAAN kepada semua murid. Pelaksanaan ini yan g telah dan akan dilaksanakan di sekolah2 negeri Melaka akhirnya akan menyahut kepada Dasar Pendigitalan Negara.
Terima kasih.
12/5/2024
Tatacara Sewaan Locker Pelajar
Untuk sewa locker simpanan barang/buku teks, bayarannya adalah RM 10 sebulan.
Pelajar boleh berjumpa dengan Cikgu Hidayah atau mana-mana Cikgu Koperasi yang bertugas dan beritahu nak sewa locker.
1. Pelajar boleh datang ke Koperasi
2. Ambil Borang Sewaan Locker
3. Isi borang Sewaan Loker
4. Hantar borang beserta bayaran.
5. Koperasi akan berikan kunci dan taklimat penggunaan locker.
Boleh sewa secara individu atau kongsi 2 orang bagi 1 Locker. Bayaran bulanan dibuat dikoperasi. Pembayaran juga boleh dibuat sehingga habis sesi persekolahan.
Ketika ini, 11 May 2024, ada 30 lagi kekosongan.
Terima kasih.
4/5/2024
** PILOT STUDY PROGRAM TUTORIAL PELAJAR DI SMKPR **
Ibu Bapa yang dihormati,
PIBG dengan sukacita ingin mengumumkan bahawa akan melaksanakan program pilot tutorial start up di SMKPR untuk subjek Fizik, Kimia, dan Biologi bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5. Program ini akan dibiayai sepenuhnya oleh PIBG dan dijadualkan akan bermula pada awal Mei 2024 dan dibuat pada hari Sabtu.
Kesiapsiagaan para guru berada pada tahap tertinggi. Jadi, kami mengharapkan dukungan penuh dari semua ibu bapa dan pelajar dalam menjayakan program ini. Tujuan program ini adalah untuk memberikan bantuan tambahan kepada pelajar dalam memahami dan menguasai mata pelajaran tersebut.
Sekiranya ada ibu bapa yang ingin menyokong program ini dengan menyediakan makanan dan minuman, sila berhubung dengan Puan Nadeera di 013-4880178. Sokongan dari segi penyediaan makanan dan minuman seperti ini adalah sangat dihargai untuk mempermudahkan dan menarik minat pelajar.
Selain itu, sumbangan dalam bentuk wang ringgit juga sangat dialu-alukan kerana PIBG perlukan dana tambahan untuk bayaran token kecil kepada guru yang terlibat. Ibu bapa boleh membuat sumbangan melalui akaun PIBG seperti yang tertera di bawah:
Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Paya Rumput
No. Akauan / Bank: 554129518173 (Maybank)
Catitkan "Tutorial" di ruangan remark transfer
Sekiranya program ini berjaya memberi impak positif dan mendapat sambutan yang baik dari pelajar, inshaAllah kita akan melihat kemungkinan perluasan program ini bagi tingkatan bawah yang lain.
Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama ibu bapa. Semoga program ini memberi manfaat yang besar kepada perkembangan akademik anak-anak kita.
Sekian, terima kasih.
PIBG SMKPR
27/4/2024
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
JADUAL WAKTU SEMAKAN BAHARU UNTUK MEI 2024
Pautan: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smkpayarumput2022/kurikulum/jadual-waktu-kelas
Di header jadual ada tertulis MEI.
Terima kasih.
25/4/2024
*HEBAHAN GOTONG ROYONG PERDANA SMKPR 2024*
Kepada Ibu Bapa sekalian,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dalam rangka menyambut Program Gotong Royong Perdana SMKPR 2024 yang akan diadakan pada:
📅 Tarikh: 27 April 2024 (Sabtu)
🕢 Waktu: 7.40 Pagi
🏫 Lokasi: Dataran PRISSMA SMKPR
PIBG ingin meminta kerjasama Ibu Bapa semua dalam membawa peralatan kebersihan (jika ada) dan peralatan lain yang diperlukan untuk menjayakan program ini.
Peralatan yang dimaksudkan termasuk:
Peralatan kebersihan (seperti penyapu, pengIlap, dan lain-lain)
Peralatan mengecat (seperti kuas cat, roller, dan penutup cat)
Peralatan mencuci (Cable extension, waterjet, sabun pencuci, lap kain, dan sebagainya)
Meskipun Pihak sekolah dan PIBG telah menyediakan sejumlah peralatan, kami memohon kerjasama Ibu Bapa untuk membawa peralatan sendiri kerana kami khawatir persediaan yang ada tidak mencukupi untuk keperluan seluruh acara.
PIBG juga ingin mengambil peluang ini untuk mengajak Ibu Bapa semua mendekati dan mengenali pihak sekolah. Kata orang, "tak kenal maka tak cinta." Keterlibatan Ibu Bapa adalah kunci kejayaan bersama dalam membina persekitaran yang lebih baik bagi anak-anak kita.
Kami berharap Ibu Bapa dapat membantu dalam hal ini demi menjayakan program Gotong Royong Perdana ini.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama Ibu Bapa semua.
Sekian, terima kasih.
22/4/2024
Siaran Kokurikulum Prissma
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
PERKARA BERBANGKIT BERKENAAN MERENTAS DESA
1. Pemakaian Kasut Sukan
a. Dibenarkan sepanjang hari ketika kejohanan merentas desa.
b. Dibenarkan ketika latihan merentas desa dan aktiviti koku tetapi tidak dibenarkan ketika pdp.
2. Pemakaian Baju Sewaktu Merentas Desa.
a. Sepatutnya murid memakai baju rumah sukan untuk memudahkan pemberian mata.
b. Walau bagaimanapun, bagi murid yg belum membeli baju rumah sukan, dibenarkan memakai baju PJ hitam oren dengan syarat ada pengenalan rumah sukan yg akan diberikan oleh guru rumah sukan.
c. Jika tiada pengenalan rumah sukan, tiada mata yg akan diberikan.
3. Pemakaian Seluar Sukan
a. Hanya seluar sukan sekolah sahaja dibenarkan. Seluar sukan lain tidak dibenarkan.
4. Pemakaian Tudung
a. Hanya tudung sekolah sahaja dibenarkan. Tudung lain tidak dibenarkan.
5. Surat Kebenaran Ibu bapa / Penjaga
a. Telahpun diwar-warkan oleh Tuan Pengetua melalui makluman sebelum ini. Semua murid wajib mengembalikan surat kebenaran selewat-lewatnya pada hari Rabu 24/4/2024. Serahkan kepada guru kelas masing-masing.
b. Surat makluman dan surat kebenaran ibu bapa telahpun diedarkan kepada semua murid tadi. Jika belum dapat atau hilang, esok boleh dapatkan di pejabat sekolah.
Terima kasih.
