Aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan sehingga bulan semasa
AKTIVITI TERKINI PIBG BERSAMA PIHAK SMKPR
ADUAN / PERMOHONAN KESELAMATAN : https://sites.google.com/view/smkprpibg/aduan
PEMULIHARAAN PADANG SEKOLAH - SELESAI
BAIKPULIH PERALATAN DAN AIRCOND LIBRARY - SELESAI
BAIKPULIH AIRCOND MAKMAL ICT - SELESAI
PENGUMPULAN DANA TAMBAHAN UNTUK PEMBANGUNAN FASILITI DAN KOKU DARI SYARIKAT KORPORAT - SEDANG BERJALAN
PENAMBAHAN KERUSI DI TEMPAT MENUNGGU PELAJAR PAGAR HADAPAN - SELESAI
PROGRAM PENERANGAN DAN BIMBINGAN MURID LEPASAN SPM UNTUK SAMBUNG BELAJAR - SELESAI
PEMBANGUNAN BILIK KESIHATAN PELAJAR - SEDANG BERJALAN
PEMBANGUNAN STUDIO DIGITAL PRISSMA - SEDANG BERJALAN
BAIKPULIH DAN PEMASANGAN BARU CCTV - DALAM PERANCANGAN
BAIKPULIH TILE TANGGA DAN FLOOR DI DATARAN PRISSMA SEKOLAH - DALAM PERANCANGAN
PEMBANGUNAN TEMPAT MENUNGGU PELAJAR PINTU BELAKANG SEKOLAH - DALAM PERANCANGAN
SUSUR GAJAH DI LALUAN BELAKANG DAN HADAPAN - DALAM PERANCANGAN
STATUS SUMBANGAN PIBG TERKINI
Sumbangan PIBG, Kecemerlangan, Keceriaan dan ICT
RINGKASAN AKTIVITI OKTOBER 2024
Sumbangan Studio Digital Sekolah
Kursus kepimpinan belia Madani -pengawas
Sumbangan Deepavali
Program pembangunan sukan Dodgeball
Hi tea Pelajar Tingkatan 5
Bengkel Fizik SPM
Sumbangan Terbuka Hoki
Program Kecemerlangan Akademik SPM
RINGKASAN AKTIVITI SEPTEMBER 2024
Jualan Karnival Semarak Cinta Rasul
Maulidur Rasul
Premit perkampungan ilmu
Bengkel teknik menjawab ASK siri II
Teknik menjawab Biologi
Hadiah keceriaan kelas kemerdekaan
Pasang dan ganti lampu solar blok belakang (susur gajah)
Sumbangan Kejohanan Wombat Rugby
RINGKASAN AKTIVITI OGOS 2024
Kelas pengukuhan
Deposit meniaga F1
Formula 1
Hadiah program Stem dan PBL
Insentif Pelajar mewakili Negeri 8 orang
Kolaboratif Learning
Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan
Makan minum bomba
Makan robotik
Makanan kelas ulangkaji 10.8
Peluncuran bulan kemerdekaan
Perkampungan Ilmu PIST
Program ADAB UBK
Program kemahiran belajar UBK
Program Syoknya Belajar UBK
Rumah puyuh
Taklimat hala tuju UBK
RINGKASAN AKTIVITI JULAI 2024
Bahan fotostat panitia bi
Bas Jerayawara Kipmall
Bas Karnival Stem Kipmall
Kelas ulangkaji 13.7
Kelas ulangkaji 20.7
Kelas ulangkaji 27.7
Bengkel Android ICT
Bengkel PSV bayaran penceramah
Buah tangan Majlis Kelab Hoki
CCTV Mamal ICT
Ganti aircond pss
Ganti fius panel kawalan aircond
Hadiah perpindahan guru 10 buah
Sumbangan Jersi sukan Ragbi
Juadah service aircond
Kerja kerja penyelenggaraan
Kerja kerja penyelenggaraan Klinik
Kolaboratif Fizik
Kolaboratif SPM Ustazah Laila
Kolaboratif SPM Ustazah Laila kali ke 2
Kolaboratif SRT
Kolaboratif Tamil
Program Kemahiran Belajar UBK
Program kolaboratif bahan
