SUMBANGAN PIBG SESI AKADEMIK 2024/2025
Sumbangan PIBG boleh dibuat secara Online Transfer, DUITNOW dan Pembayaran Tunai kepada guru tingkatan. Sekiranya ibu bapa dan penjaga ingin membayar sumbangan PIBG, boleh bank in ke akaun seperti di bawah bermula pada tarikh masuk sekolah 11 Mac 2024:
Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Paya Rumput
No. Akauan / Bank: 554129518173 (Maybank)
Sekiranya menggunakan transaksi online dan DUITNOW, mohon catat nama ringkas dan kelas anak diruangan remark.
Sebagai percubaan pada sesi akademik ini, muat-naik resit transaksi secara kendiri diperkenalkan. Resit transaksi perlu diberi kepada guru tingkatan dan pada masa yg sama, muat-naik resit transaksi secara kendiri juga dilakukan. Diharapkan pendekatan baru ini dapat mengatasi kelemahan sistem sebelumnya. Sekiranya efisient, pihak PIBG akan gunakan kaedah ini sepenuhnya.
Hebahan sumbangan PIBG: Klik sini
Pautan muatnaik kendiri : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSchpokZIucD0vq-ryR3g9USntn7ENbCoOdoJBsZrjD3DeSZJg/viewform
Ibu bapa yang telah upload resit boleh check status di pautan ini:
https://sites.google.com/view/smkprpibg/realtime-muat-naik-resit-sumbangan
Terima kasih.
PENCAPAIAN SPM 2023 SMKPR
Berikut adalah pencapaian pihak sekolah.
JADUAL WAKTU SEMAKAN BAHARU UNTUK MEI 2024
Pautan: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smkpayarumput2022/kurikulum/jadual-waktu-kelas
Di header jadual ada tertulis MEI.
Terima kasih.
Siaran Kokurikulum Prissma
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
PERKARA BERBANGKIT BERKENAAN MERENTAS DESA
1. Pemakaian Kasut Sukan
a. Dibenarkan sepanjang hari ketika kejohanan merentas desa.
b. Dibenarkan ketika latihan merentas desa dan aktiviti koku tetapi tidak dibenarkan ketika pdp.
2. Pemakaian Baju Sewaktu Merentas Desa.
a. Sepatutnya murid memakai baju rumah sukan untuk memudahkan pemberian mata.
b. Walau bagaimanapun, bagi murid yg belum membeli baju rumah sukan, dibenarkan memakai baju PJ hitam oren dengan syarat ada pengenalan rumah sukan yg akan diberikan oleh guru rumah sukan.
c. Jika tiada pengenalan rumah sukan, tiada mata yg akan diberikan.
3. Pemakaian Seluar Sukan
a. Hanya seluar sukan sekolah sahaja dibenarkan. Seluar sukan lain tidak dibenarkan.
4. Pemakaian Tudung
a. Hanya tudung sekolah sahaja dibenarkan. Tudung lain tidak dibenarkan.
5. Surat Kebenaran Ibu bapa / Penjaga
a. Telahpun diwar-warkan oleh Tuan Pengetua melalui makluman sebelum ini. Semua murid wajib mengembalikan surat kebenaran selewat-lewatnya pada hari Rabu 24/4/2024. Serahkan kepada guru kelas masing-masing.
b. Surat makluman dan surat kebenaran ibu bapa telahpun diedarkan kepada semua murid tadi. Jika belum dapat atau hilang, esok boleh dapatkan di pejabat sekolah.
Terima kasih.
PK Kokurikulum
Jadual KELAS Semakan Baharu APRIL
Bermula 1 April 2024, Jadual KELAS akan menggunapakai jadual semakan baharu. Jadual baharu ini ditanda dengan (APRIL) di bahagian tajuk sebelah atas. Diharap semua ibu bapa dan penjaga ambil maklum perkara ini. Semoga tidak berlaku sebarang kekeliruan dalam perkara ini.
Pautan: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smkpayarumput2022/kurikulum/jadual-waktu-kelas
Download: https://drive.google.com/file/d/1X8Rq6LFEZopZHqfAAADLEekwwHw4D8rL/view?usp=sharing
Terima kasih semua.
LINK TELEGRAM / WHATSAPP KOKU (KELAB/PERSATUAN DAN SUKAN)
PIBG akan update link KOKU dari semasa ke semasa.
Pautan: https://sites.google.com/view/smkprpibg/senarai-koku-dan-pautan
Terima kasih semua.