PK Kokurikulum
14/4/2024
PERINGATAN MESRA UNTUK PELAJAR DAN IBU BAPA: PARKIR MOTOR DI HADAPAN DERETAN KEDAI TPR PERDANA
Kepada semua pelajar dan ibu bapa yang prihatin,
Ahli Majlis (Paya Rumput), Clr. Hamidi memohon kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKPR membuat hebahan berhubung aduan peniaga di mana pelajar SMKPR parkir motor di hadapan lot kedai secara beramai-ramai sehingga tiada ruang parkir untuk pelanggan. Ahli Majlis mencadangkan pelajar untuk parkir di bahagian hujung jalan di bawah pokok (bertentang restoran Maulana). Pelajar yang telah cukup umur digalakkan untuk mengambil lesen motor dan memohon sticker sekolah. Manakala pelajar yang di bawah umur, mohon ibu bapa pantau, kerana pelajar tidak mematuhi peraturan jalan raya dan terdedah dengan risiko kemalangan. Mohon ibu bapa prihatin dalam perkara ini.
Sekian, terima kasih.
PIBG SMKPR
Disertakan sekali :
TATACARA PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN (MOTOR) BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5 SMKPR
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati,
Bagi pelajar yang ingin membawa motosikal ke sekolah, berikut adalah panduan untuk mohon pelekat kenderaan:
Bersiap dengan salinan dokumen penting iaitu lesen, geran kenderaan dan cukai jalan.
Ambil borang dari Unit Disiplin dan isi
Unit Disiplin sahkan
Bayar RM 5 untuk 1 unit sticker
Tampal di kenderaan
Pelekat ini sah untuk 2 tahun iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5. Sekiranya pelekat kenderaan pelajar hilang atau rosak, laporkan kepada unit disiplin dan bayar RM 5 untuk pelekat baru.
Terima kasih.
3/4/2024
PERINGATAN MESRA UNTUK IBU BAPA: TATA CARA PARKIR SEMASA MENUNGGU MURID
Kepada semua ibu bapa yang prihatin,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada kegiatan sekolah dan memastikan keselamatan anak-anak terjaga semasa perjalanan mereka pergi dan pulang dari sekolah.
Namun begitu, kami juga ingin mengingatkan semua ibu bapa tentang satu isu yang semakin menjadi perhatian di kalangan komuniti setempat, iaitu tatacara parkir semasa menunggu murid sewaktu pergi atau balik dari sekolah. PIBG telah menerima teguran yang berulang kali dari komuniti setempat berkaitan dengan kenderaan ibubapa yang menghalang jalan keluar-masuk taman.
Kami memahami bahawa kesibukan dan keperluan masa seringkali membuatkan kita tergesa-gesa semasa menunggu anak-anak kita di sekolah. Namun, tindakan parkir yang tidak bertimbang rasa boleh membawa kesan yang besar kepada keamanan dan keselesaan penduduk tempatan.
Oleh itu, kami ingin meminta kerjasama serta kesedaran semua ibu bapa untuk mematuhi tatacara parkir yang betul, antaranya:
Parkir Di Tempat Yang Betul
Jangan Menghalang Laluan
Jika ada ibu bapa yang tidak mengikut peraturan, mohon tegur secara berhemah demi keharmonian bersama.
Memberi kerjasama yang baik kepada Pengawal yang bertugas untuk menyeberangkan pelajar.
Beri keutamaan dan laluan kepada Bas Sekolah.
Memberi Contoh Baik: Tunjukkan kepada anak-anak contoh yang baik dengan mematuhi peraturan parkir. Ini adalah peluang untuk mengajar mereka tentang tanggungjawab sebagai pengguna jalan yang bertanggungjawab.
Dengan mematuhi tatacara parkir yang betul, kita tidak hanya menjaga keselamatan anak-anak kita, tetapi juga menunjukkan rasa hormat kepada penduduk tempatan dan memelihara hubungan yang baik dalam komuniti.
Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua ibu bapa dalam perkara ini. Marilah kita bersama-sama menjaga keamanan dan kesejahteraan komuniti sekolah kita.
Sekian, terima kasih.
PIBG SMKPR
29/3/2024
Assalammua’laikum dan salam sejahtera semua ibu bapa dan penjaga,
Jadual KELAS Semakan Baharu
Bermula 1 April 2024, Jadual KELAS akan menggunapakai jadual semakan baharu. Jadual baharu ini ditanda dengan (APRIL) di bahagian tajuk sebelah atas. Diharap semua ibu bapa dan penjaga ambil maklum perkara ini. Semoga tidak berlaku sebarang kekeliruan dalam perkara ini.
Pautan: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smkpayarumput2022/kurikulum/jadual-waktu-kelas
Download: https://drive.google.com/file/d/1X8Rq6LFEZopZHqfAAADLEekwwHw4D8rL/view?usp=sharing
Terima kasih semua.
PIBG SMKPR
25/3/2024
Garis Panduan dan Kesedaran Cuaca Panas
Berikutan dengan garis panduan dan kesedaran cuaca panas dari KPM, pelajar dibenarkan memakai baju PJK atau baju sukan.
Terima kasih.
25/3/2024
Kelas Tambahan Bagi Murid-murid Tingkatan 5 Sesi 2024
Dengan sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa guru-guru telah memulakan kelas tambahan pada waktu petang hari persekolahan dan pagi Sabtu mulai jam 8.30 pagi. Ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid Tingkatan 5 bagi Sesi 2024 yang singkat ini. Guru-guru telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi. PIBG ingin menekankan bahawa sokongan ibu bapa dan murid-murid sangatlah penting dalam usaha ini.
Sila ambil perhatian bahawa sesi akademik 2024 hanya berlangsung selama 27 minggu sebelum tarikh SPM. Oleh itu, kehadiran murid dalam kelas tambahan adalah amat diperlukan untuk memastikan kecemerlangan mereka dalam peperiksaan tersebut.
Kami menghormati dan memahami bahawa bulan Ramadan dan pagi Sabtu adalah masa yang penting bagi kebanyakan keluarga. Namun demikian, setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. PIBG berharap tiada isu atau aduan dari ibu bapa berkenaan kelas tambahan yang diadakan pada bulan Ramadan dan pagi Sabtu.
Dedikasi kita sebagai ibu bapa amatlah penting dalam memberikan sokongan kepada anak-anak kita untuk mencapai kecemerlangan akademik. Mari kita tunjukkan keazaman dan keterujaan kita dalam menjalani perjalanan ini bersama-sama, kerana dengan komitmen dan semangat juang yang tinggi, kita pasti dapat melalui cabaran ini bersama.
Aktiviti akan dilanjutkan selepas hari raya nanti dengan program tutorial bagi membimbing para pelajar membuat revision dan latihan. Diselit juga program² rehat minda yang dianjurkan oleh UBK SMKPR dan PIBG.
Sekian, terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan usaha meningkatkan prestasi akademik murid-murid SMKPR.
20/3/2024
LINK TELEGRAM / WHATSAPP KOKU (KELAB/PERSATUAN DAN SUKAN)
PIBG akan update link KOKU dari semasa ke semasa.
Pautan: https://sites.google.com/view/smkprpibg/senarai-koku-dan-pautan
Terima kasih semua.