Teknik menjawab Pertanian
Teknik menjawab Sains
RINGKASAN AKTIVITI JUN 2024
Baiki makmal ICT (Pendawaian elektrik)
Bayaran penceramah Hala Tuju
Kursus asas kejurulatihan sukan
Kursus kepimpinan badan pengawas
Lawatan Cameron Highland
Pembelian Peralatan Sofbol
Program sulam ASK
Program suntikan inspirasi UBK
Refreshment Ibubapa Pameran Kerjaya
Saguhati 34 org murid cemerlang SPM 2023
Teknik menjawab Pend Moral
MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2023 DAN PENGHARGAAN
PAMERAN PENDIDIKAN DAN KERJAYA 2024
BAIK PULIH 'SISTEM PENDAWAIAN KABEL KOMPUTER DAN KUASA' UNTUK MAKMAL ICT SMKPR
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH
PENAMBAHAN BANGKU DI TEMPAT MENUNGGU PELAJAR (PAGAR HADAPAN)
FINAL TOUCH UP SURAU DAN PEMASANGAN AIRCOND
** PILOT STUDY PROGRAM TUTORIAL PELAJAR DI SMKPR **
Ibu Bapa yang dihormati,
PIBG dengan sukacita ingin mengumumkan bahawa akan melaksanakan program pilot tutorial start up di SMKPR untuk subjek Fizik, Kimia, dan Biologi bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5. Program ini akan dibiayai sepenuhnya oleh PIBG dan dijadualkan akan bermula pada awal Mei 2024 dan dibuat pada hari Sabtu.
Kesiapsiagaan para guru berada pada tahap tertinggi. Jadi, kami mengharapkan dukungan penuh dari semua ibu bapa dan pelajar dalam menjayakan program ini. Tujuan program ini adalah untuk memberikan bantuan tambahan kepada pelajar dalam memahami dan menguasai mata pelajaran tersebut.
AKTIVITI GOTONG ROYONG PERDANA
PENUKARAN PENGHAWA DINGIN BAHARU DI MAKMAL ICT SMKPR
Kerja-kerja penukaran penghawa dingin telah selesai dijalankan di Makmal ICT SMKPR. Diharap sumbangan ini dapat membuatkan pelajar berasa lebih selesa ketika berada di Makmal. Permohonan yang diperolehi PIBG untuk penukaran penghawa dingin adalah sebanyak 4 unit. Namun begitu, berdasarkan keadaan kewangan semasa, PIBG hanya mampu menyumbang 2 unit sahaja buat masa ini. Sekiranya ada dana tambahan dalam tempoh terdekat, pihak PIBG akan cuba pertimbangkan lagi.
BAIK PULIH MEJA, SYILING DAN PENUKARAN PENGHAWA DINGIN BAHARU DI PUSAT SUMBER SMKPR
Kerja-kerja baikpulih meja bacaan, syiling dan penukaran penghawa dingin sedang dijalankan di Pusat Sumber SMKPR. Diharap sumbangan ini dapat membuatkan pelajar berasa lebih selesa ketika berada di Pusat Sumber. Permohonan yang diperolehi PIBG untuk penukaran penghawa dingin adalah sebanyak 2 unit. Namun begitu, berdasarkan keadaan kewangan semasa, PIBG hanya mampu menyumbang 1 unit sahaja buat masa ini. Sekiranya ada dana tambahan dalam tempoh terdekat, pihak PIBG akan cuba pertimbangkan lagi. Sebagai alternatif, PIBG dan pihak sekolah juga dalam proses menggerakkan permohonan bajet RMK13 dari bahagian Kewangan JPN.