SENARAI PENGUSAHA BAS/VAN SEKOLAH UNTUK PELAJAR SMKPR 2024/2025
Pautan : https://sites.google.com/view/smkprpibg/senarai-pengusaha-basevan-sekolah
Terima kasih.
JADUAL PELAJAR DARI PERALIHAN HINGGA TINGKATAN 5
17/3/2024
Jadual baru bermula isnin 18 Mac, boleh dilayari di One Prissma.
Pautan: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smkpayarumput2022/kurikulum/jadual-waktu-kelas
Terima kasih.
PAKAIAN PELAJAR DI MINGGU ORIENTASI DAN SETERUSNYA
Pakaian murid Tingkatan 1 dan Peralihan ketika orientasi:
Isnin : Uniform - Perhimpunan Rasmi
Selasa : Cuti
Rabu : Baju PJK
Khamis : Uniform - Majlis Penutup Orientasi
Jumaat : Baju PJK - Aktiviti bersama UBK lepas rehat
Setelah selesai minggu orientasi, pemakaian baju ke sekolah sepanjang bulan Ramadhan bagi murid SMK Paya Rumput Peralihan hingga Tingkatan 5 adalah seperti berikut:
ISNIN - UNIFORM SEKOLAH LENGKAP
SELASA - BAJU DAN SELUAR PJK SEKOLAH
RABU - BAJU DAN SELUAR PJK SEKOLAH
KHAMIS - BAJU DAN SELUAR PJK SEKOLAH
JUMAAT - UNIFORM SEKOLAH LENGKAP
Jadual Waktu Pulang Sesi Akademik 2024/2025 untuk semua Tingkatan mulai minggu ke 2 dan seterusnya.
Nota : Bulan Ramadhan/Sepanjang bulan Puasa, tiada kegiatan KOKU.
WAKTU TUTUP-BUKA PAGAR HADAPAN DAN BELAKANG
PANDUAN ALIRAN BAGI PELAJAR TINGKATAN 3 KE TINGKATAN 4 SMKPR
Pautan: https://drive.google.com/file/d/1oUMAzxVva-sUberGZZJHlpPtplGw_oqO/view?usp=sharing
Peringatan bersama, kepada murid-murid tingkatan 3 yang akan ke tingkatan 4 dan terpilih masuk ke aliran sains tulen dan sains komputer,
Mohon ibu bapa bawa anak-anak menjalani ujian Buta/Rabun Warna. Ini adalah kerana kebanyakkan IPTA dan IPTS serta bidang kerjaya dari aliran sains menekankan berkaitan BUTA/RABUN WARNA. Sebahagian IPTA dan IPTS menjadikan syarat kemasukkan TIDAK BOLEH BUTA/RABUN WARNA atau pemilihan berdasarkan tahap Rabun Warna kerana ianya melibatkan faktor keselamatan. Mohon ibu bapa dan pelajar untuk beri perhatian berkaitan perkara ini. Dapatkan informasi lanjut dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPR atau buat pemeriksaan di Optometrist berhampiran (Zawati Optometrist Cheng: 019-647 6552).
Nota rujukan:
https://www.slideshare.net/ggiidoo/pke3104-perkhidmatan-kesihatan-sekolahsaringan-rabun-warna
https://www.facebook.com/photo/?fbid=605891062790239&set=a.605891049456907
Terima kasih.
GARIS PANDUAN TRAFIK DAN PARKIR SEMASA MENJEMPUT / MENURUNKAN MURID-MURID DI SMKPR
PAUTAN: https://drive.google.com/file/d/1bMe45bE83QfidN0wBNS2QMZOJZ8Cwoqa/view?usp=sharing
TATACARA PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN (MOTOR) BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5 SMKPR
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati,
Bagi pelajar yang ingin membawa motosikal ke sekolah, berikut adalah panduan untuk mohon pelekat kenderaan:
Bersiap dengan salinan dokumen penting iaitu lesen, geran kenderaan dan cukai jalan.
Ambil borang dari Unit Disiplin dan isi
Unit Disiplin sahkan
Bayar RM 5 untuk 1 unit sticker
Tampal di kenderaan
Pelekat ini sah untuk 2 tahun iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5. Sekiranya pelekat kenderaan pelajar hilang atau rosak, laporkan kepada unit disiplin dan bayar RM 5 untuk pelekat baru.
Terima kasih.
FORMAT LENCANA DAN NAMETAG SEKOLAH
PERATURAN PELAWAT
TATACARA BERPAKAIAN DAN RAMBUT PELAJAR