20/3/2024
SENARAI PENGUSAHA BAS/VAN SEKOLAH UNTUK PELAJAR SMKPR 2024/2025
Pautan : https://sites.google.com/view/smkprpibg/senarai-pengusaha-basevan-sekolah
Terima kasih.
17/3/2024
JADUAL PELAJAR DARI PERALIHAN HINGGA TINGKATAN 5
Jadual baru bermula isnin 18 Mac, boleh dilayari di One Prissma.
Pautan: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smkpayarumput2022/kurikulum/jadual-waktu-kelas
Terima kasih.
13/3/2024
PAKAIAN PELAJAR DI MINGGU ORIENTASI DAN SETERUSNYA
Pakaian murid Peralihan hingga Tingatan 5 dan ketika orientasi (Minggu 1):
Isnin : Uniform
Selasa : Cuti
Rabu : Baju PJK
Khamis : Uniform - Majlis Penutup Orientasi
Jumaat : Baju PJK
Setelah selesai minggu orientasi, pemakaian baju ke sekolah sepanjang bulan Ramadhan bagi murid SMK Paya Rumput Peralihan hingga Tingkatan 5 adalah seperti berikut:
ISNIN - UNIFORM SEKOLAH LENGKAP
SELASA - BAJU PJK SEKOLAH DAN SELUAR PJK SEKOLAH
RABU - BAJU PJK SEKOLAH DAN SELUAR PJK SEKOLAH
KHAMIS - BAJU PJK SEKOLAH DAN SELUAR PJK SEKOLAH
JUMAAT - UNIFORM SEKOLAH LENGKAP
Terima kasih.
12/3/2024
Daripada: Guru Koperasi
STOK MODUL GEOGRAFI TINGKATAN 1, 2 & 3 SUDAH SAMPAI DI KOPERASI
Assalamualaikum & selamat sejahtera.
Untuk makluman, Modul Geografi Ting. 1, 2 & 3 sudah ada di koperasi. Bagi yg belum dapat, boleh ambil mulai esok pada waktu rehat.
Mohon bawa resit sekali ya.
Harap maklum dan terima kasih🌹
12/3/2024
Jemputan ke Majlis Dialog Prestasi Ujian/Peperiksaan Akhir Sesi Akademik 2023/2024
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Rumput akan mengadakan Majlis Dialog Prestasi Ujian/Peperiksaan Akhir Sesi Akademik 2023/2024 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 15 March 2024
Hari : Jumaat
Tempat : Kelas Sesi 2023/2024, SMK Paya Rumput
Masa : 9.30 pagi
Sasaran : Murid Peralihan, Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 Sesi 2023/2024 (Tahun lepas).
2023/2024 Peralihan ➡️ 2024/2025 Tingkatan 1
2023/2024 Tingkatan 1 ➡️ 2024/2025 Tingkatan 2
2023/2024 Tingkatan 2 ➡️ 2024/2025 Tingkatan 3
2023/2024 Tingkatan 3 ➡️ 2024/2025 Tingkatan 4
2023/2024 Tingkatan 4 ➡️ 2024/2025 Tingkatan 5
Sehubungan dengan itu, kehadiran tuan / puan ke program tersebut amatlah penting untuk kecemerlangan anak tuan / puan.
Atas kesudian pihak tuan untuk menghadiri majlis ini, pihak sekolah dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
10/3/2024
Maklumat Orientasi Murid Peralihan dan Tingkatan 1
PIBG himpunkan perkara-perkara penting berkaitan Orientasi Murid Peralihan dan Tingkatan 1 seperti berikut:
Pautan: https://sites.google.com/view/smkprpibg/pelajar-peralihan-dan-tingkatan-1
Terima kasih.
MAKLUMAT UMUM SEMPENA PEMBUKAAN SESI AKADEMIK BAHARU 2024/2025
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati,
Berikut adalah maklumat berkaitan persediaan bagi pembukaan sesi akademik baharu 2024/2025. Untuk Perincian, sila rujuk pautan:
https://sites.google.com/view/smkprpibg/pembukaan-sesi
Terima kasih.
10/3/2024
Jadual Waktu Pulang Sesi Akademik 2024/2025
7/3/2024
Pendaftaran Pelajar Peralihan dan Tingkatan 1
PIBG himpunkan perkara-perkara penting berkaitan Pendaftaran Pelajar Peralihan dan Tingkatan 1 seperti berikut:
Pautan: https://sites.google.com/view/smkprpibg/pendaftaran-pelajar-peralihan-dan-tingkatan-1
Terima kasih.
Poster Sumbangan PIBG dan Kecemerlangan
7/3/2024
Video Rakaman 'Program Hala Tuju Selepas SPM'
Kepada Pelajar dan Ibu Bapa Tingkatan 5 2023, Tingkatan 5 2024 dan Tingkatan 4 2024 yang tidak berpeluang hadir ke 'Program Hala Tuju Selepas SPM' secara online, pihak UBK dan PIBG kongsikan rakaman program di pautan berikut:
https://drive.google.com/file/d/15qUhz8ZKk7-QNeZjzCfa16YY5QGw2Kyx/view?usp=drivesdk
Pelbagai informasi baru dikongsikan oleh Penceramah. Semoga kita semua mendapat manfaat bersama.
Terima kasih semua.
5/3/2024
PEMBUKAAN KANTIN SEMASA BULAN PUASA
Salam myPRISSMA!
Kantin sekolah akan dibuka seperti biasa semasa bulan puasa.
Terima kasih.
4/3/2024
MAKLUMAN PENDAFTARAN BAGI SESI 2024/25
Salam myPRISSMA!
Pendaftaran Murid Kelas Peralihan hingga Tingkatan 5 Tahun 2024 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 9 Mac 2024/Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka PRISSMA / Kelas
Peralihan dan Form 1
Ibu bapa serta anaj wajib hadir. Anak wajib guna baju sekolah. Ada sedikit taklimat akan diberikan pada hari tersebut.
Form 2 hingga Form 5
Anak-anak WAJIB hadir. Pemakaian baju koku orange. Ibu bapa boleh membayar yuran PIBG pada hari tersebut. Boleh serah pada anak atau bole hadir sekali untuk membayar.
Nota Penting
Hari pendaftaran Ting 4 dan 5 adalah pada 9 Mac 2024 (Sabtu). Murid dikehendaki hadir jam 9.00 pagi dengan berpakaian sukan sekolah dan seluar sukan sekolah.
Murid akan ditempatkan di dalam kelas dan penyusunan tempat duduk akan dilakukan bersama guru kelas.
Pembayaran yuran dan keperluan lain akan dilakukan pada waktu ini di dalam kelas.
Pembelian buku untuk Ting 4 dan 5 adalah pada 6 Mac 2024 (Rabu). Namun sekiranya Ada Anak lebih dari seorang yg bersekolah di SMKPR, boleh pilih mana mana tarikh pembelian untuk buku yang sesuai seperti yang terdapat di dalam poster.
4/3/2024
MAKLUMAN PROGRAM HALA TUJU SELEPAS SPM
Salam myPRISSMA!