SUMBANGAN UNTUK PEMBELIAN PERALATAN SUKAN KEPADA KELAB HOKI SMKPR
PIBG, pihak SMKPR dan KELAB HOKI PAYA RUMPUT (Pimpinan En. Vicky) telah bekerjasama untuk pembelian peralatan sukan Kelab Hoki SMKPR. Terima kasih banyak kepada Pn Nadeera, Cikgu Carol, En Vicky, Cikgu PK KOKU, En Sukri dan Pihak Pengurusan Sekolah kerana telah menjadikan harapan kelab Hoki menjadi kenyataan. Special thanks kepada En. Kumar Subramaniam iaitu Pemain Hoki Negara kerana telah membantu mempermudahkan urusan pembelian ini.
IHYA' RAMADHAN
PENUKARAN PENDINGIN UDARA DI BILIK GURU
Kedua-dua pendingin udara di bilik guru rosak lagi buat ke sekian kalinya. Keadaan pendingin udara adalah sangat usang dan tidak efektif untuk di baikpulih. Oleh demikian, pihak PIBG meluluskan sedikit peruntukkan untuk penukaran ini. Buat masa ini, dengan kedudukan kewangan yang ada, PIBG hanya dapat membantu penukaran 1 penghawa dingin sahaja.
BAIK PULIH DAN PENUKARAN KIPAS BILIK DARJAH BERIKUTAN CUACA PANAS
Aktiviti ini melibatkan semua kelas di SMKPR.
PEMASANGAN TIANG ELEKTRIK DAN SAMBUNGAN BEKALAN UNTUK SURAU AL HAMIDIAH, SMKPR
Satu lagi progress untuk menyiapkan Surau Al Hamidiah SMKPR. Pemasangan tiang dilaksanakan pada 28/3/2024 manakala sambungan elektrik telah dibuat pada 30/3/2024. Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pembangunan Surau.
PEMULIHARAAN RUMPUT BALAPAN
BAIKPULIH LALUAN, PARKIR BASIKAL, PAGAR DAN TEMPAT MENUNGGU PELAJAR
PERTUKARAN TAG MAIN ENTRANCE KEMASAN PAGAR SMKPR
PROGRAM 'SANTUNAN PELAJAR SEMPENA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN'
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BAGI SESI 2024/2025
Barisan pentadbir, kaunselor, wakil IPD, YDP dan NYDP serta AJK PIBG menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah di pagar hadapan seawal jam 7.00 pagi. Murid-murid begitu teruja dan bersemangat hadir ke sekolah bagi mengikuti sesi pembelajaran pada tahun ini
BAIK PULIH LAMPU LIMPAH JALAN DI JALAN MASUK PINTU HADAPAN DAN DALAM KAWASAN SEKOLAH
Pihak PIBG dan SMKPR mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka kerana telah memberi sokongan dan kerjasama berkaitan aduan baik pulih lampu limpah jalan.
Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti;
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan;
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.
Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu;
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.
PENDAFTARAN PELAJAR PERALIHAN DAN TINGKATAN 1
PEMBELAJARAN BERASASKAN PRAKTIKAL OLEH PELAJAR SPORT SCIENCE
Para pelajar melakukan setup untuk penyiraman separa automatik. Pengalaman yang sangat berharga 👍🏾
PROGRAM RIADAH MINDA
PENDEDAHAN PELAJAR TERHADAP AKTIVITI LUAR SEKOLAH: EKSPO BUKU
PEMULIHAN PADANG SEKOLAH: AKTIVITI SIRAMAN
Para guru dan pelajar dari aliran Sport Science telah bertungkus lumus melakukan routine baikpulih, menyiram dan membaja rumput yang baru ditanam. Terima kasih diucapkan kepada semua. Pihak PIBG sangat menghargai pengorbanan anda semua.
FINAL TOUCH SPM
PEMASANGAN SOLAR STREET LAMP SEBAGAI TINDAKAN SEMENTARA ISU LAMPU LIMPAH LALUAN HADAPAN TIDAK MENYALA.
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA SMKPR
MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM
PENGGANTIAN PETI SEJUK BARU BAGI TUJUAN AMALI ERT
Peti sejuk sedia ada telah rosak dan berada dalam keadaan sangat uzur. Tidak efektif untuk dibaiki. Ditambah lagi dengan keperluan mendesak bagi tujuan amali SPM ERT. PIBG telah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menggantikan peti sejuk tersebut dengan yang baru. Semoga para pelajar mendapat manfaat.
