Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid- murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Fungsi PIBG
Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan seperti:
Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
Menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
Meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan
Sumbangan PIBG merujuk kepada jumlah wang yang dibayar secara sukarela bertuntut oleh ibu bapa atau penjaga pelajar untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan di sekolah. Sumbangan ini biasanya digunakan untuk membiayai projek-projek sekolah yang melibatkan pembelian peralatan, pengurusan acara atau aktiviti, dan pengurusan bangunan sekolah.
Sumbangan PIBG SMK Paya Rumput (SMKPR)
Tekad untuk mencipta kejayaan demi kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah. Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.