Program akan di adakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 5 Mac 2024 (Selasa)
Peserta : Semua Murid dan Ibu Bapa
Tingkatan 5 (2023)
Tingkatan 5 (2024)
Tingkatan 4 (2024)
Penceramah : Cikgu Abdul Muiez Ruslee.
Tempat : Medium Google Meet
Masa : 8.30 malam
Link akan diberikan 30 minit sebelum bermula di group E-pembelajaran Tingkatan 4, 5, lepasan SPM dan Telegram Muafakat.
Semua dijemput hadir.
RAYUAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL
(PELAJAR LEPASAN TINGKATAN 3 YANG MEMINATI TVET, BOLEH MOHON. TAHAP DIPLOMA)
20/2/2024
Assalamualaikum,
Pelancaran Sumbangan Ihya’ Ramadan SMKPR 1445/2024
Panitia Pendidikan Islam dan Unit Kerohanian SMK Paya Rumput akan mengadakan Program Ihya’ Ramadan 2024 dan memerlukan sumbangan ikhlas untuk menjayakannya. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
PIBG SMKPR
554129518173 (Maybank)
Pautan: https://sites.google.com/view/smkprpibg/program-sumbangan-ihya-ramadhan
Sebarang pertanyaan atau urusan infaq pukal, sila hubungi:
Ustazah Nur Hanan Fadhlin binti Mohd Rosli (0179160134)
Pn. Nurdia Binti Osman, Bendahari PIBG (0126326557)
Ramadhan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga membersihkan hati dan jiwa dari segala dosa dan kesalahan. Mari kita manfaatkan setiap momen Ramadhan untuk memperbaiki diri, memperkuat ikatan kekeluargaan, dan memberikan bantuan kepada sesama yang memerlukan.
Semoga Allah s.w.t memberkati setiap sumbangan yang diberikan. Aameen! 🤲🏽
Ramadhan Mubarak!
PIBG SMKPR
13/2/2024
TATACARA PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN (MOTOR) BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5 SMKPR
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati,
Bagi pelajar yang ingin membawa motosikal ke sekolah, berikut adalah panduan untuk mohon pelekat kenderaan:
Bersiap dengan salinan dokumen penting iaitu lesen, geran kenderaan dan cukai jalan.
Ambil borang dari Unit Disiplin dan isi
Unit Disiplin sahkan
Bayar RM 5 untuk 1 unit sticker
Tampal di kenderaan
Pelekat ini sah untuk 2 tahun iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5. Sekiranya pelekat kenderaan pelajar hilang atau rosak, laporkan kepada unit disiplin dan bayar RM 5 untuk pelekat baru.
Terima kasih.
12/2/2024
KEM BOLA TAMPAR PRISSMA
Bola tampar Prissma akan membentuk pasukan LELAKI bawah 18 tahun. Oleh itu, semua murid yang berminat untuk menyertai pasukan sekolah boleh hadir ke kem latihan yang akan bermula esok hari Selasa hingga Jumaat.
Link group Kem Latihan Bola Tampar 2024 👇
https://t.me/+VTns8UP_-h5iM2M1
Terima kasih.
PENGESAHAN PENEMPATAN MURID TAHUN 6 KE PERALIHAN DAN TINGKATAN 1 SESI 2024/2025
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa pengesahan penempatan murid tahun 6 ke Peralihan dan Tingakatan 1 sedang berjalan. Tarikh pengesahan adalah bermula dari 6 Feb 2024 hingga 15 Feb 2024. Ibu bapa dihendaki hadir ke sekolah dan melakukan perkara berikut:
Parkir di pagar hadapan
Lapor di pondok pengawal
Pergi ke pejabat pengurusan
Lakukan pengesahan hingga selesai
Dokumen yang perlu di bawa semasa pengesahan:
Surat penempatan (salinan)
Sijil kelahiran murid (salinan)
Kad pengenalan murid dan ibu bapa/penjaga (salinan)
Bagi pelajar yang mendapat peralihan dan membuat rayuan ke tingkatan 1, Ujian Pengesanan BM akan dilakukan pada 13 Mac 2024.
Terima kasih.
PANDUAN ALIRAN BAGI PELAJAR TINGKATAN 3 KE TINGKATAN 4
Pautan: https://drive.google.com/file/d/1oUMAzxVva-sUberGZZJHlpPtplGw_oqO/view?usp=sharing
Peringatan bersama, kepada murid-murid tingkatan 3 yang akan ke tingkatan 4 dan terpilih masuk ke aliran sains tulen dan sains komputer,
Mohon ibu bapa bawa anak-anak menjalani ujian Buta/Rabun Warna. Ini adalah kerana kebanyakkan IPTA dan IPTS serta bidang kerjaya dari aliran sains menekankan berkaitan BUTA/RABUN WARNA. Sebahagian IPTA dan IPTS menjadikan syarat kemasukkan TIDAK BOLEH BUTA/RABUN WARNA atau pemilihan berdasarkan tahap Rabun Warna kerana ianya melibatkan faktor keselamatan. Mohon ibu bapa dan pelajar untuk beri perhatian berkaitan perkara ini. Dapatkan informasi lanjut dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPR atau buat pemeriksaan di Optometrist berhampiran (Zawati Optometrist Cheng: 019-647 6552).
Nota rujukan:
https://www.slideshare.net/ggiidoo/pke3104-perkhidmatan-kesihatan-sekolahsaringan-rabun-warna
https://www.facebook.com/photo/?fbid=605891062790239&set=a.605891049456907
Terima kasih.
5/2/2024
STATUS SUMBANGAN SEMASA PIBG, KECEMERLANGAN, KECERIAAN DAN ICT SESI 2023/2024
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati,
Berikut adalah sumbangan semasa PIBG. Untuk Perincian, sila rujuk pautan:
https://sites.google.com/view/smkprpibg/sumbangan-pibg-kecemerlangan-keceriaan-dan-ict
Terima kasih.
4/2/2024
Peringatan Bersama PIBG kepada Ibu Bapa dan Penjaga: Pemakaian helmet ketika menunggang motosikal.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati,
Pihak PIBG menerima pemakluman bahawa telah berlaku kemalangan kecil melibatkan 2 motosikal pelajar di jalan taman menghala ke Fasa 2 awal minggu ini (Berpakaian sekolah). Makluman menyatakan juga bahawa kesemua penunggang motor tidak memakai helmet dan mengalami cedera ringan.
Bagi mengelakkan perkara sebegini dari berlaku lagi, PIBG ingin membuat peringatan mesra kepada Ibu Bapa dan Penjaga untuk memastikan bahawa anak-anak yang menggunakan motosikal ke sekolah mematuhi peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:
Pastikan anak-anak dilengkapi dengan cukai jalan dan lesen memandu yang sah. Ini adalah tanggungjawab bersama kita untuk memastikan kenderaan yang digunakan adalah sah dari segi dokumen.
Amalkan keselamatan dengan memakai pelindung kepala (helmet), mematuhi had laju, dan mematuhi semua peraturan trafik.