KERJA-KERJA PEMULIHARAAN PADANG SEKOLAH
1/2/2024
Proses layout pasir sedang dijalankan sebelum penanaman rumput baharu dilakukan.
MAJLIS HI-TEA PIBG BERSAMA AHLI KELAB STAF SMKPR
PEMASANGAN BIDAI DI DEWAN TERBUKA SMKPR
26/1/2024
Projek pemasangan bidai telah berjaya dilaksanakan bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif. Pelbagai program telah dijalankan di dewan terbuka ini. Mendapat makluman bahawa tanpa bidai, tempias hujan dan juga pancaran panas matahari sedikit mengganggu ketika program dilaksanakan. Semoga dengan adanya bidai ini, pelajar akan berasa lebih selesa dan perjalanan program menjadi lebih lancar. Projek ini diketuai oleh Pn. Narimah dan Cikgu Fairudzah.
MAJLIS HARI KUALITI SMKPR 2023/2024
26/1/2024
Hari ini, kita berkumpul untuk meraikan Hari Kualiti, sebuah acara yang memperlihatkan makna sebenar pencapaian dan kecemerlangan. Hari Kualiti bukan hanya tentang pencapaian akademik semata-mata, tetapi juga mencerminkan kejayaan dalam pembangunan diri, nilai murni, dan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.
Perlunya Hari Kualiti tidak hanya sebagai acara penghargaan, tetapi juga sebagai satu detik penghargaan kepada usaha berterusan dalam mencapai standard kualiti yang tinggi. Hari ini, kita mengiktiraf bahawa setiap pelajar adalah permata berharga yang membentuk kualiti dalam sistem pendidikan kita. Mari kita bersama-sama menyedari perlunya Hari Kualiti sebagai titik tolak untuk terus meningkatkan mutu pendidikan. Kita perlu menjadikan kecemerlangan sebagai budaya, dan Hari Kualiti adalah masa yang tepat untuk merefleksikan ke arah pembaharuan dan peningkatan yang berterusan.
Sekali lagi, tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya harungi sesi kali ini. Semoga Hari Kualiti ini menjadi inspirasi untuk kita semua terus maju ke hadapan.
Akhir kata, PIBG berjanji memainkan peranan yang penting dalam menyokong pihak sekolah untuk mencapai kemenjadian murid. Ini janji kami. Dengan kerjasama yang berterusan, kita dapat membina persekitaran pendidikan yang kondusif dan memberikan peluang terbaik kepada setiap murid.
Kata hikmah
"Kecemerlangan bukan hasil daripada usaha sekejap, tetapi usaha yang berterusan menuju standard kualiti yang tinggi. Hari Kualiti adalah peluang untuk merenung, menilai, dan memperkukuhkan komitmen kita terhadap keunggulan dalam setiap aspek kehidupan."
MAJLIS RESTU ILMU SEMPENA SPM
25/1/2024
Hari ini, kita berkumpul dengan niat yang suci untuk meraih keberkatan ilmu. Ilmu yang diperoleh oleh anak-anak kita adalah harta yang paling berharga, dan kita berdoa agar ilmu tersebut diberkati oleh-Nya.
Kepada semua pelajar di sini yang akan menghadapi SPM, kita ingin mengingatkan bahawa kejayaan bukan hanya bergantung pada hasil, tetapi juga usaha dan keazaman. Buat yang terbaik dalam setiap usaha, tanamkan kepercayaan diri, dan yakinlah bahawa setiap cabaran membawa keberkatan tersendiri.
PIBG juga memohon kepada semua pelajar agar bersedia dengan sebarang ketidaktentuan di kala anda semua sedang mengambil peperiksaan. Paling baik bincang bersama keluarga berkaitan perkara ini. Sebagai contoh, sekiranya anda demam apa yang perlu dilakukan. Sekiranya hari hujan dan anda berjalan kaki pergi ke sekolah, apa yang perlu anda lakukan. Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan sebagainya. Perkara ini sangat penting bagi memastikan perjalan peperiksaan anda berjalan dengan lebih lancar.