Sentiasa memeriksa keadaan motosikal sebelum perjalanan, termasuk menyemak lampu, brek, dan tayar bagi memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
PIBG telah mengerakkan AJK untuk lakukan pemantauan dan mendapati ketidakpatuhan ini memang berlaku. Kami berharap agar Ibu Bapa dapat memberikan perhatian serius kepada perkara-perkara di atas demi kepentingan keselamatan anak-anak kita. Kerjasama dari pihak Ibu Bapa dan Penjaga amat dihargai dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan generasi masa depan.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.
PIBG SMKPR
Pemantauan PIBG:
26/1/2024
#Hebahan PIBG
Sumbangan makan untuk pelajar SPM
Merujuk kepada post sebelum ini berkaitan sumbangan makan untuk pelajar SPM. Jumlah terkumpul dari akaun PIBG dan kutipan semasa ibu bapa adalah berjumlah Rm 5,800 sedangkan keperluan kita adalah rm 10,000.
Sekiranya ibu bapa dan penjaga ingin menyumbang, boleh bank in ke akaun seperti di bawah:
Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Paya Rumput
No. Akauan / Bank: 554129518173 (Maybank)
Mohon isi dibahagian catatan dengan “MakanSPM” supaya pihak kami dapat mengkelaskan sumbangan pihak tuan.
Semoga Allah/Tuhan murahkan lagi rezeki para penyumbang semua dan kurniakan nikmat kesihatan yang baik.
Terima kasih.
23/1/2024
#Hebahan PIBG - Sumbangan PIBG Secara Atas Talian Yang Belum Selesai
📣 Assalammua’laikum dan Salam Sejahtera,
Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati sekalian,
PIBG merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ibu Bapa dan Penjaga atas sumbangan PIBG yang amat berharga. Sumbangan yang diberikan oleh tuan/puan telah memberikan sokongan yang amat besar dalam memajukan pendidikan di SMKPR.
Namun begitu, Pihak PIBG mendapati ada sebahagian ibu bapa yang telah buat transfer online tanpa membuat sebarang catatan nama anak dan belum serahkan resit pembayaran kepada Guru Tingkatan. Oleh demikian, sukar untuk PIBG mengemaskini daftar pembayar.
Memandangkan kita berada dipenghujung sesi persekolahan, PIBG memohon pihak Ibu Bapa dan Penjaga untuk menyegerakan serahan resit sumbangan/transfer online kepada guru tingkatan anak masing-masing supaya resit dapat dikeluarkan. Sekiranya resit hilang, ibu bapa boleh screenshot history transfer yang tertera nombor transaksi beserta amaun.
Kepada ibu bapa yang ingin membuat sumbangan PIBG, saya sertakan disini perincian akaun PIBG. Sumbangan ini penting untuk menampung beberapa program saat akhir ini seperti program apresiasi, program riadah pelajar dan juga bimbingan pelajar SPM & ibubapa untuk permohonan UPU demi menggalakkan pembelajaran berterusan.
Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Paya Rumput
No. Akauan / Bank: 554129518173 (Maybank)
Terima kasih semua.
PIBG SMKPR
18/1/2024
Peringatan Bersama PIBG kepada Ibu Bapa dan Penjaga: Anak menunggang motosikal ke sekolah
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati,
Kami ingin memaklumkan bahawa kebelakangan ini, pihak polis trafik telah giat menjalankan operasi pemantauan kenderaan di jalan raya. Tindakan ini diambil untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan para pengguna jalan raya, termasuk pelajar yang menggunakan motosikal dalam perjalanan ke sekolah.
Dalam usaha untuk memastikan kepatuhan kepada undang-undang berkaitan, kami ingin mengingatkan Ibu Bapa dan Penjaga untuk memastikan bahawa anak-anak yang menggunakan motosikal ke sekolah mematuhi peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:
• Cukai Jalan dan Lesen Memandu: Pastikan anak-anak dilengkapi dengan cukai jalan dan lesen memandu yang sah. Ini adalah tanggungjawab bersama kita untuk memastikan kenderaan yang digunakan adalah sah dari segi dokumen.
• Keselamatan: Amalkan keselamatan berkendara dengan memakai pelindung kepala yang betul seperti helmet, mematuhi had laju, dan mematuhi semua peraturan trafik yang berlaku.
• Penjagaan Kendiri: Ajarkan anak-anak untuk sentiasa memeriksa keadaan motosikal sebelum perjalanan, termasuk menyemak lampu, brek, dan tayar bagi memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
Kami berharap agar Ibu Bapa dan Penjaga dapat memberikan perhatian serius kepada perkara-perkara di atas demi kepentingan keselamatan anak-anak kita. Kerjasama dari pihak Ibu Bapa dan Penjaga amat dihargai dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan generasi masa depan.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.
PIBG SMKPR
18/1/2024
Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati,
Assalammua’laikum dan Salam Sejahtera
Memohon Sumbangan Kewangan Untuk Makanan Pelajar SPM SMK Paya Rumput
PIBG ingin memohon sumbangan ikhlas ibu bapa dan penjaga untuk membantu penyediaan makanan kepada pelajar SMK Paya Rumput yang akan menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2023/2024 bermula 30 Januari hingga 7 Mac 2024.
Sebagaimana yang Ibu Bapa dan Penjaga ketahui, peperiksaan SPM melibatkan pelajar-pelajar yang terikat pada sesi peperiksaan dari pagi hingga petang. Dalam usaha untuk memastikan kehadiran yang optimum dan keselamatan pelajar, mereka tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah pada waktu rehat. Oleh itu, pihak PIBG dan SMK Paya Rumput merancang untuk menyediakan makanan untuk sarapan dan makan tengahari bagi memastikan kecukupan nutrisi pelajar-pelajar ini. Pada tahun ini, kami menganggarkan bahawa seramai 213 orang pelajar akan mengambil peperiksaan SPM dan melibatkan kos sebanyak RM 10,000 sepanjang tempoh SPM berjalan. Pihak PIBG dan sekolah telah bersungguh-sungguh dalam mengumpul sumbangan, namun demikian, nilai ini masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan keseluruhan.
Sumbangan boleh dibuat dengan kaedah berikut:
Sumbangan secara pindahan atas talian ke akaun:
Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Paya Rumput
No. Akauan / Bank: 554129518173 (Maybank)
Mohon isi dibahagian catatan dengan “MakanSPM”supaya pihak kami dapat mengkelaskan sumbangan pihak tuan.
2. Bagi pelajar ibubapa pelajar tingkatan 5, sumbangan secara tunai boleh dibuat kepada guru tingkatan murid-murid.
3. Sumbangan secara transfer DUITNOW seperti di bawah. Mohon isi dibahagian catatan dengan “MakanSPM”supaya pihak kami dapat mengkelaskan sumbangan pihak tuan.
Kutipan sumbangan ini akan berlangsung sehingga 7 Mac 2024. Terima kasih atas dedikasi dan sumbangan yang telah diberikan. Semoga kerjasama ini terus tumbuh dan memberikan manfaat yang besar bagi pendidikan anak-anak kita.
Sekian, terima kasih.
PIBG SMKPR
18/1/2024
PIBG telah menerima aduan dan cadangan berkaitan perkara di bawah dan sedang dalam usaha mengumpul maklumat dan mengambil langkah penyelesaian sementara serta sedang membincangkan langkah penyelesaian kekal. Ada antara perkara di bawah melibatkan agensi luar. Dengan itu, diharap para ibu bapa dapat bersabar sedikit berkaitan perkara ini. Segala perkembangan berkaitan perkara ini akan dikemaskini melalui pautan di bawah.
Isu harga makanan di kantin sekolah
Isu lampu jalan tidak menyala di laluan hadapan ke pagar sekolah (Laporan secara terus)
Kemudahan telefon awam di kawasan sekolah
Pihak PIBG ingin mengucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan telah mengambil inisiatif untuk menyampaikan aduan dan cadangan berkaitan dengan isu harga mahal di kantin sekolah dan lampu jalan yang tidak menyala. Kami menghargai keprihatinan Tuan/Puan sebagai ibu bapa dalam menjaga keselesaan dan keselamatan di persekitaran sekolah.
Pautan: https://sites.google.com/view/smkprpibg/aduan
Terima kasih semua.
PIBG SMKPR
Aduan dan cadangan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfj7S5Z167r7pXoViLwAZ_mg723ie5GKfa_a1TIskrg0qUptg/viewform
7/1/2024
Kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan SPM, Selamat menduduki Ujian Bertutur BM dan BI.
6/1/2024
Perkara: Penyampaian Cadangan dan Aduan kepada Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Rumput setakat 5 Januari 2024
Assalammua’laikum dan Salam sejahtera,
Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati sekalian,
Terima kasih atas cadangan dan aduan yang telah anda sampaikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Rumput. Kami menghargai kerjasama dan sokongan anda dalam memperkukuhkan kualiti pendidikan di sekolah kita.
Kami ingin memaklumkan bahawa cadangan dan aduan yang diterima telah diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah untuk tindakan lanjut. Kami akan memastikan bahawa setiap maklum balas diberikan dengan segera dan setiap cadangan atau aduan diambil kira dengan serius.
Pengurusan sekolah berkomitmen untuk terus meningkatkan prestasi dan kesejahteraan pelajar. Sebarang perkembangan atau langkah-langkah yang diambil akan diumumkan kepada PIBG dan komuniti sekolah secara berkala.
Sekali lagi, terima kasih atas sumbangan tuan/puan dalam memajukan sekolah kita. Kami berharap dapat terus bekerjasama untuk kebaikan bersama dan kemajuan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Rumput.
Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat lanjut atau ingin menyuarakan sebarang kebimbangan tambahan, sila hubungi PIBG atau pejabat sekolah.
Terima kasih.
PIBG SMKPR
Faizil bin Wasbari 012 6873571
Pn Nadeera binti Ghazale 0134880178
2/1/2024
#Hebahan PIBG - Aduan dan Cadangan PIBG
Assalammua'laikum dan salam sejahtera semua.
Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati sekalian,
Sekiranya ada sebarang Cadangan / Komen / Aduan yang ingin diutarakan, sila klik pautan di bawah:
Mohon isikan diruangan yang diperlukan dan submit. Terima kasih.
PIBG SMKPR 2024
Salam Hormat,
PIBG SMKPR
2/1/2024
#Hebahan PIBG - Selamat Tahun Baru 2024
📣 Assalammua’laikum dan Salam Sejahtera,
Selamat Tahun Baru 2024, Ibu Bapa dan Penjaga Terhormat SMKPR,
Dengan tulus ikhlas, PIBG SMKPR ingin menyampaikan ucapan selamat tahun baru kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah memberikan sokongan tak terhingga kepada usaha PIBG dan sekolah dalam memperkasakan aktiviti berasaskan kemajuan murid.
Terima kasih atas dedikasi dan kehadiran aktif anda dalam setiap langkah perjalanan pendidikan anak-anak kita. Sokongan tanpa berbelah bagi yang diberikan oleh ibu bapa seperti anda menjadi pendorong utama kejayaan PIBG dan sekolah.
Kami menghargai setiap sumbangan, cadangan, dan kehadiran anda dalam menjadikan PIBG SMKPR lebih bersemangat dan dinamis. Semangat gotong-royong dan kerjasama yang terjalin di antara kita telah membawa impak positif terhadap pembangunan potensi anak-anak kita.
Tahun yang telah berlalu penuh dengan pencapaian, dan kami yakin cabaran tahun mendatang akan lebih mencabar. Namun, dengan sokongan yang tak terpisahkan dari ibu bapa dan penjaga, kami yakin kita dapat mengatasi setiap rintangan dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi.
Mari kita bersama-sama menghadapi tahun baru ini dengan semangat baru, tekad yang kuat, dan keyakinan akan kemajuan anak-anak kita. Terima kasih sekali lagi atas kerjasama dan sokongan anda yang berterusan.
Selamat menyambut tahun baru, semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, dan kejayaan kepada kita semua.
Salam Hormat,
PIBG SMKPR
2/1/2024
#Hebahan PIBG - Penyumbang Dana Tambahan PIBG
📣 Assalammua’laikum dan Salam Sejahtera,
Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati sekalian,
PIBG memohon kerjasama dan sokongan dari pihak Ibu Bapa untuk menyokong produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh para penyumbang dana PIBG sekolah. Sokongan dari semua adalah penting bagi menggalakkan situasi menang-menang antara Sekolah, Masyarakat, Syarikat dan pihak Korporat. Sokongan dari Tuan/Puan tidak hanya akan meningkatkan kemudahan di sekolah, tetapi juga memberikan manfaat langsung kepada pendidikan anak-anak kita.
Dengan penyertaan Tuan/Puan, kita dapat membina persekitaran pendidikan yang lebih baik dan memperkukuhkan perpaduan dalam komuniti sekolah. Setiap sumbangan dan sokongan dari Tuan/Puan akan memberikan impak positif yang besar.
Terima kasih semua.
https://sites.google.com/view/smkprpibg/penyumbang-dana
PIBG SMKPR
11/12/2023
#Hebahan PIBG - Program MyLESEN B2 Tahun 2024
📣 Assalammua’laikum dan Salam Sejahtera,
Ibu Bapa dan Penjaga Pelajar Tingkatan 4 dan 5 B40 yang dihormati sekalian,
Per: Program MyLESEN B2 Tahun 2024
Berikut adalah maklumat berkaitan Program "MyLESEN B2 Tahun 2024". Ambil kesempatan ini ya semua.
Mohon semua ibu bapa memastikan anak-anak yang menunggang motosikal ke sekolah mempunyai lesen memandu yang sah dan cukai jalan yang aktif.
Perincian program ini disertakan di bawah.