Jangan terlalu tertekan dengan keputusan, kerana SPM hanyalah satu langkah dalam perjalanan ke arah matlamat kita. Ambillah pengalaman ini sebagai pembelajaran yang berharga untuk membina masa depan yang lebih cerah. PIBG sentiasa menyokong dan percaya kepada kebolehan serta potensi setiap pelajar.
Akhir kata dari PIBG, Kita berada di hadapan cabaran yang besar, tetapi percayalah, kejayaan tidak datang tanpa usaha. Setiap mata pelajaran adalah satu peluang untuk membuktikan potensi yang ada dalam diri. Teruskan berusaha, berikan yang terbaik, dan ingatlah bahawa setiap usaha membawa kejayaan.
PROGRAM KEROHANIAN PELAJAR INDIA SEMPENA SPM
SUMBANGAN PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU SAINS TULEN
PROGRAM AMALI SEMBELIHAN DAN SOLAT HAJAT PERDANA
Majlis telah diadakan pada 15 Disember 2023. Majlis dihadiri oleh pelajar tingkatan 5, wakil PIBG, guru-guru SMKPR dan Ibu Bapa. Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah merahmati setiap langkah kita, membuka pintu hati dan minda kita kepada ilmu yang berguna, serta memberikan kejayaan kepada kita semua. Terima kasih kepada semua yang hadir dan marilah kita bergerak ke hadapan dengan tekad yang mantap dan hati yang yakin.
MAJLIS APRESIASI PELAJAR SMKPR 2023
Majlis telah diadakan pada 30 November 2023 dan telah dirasmikan oleh Datuk Profesor Dr. Hj. Baharudin bin Hj Puteh. Majlis dihadiri oleh pelajar tingkatan 5, wakil PIBG dan guru-guru SMKPR. Semoga pengalaman berharga ini menjadi penyuntik semangat kepada semua pelajar dalam mengharungi SPM yang akan datang. PIBG mengucapkan semangat Maju Jaya kepada semua pelajar SMKPR.
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN DEEPAVALI
Wakil PIBG iaitu En. Vishvam A/L Krishnamuthy menyampaikan sumbangan Deepavali kepada pelajar yang layak. Majlis juga disertai oleh para guru dan pelajar. Semoga bantuan yang sedikit ini dapat serba sedikit membantu mereka dalam membuat persediaan meraikan Deepavali.
WAKIL PIBG MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN PEMBELAJARAN DIGITAL ANJURAN KPM DI UiTM CAWANGAN ALOR GAJAH
Majlis diwakili oleh AJK PIBG SMKPR iaitu Pn. Wan Nurul Ain binti Wan Izhar.
PENUKARAN SISTEM AUDIO BAHARU UNTUK UJIAN MENDENGAR PELAJAR
Memandang kualiti sistem audio yang lama telah merosot ke tahap sangat teruk, maka PIBG bekerjasama dengan Koperasi Sekolah mengeluarkan sedikit dana untuk menggantikan sistem audio sedia ada kepada yang baru.
SUMBANGAN KEPADA PASUKAN LOMPAT TALI PRISSMA
Penyerahan sumbangan kepada Pasukan Lompat Tali PRISSMA. En. Abu Bakar bin Nyat yang merupakan Jurulatih lompat tali murid-murid kita.
PROGRAM EKSPLORASI DIRI DI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
Semoga anak anak yang menyertai program ini jelas matlamat dan halatuju mereka dan dapat menyebarkan maklumat diperolehi kepada rakan rakan mereka yang lain.
KEM KEPIMPINAN MURID DI KEM MODAL INSAN AGROTOURISM, SG RAMBAI
Semoga anak-anak ini akan menjadi pemimpin yang hebat pada masa akan datang.
CERAMAH MOTIVASI "PELAJAR BERDISIPLIN" AKADEMIK CEMERLANG
Ceramah disampaikan oleh DSP Gunasekaran A/L Vengadasalam.
Anjuran bersama Unit Hal Ehwal Murid - Kerohanian