Terima kasih ya semua
PIBG SMKPR
11/12/2023
#Hebahan PIBG - Pembayaran Sumbangan PIBG Secara Atas Talian Yang Belum Selesai
📣 Assalammua’laikum dan Salam Sejahtera,
Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati sekalian,
Pihak PIBG mendapati ada sekitar 40 lebih orang ibu bapa yang buat transfer online tanpa membuat sebarang catatan nama anak dan belum serahkan resit pembayaran kepada Guru Tingkatan. Oleh demikian, sukar untuk PIBG mengemaskini daftar pembayar. Di sini, PIBG memohon pihak Ibu Bapa dan Penjaga untuk menyegerakan serahan resit sumbangan/transfer kepada guru tingkatan anak masing-masing supaya resit dapat dikeluarkan.
Dimaklumkan sebagai peringatan bersama bahawa pembayaran sumbangan PIBG secara bank transfer / atas talian PERLU disertakan dengan bukti resit pembayaran dan dihantar kepada Guru Tingkatan anak masing-masing. Ini adalah untuk tujuan rekod dan pengeluaran resit pembayaran.
Terima kasih semua.
PIBG SMKPR
9/12/2023
#Hebahan PIBG - Nota Panduan Pemilihan Aliran di Tingkatan 4, SMKPR
📣 Assalammua’laikum dan Salam Sejahtera,
Ibu Bapa dan Penjaga Pelajar Tingkatan 3 sekalian,
(Pelajar yang akan ke tingkatan 4 tahun hadapan)
Dengan penuh rasa hormat, kami ingin berkongsi satu nota penting berkenaan dengan panduan pemilihan aliran bagi pelajar yang akan memasuki Tingkatan 4 tahun hadapan. Panduan ini memberikan penjelasan secara umum mengenai aliran yang ditawarkan di SMKPR.
📘 Nota Panduan Pemilihan Aliran di Tingkatan 4, SMKPR
Sebuah nota panduan telah disiapkan untuk membantu pelajar memahami lebih lanjut mengenai pemilihan aliran. Nota ini tidak hanya memberikan gambaran keseluruhan mengenai Aliran di SMKPR, tetapi juga memberikan panduan yang berguna kepada ibu bapa.
🔍 Kandungan Panduan:
Definisi Aliran
Subjek-subjek yang Dipelajari
Jurusan di Universiti yang Sesuai
Prospek Kerjaya
Syarat Umum untuk Aliran Ini
Subjek Penting untuk Kelayakan
📥 Cara Download:
Softcopy nota panduan pemilihan aliran disertakan sekali dengan hebahan ini.
MUAT TURUN DI SINI
🙌 Mengapa Panduan Ini Penting?
Panduan ini membantu ibu bapa memahami lebih baik pilihan aliran yang sesuai untuk anak-anak mereka. Ia menyediakan maklumat asas mengenai kursus, prospek kerjaya, dan langkah-langkah seterusnya bagi pelajar.
💡 Tips Tambahan:
Berbincang dengan anak anda tentang minat dan kecenderungan mereka.
Rujuk kepada kaunselor sekolah untuk pandangan profesional.
Terima kasih atas perhatian anda. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak sekolah atau kaunselor. Semoga panduan ini membantu dalam proses pemilihan aliran untuk masa depan cemerlang anak-anak kita!
Terima kasih dan salam hormat.
PIBG SMKPR
Unit Kaunseling SMKPR
7/12/2023
#Hebahan PIBG - Penularan Kembali Kes Covid 19#
Salam myPRISSMA !
Perhatian kepada semua warga sekolah dan ibu bapa
Status : Sangat Penting
Perkara : Penularan Kembali Kes Covid 19
Mohon untuk tindakan ibubapa/penjaga. Jika didapati anak/jagaan tuan/puan bergejala, mohon untuk dilakukan Ujian Covid 19 menggunakan Kit Ujian. Jika didapati positif , mohon pelajar dikuarantin, kemaskini maklumat dalam MySejahtera, maklumkan kepada pihak sekolah (Guru Tingkatan) dan maklumkan PKD ( Pusat Kesihatan Daerah ).
Butiran lanjut: https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/08/hso-dan-ro-kini-dimysejahtera
Yang benar,
KHALID B BUJANG
Pengetua
SMK Paya Rumput, Melaka
*PKD Berhampiran*
Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah
Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka
06 - 282 3760 / 2332 / 06 - 284 0806 / 06 - 281 8387 / 06-281 6219
Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah
Jalan Hospital, Kampung Tepat, 78000 Alor Gajah, Melaka
06 - 556 6235 / 6237 / 6239
29/11/2023
#Hebahan PIBG - Medium penyampaian maklumat berkaitan aktiviti di SMKPR#
Untuk makluman pihak Ibu Bapa dan Penjaga, Info terkini berkaitan aktiviti sekolah boleh diperolehi melalui EMPAT (4) pautan di bawah.
Website Rasmi: https://smkpr.edu.my/
Website Data Hub: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smkpayarumput2022/home
(Pelajar, Ibu Bapa dan Guru)
Facebook SMKPR: https://www.facebook.com/smkprofficial/?locale=ms_MY
Telegram: https://t.me/SMK_PAYA_RUMPUT
Pihak sekolah sangat komited untuk kemaskinikan website dan facebook dari semasa ke semasa.
Sekiranya ada data yang diperlukan tetapi tidak ada dalam website di atas, mohon maklumkan kepada pihak kami supaya dapat kami panjangkan kepada pihak Sekolah.
"Tuntutan Ibu Bapa, Kami Prihatin: Berkomitmen untuk Meningkatkan Kualiti Pendidikan Bersama-sama."
Terima kasih.
PIBG SMKPR
Website PIBG - https://sites.google.com/view/smkprpibg/home
Sekiranya ada sebarang Cadangan / Komen / Aduan yang ingin diutarakan, sila klik pautan di bawah:
16/11/2023
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL LALULINTAS MBMB BERKAITAN PERMOHONAN PIBG
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Ibu bapa yang dihormati sekalian,
Berikut adalah keputusan dari mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Lalulintas MBMB yg telah berlangsung awal hari ini.
Pemasangan Speed Breaker dan Papan Tanda Laluan Belakang Akan Dilaksanakan Pada Hujung Bulan November 2023.
Merendahkan Curb Utk Laluan Pejalan Kaki Laluan Belakang Akan Dilaksanakan Pada Awal Disember 2024.
Jalan Utama Bawah JKR Persekutuan. JKR Melaka Sdg Uruskan Permohonan Peruntukan Utk Semua Permohonan PIBG.
Terima Kasih.
PIBG SMKPR
15/11/2023
LAWATAN TAPAK - Permohonan Untuk Meningkatkan Keselamatan Laluan Pintu Hadapan dan Belakang
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Ibu bapa yang dihormati sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa Lawatan Tapak oleh counselor, pihak MBMB dan JKR telah berlangsung pagi tadi, 15 November 2023 Jam 11.00 pg.
Perincian berkaitan keselamatan Laluan Pintu Hadapan dan Belakang adalah seperti di pautan:
LAWATAN TAPAK BERSAMA COUNSELOR, MBMB DAN JKR
Terima Kasih.
PIBG SMKPR
9/11/2023
PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA - UNTUK PELAJAR YANG AKAN MENGAMBIL SPM TAHUN 2023/2024
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Ibu bapa yang dihormati sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak SMKPR, Jawatankuasa Pembangunan Surau dan PIBG SMKPR akan bergabung untuk menjayakan program SOLAT HAJAT PERDANA - UNTUK PELAJAR YANG AKAN MENGAMBIL SPM TAHUN 2023/2024. Program ini dijangka diadakan pada 14/12/2023 bertempat di Surau SMKPR (Surau Baharu). Penganjur Bersama sedang mempertingkatkan usaha untuk mengumpul dana bagi menjayakan program ini. Setakat ini dana terkumpul untuk program ini masih lagi belum mencukupi.
Sekiranya para ibu bapa ingin turut menyumbang, pihak penganjur bersama berbesar hati dan mengalu-alukan sumbangan tersebut. Sumbangan ini adalah sangat bermakna bagi pihak kami dan anak-anak SPM SMKPR. Terima kasih banyak kami semua dahului atas sumbangan yang telah diberikan. Sumbangan ini pasti akan sangat bermanfaat.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi maha mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 261).
Mohon letakkan remark 'Hajat' supaya dapat pihak PIBG kelaskan sumbangan tersebut. Sekiranya tiada remark, ianya dikelaskan sebagai sumbangan awam biasa dan akan dibelanjakan ikut keperluan semasa pihak sekolah dan pelajar.
Kemaskini aktiviti dan kutipan semasa adalah di sini:
https://sites.google.com/view/smkprpibg/program-sembelihan-dan-solat-hajat-perdana
Surat Hebahan:
https://drive.google.com/file/d/1ZYUKG0qRBCZmkMwDPartStPkK2QY0Cog/view?usp=sharing
Akaun:
Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Paya Rumput
No. Akauan / Bank: 554129518173 (Maybank)
Sumbangan secara kod QR Duitnow/ewallet:
https://drive.google.com/file/d/1uQlYZVPnIISaKCD5DSPN7zTCJIdXlT7O/view?usp=sharing
Sumbangan secara tunai boleh dibuat kepada Guru Tingkatan.
Terima Kasih.
PIBG SMKPR
7/11/2023
Aduan / Permohonan Untuk Meningkatkan Keselamatan Laluan Pintu Hadapan dan Belakang
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Ibu bapa yang dihormati sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa Aduan / Permohonan PIBG dan Pihak sekolah berkaitan Keselamatan Laluan Pintu Hadapan dan Belakang telah pun dipanjangkan kepada Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA), melalui Unit Lalulintas dan Pengangkutan MBMB. Jangkaan Lawatan Tapak Pada 15 November 2023 Jam 11.00 pg.
Perincian berkaitan keselamatan Laluan Pintu Hadapan dan Belakang adalah seperti di pautan:
ADUAN / PERMOHONAN KESELAMATAN
Terima Kasih.
PIBG SMKPR
2/11/2023
*Info PIBG SMKPR*
HebahanMS/01/2023: Hebahan Susulan Kutipan Sumbangan PIBG melalui MS.
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Ibu bapa yang dihormati sekalian,
Makluman Kepada Semua Ibu bapa Berkaitan Pembayaran Sumbangan PIBG.
Mohon jasa baik Ibu bapa yang masih belum menjelaskan sumbangan PIBG untuk berbuat demikian dengan kadar segera. Beberapa program yang dirancang sedang giat dilaksanakan dan memerlukan dana untuk dijayakan. Oleh hal yang demikian, diharap semua ibu bapa dapat memberi kerjasama berkaitan perkara ini.
Bayaran boleh dibuat kepada guru tingkatan atau boleh dibayar secara transfer online / dalam talian. Bayaran juga boleh dibuat sama ada bayaran penuh atau secara ansuran. Perincian berkaitan jumlah pembayaran dan notis suslan, sila klik pautan di bawah:
Akaun:
Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Paya Rumput
No. Akauan / Bank: 554129518173 (Maybank)
Notis susulan:
https://drive.google.com/file/d/1kTPyB7vQHlfy_KJ4Bm5C1j0IjouoiiMz/view?usp=sharing
Bayaran secara kod QR Duitnow/ewallet:
https://drive.google.com/file/d/1uQlYZVPnIISaKCD5DSPN7zTCJIdXlT7O/view?usp=sharing
Bukti pembayaran dalam talian hendaklah dikemukakan dan dihantar kepada guru kelas anak masing-masing untuk tujuan perekodan dan pengeluaran resit rasmi sebagai bukti penerimaan bayaran.
Sekiranya Ibu bapa tidak pasti telah membayar atau belum, mohon minta anak membuat semakan dengan guru tingkatan masing-masing. Sekiranya ibu bapa telah buat pembayaran, mohon abaikan hebahan ini.
Sumbangan daripada tuan-tuan amat diperlukan untuk kita bersama-sama menjana kecemerlangan anak-anak yang menuntut ilmu di SMK Paya Rumput.
Terima Kasih.
PIBG SMKPR
20/10/2023
STATUS KEHADIRAN PELAJAR KE SEKOLAH - PERATUSAN RENDAH (PONTENG SEKOLAH)
Para Ibubapa / Penjaga Yang Dihormati,
Pihak PIBG menyeru semua Ibubapa untuk memantau kehadiran anak-anak ke Sekolah. Dari laporan pihak sekolah, kehadiran pelajar adalah sekitar purata 87% - 90% sahaja iaitu sekitar 140 orang pelajar tidak hadir setiap hari. Sebahagian besarnya adalah ketidakhadiran tanpa justifikasi yang munasabah. Peratusan ini agak tersasar dari 95% yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan KPM. PIBG juga memandang serius perkara ini dan menyeru para ibubapa untuk memberi kerjasama. Diharap Ibubapa dapat menasihati anak-anak dengan cara yg lembut dan berhemah memandangkan peringkat umur mereka, kecenderungan memberontak adalah tinggi.
PIBG juga dalam usaha untuk mengusulkan untuk membangunkan satu sistem mudah yang bertujuan memaklumkan ibubapa berkaitan ketidakhadiran anak-anak supaya pemantauan lanjut dapat dilaksanakan.
PIBG juga akan mengambil bahagian untuk menerangkan kepada pelajar sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah, ini akan memberi kesan terhadap pembelajaran dan hubungan dengan kawan dan guru-guru mereka.
Diharap para Ibubapa memandang serius perkara ini dan dapat bersama-sama dengan PIBG untuk lakukan penambahbaikkan.
Sayangilah Masa Depan Anak-Anak Kita.
Terima kasih.
17/10/2023
Pembayaran Sumbangan PIBG Secara Atas Talian Yang Belum Selesai
Dimaklumkan bahawa pembayaran sumbangan PIBG secara bank transfer / atas talian PERLU disertakan dengan bukti resit pembayaran dan dihantar kepada Guru Tingkatan pelajar masing-masing. Ini adalah untuk tujuan rekod dan pengeluaran resit pembayaran.
Terima kasih.