PROGRESS TERBARU:
MASALAH NAJIS BURUNG, LIPAS DI BUMBUNG SEKOLAH
(JPN DAN KKM - BAH VEKTOR)
4/4/2024 LAWATAN TAPAK OLEH PIHAK PPD.
3/4/2024 PERBINCANGAN AHLI MAJLIS PAYA RUMPUT DENGAN JPN MELAKA.
28/3/2024 SURAT TELAH SIAP, DALAM PROSES PENGHANTARAN
PENINGKATAN KESELAMATAN LALUAN PELAJAR PINTU HADAPAN
(JKR MELAKA DAN FEDERAL)
7/5/2024 UPDATE PROGRESS
5/4/2024 PIHAK JKR SEDANG BANGUNKAN LALUAN PEJALAN KAKI UNTUK PELAJAR DI TEPI AMJ.
29/3/2024 JKR MELAKA MOHON MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK PERMOHONAN BAJET.
31/3/2024 MAKLUMAT TELAH DIBERI BESERTA DOKUMEN SOKONGAN
PENINGKATAN KESELAMATAN LALUAN PELAJAR PINTU BELAKANG
(MBMB, JKR MELAKA DAN FEDERAL)
22 FEBRUARI 2024 SURAT SUSULAN DIKELUARKAN UNTUK FOLLOW UP
15 NOV 2023 LAWATAN TAPAK OLEH MBMB DAN JKR MELAKA
7 NOV 2023 LAPORAN DI BUAT KEPADA MBMB DAN JKR MELAKA
LAMPU JALAN LALUAN HADAPAN DAN SEKITAR KAWASAN SEKOLAH. STATUS: SELESAI
9/3/2024 PIHAK JPN MELAKA TELAH LAKUKAN KERJA-KERJA BAIKPULIH.
TELEFON AWAM HELOCORE
9 MEI 2024 - PEMASANGAN TELEFON AWAM HELOCORE
29 MAC 2024 - TAKLIMAT TELAH DIBERI OLEH WAKIL HELOCORE
7 JAN 2024 - LAWATAN TAPAK PIBG
5 JAN 2024 - TERIMA LAPORAN DAN CADANGAN DARI IBUBAPA
MASALAH NAJIS BURUNG, LIPAS DI BUMBUNG SEKOLAH MENYEBABKAN MASALAH KESIHATAN KEPADA PELAJAR
STATUS SEMASA : Lawatan tapak telah di buat oleh PPD.
PIC PIBG: Pn Nadeera dan Pihak Sekolah
LAWATAN TAPAK OLEH PIHAK PPD MELAKA
PERBINCANGAN AHLI MAJLIS PAYA RUMPUT (CLR. HAMIDI) DENGAN PIHAK JPN MELAKA (EN. HERMAN)
ISU LAMPU JALAN TIDAK MENYALA DI LALUAN HADAPAN KE PINTU PAGAR UTAMA SEKOLAH - SELESAI
STATUS SEMASA : Baik pulih telah selesai dilaksanakan. Lampu beroperasi dengan cemerlang. Isu selesai dan di tutup.
PIC PIBG: En. Kamanurzamani dan Pihak Sekolah
GARIS MASA - SELESAI
9 Mac 2024
Semua lampu limpah telah selesai dibaiki. Pihak PIBG dan SMKPR mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JPN Melaka.
27 Februari 2024 - JPN hantar wakil/kontraktor untuk troubleshooting
22 Februari 2024 - Surat susulan dikeluarkan untuk follow up
30 Januari 2024 - Pemasangan lampu solar sebagai tindakan sementara
18 Januari 2024 - Perbincangan PIBG dan dan pihak Sekolah berkaitan temporary solution sementara menunggu JPN
17 Januari 2024 - Lawatan tapak PIBG
17 Januari 2024 - Terima aduan dari Pn Mas
8 Januari 2024 - Reply dari JPN Melaka
22 Disember 2023 - Reply dari SISPA MBMB setelah siasatan dibuat
28 November 2023 - Pihak sekolah buat aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA)
PERINCIAN
27 Februari 2024 - JPN telah hantar kontraktor untuk troubleshooting. Proses baikpulih sedang berjalan.
30 Januari 2024 - Pemasangan lampu solar sebagai tindakan sementara
3 unit lampu solar telah dipasang di laluan hadapan sekolah. Lampu ini telah beroperasi dengan baik namun begitu kecerahan lampu ini agak terhad.
18 Januari 2024 - Perbincangan PIBG dan dan pihak Sekolah berkaitan temporary solution sementara menunggu JPN
Perbincangan berkaitan temporary solution yang perlu diambil, memandangkan situasi ini boleh membawa kepada kemalangan. PIBG mencadangkan untuk memasang lampu jalan solar berkos rendah di kawasan tersebut. Namun begitu pihak kami sedang melihat berkaitan dengan peraturan, harga, pemasangan dan penyelenggaraan. Ini bagi mengelakkan dari pelanggaran peraturan jalanraya dan bagi memastikan langkah sementara yang diambil tidak mendatangkan bahaya kepada orang awam.
17 Januari 2024 Lawatan tapak PIBG - Lawatan tapak telah di buat.
17 Januari 2024 Terima aduan dari Pn Mas - Pihak berkepentingan maklumkan kepada PIBG
8 Januari 2024 Reply dari JPN Melaka - JPN maklumkan bahawa peruntukkan sedang dipohon telah dimasukkan di bawah Anggaran Belanja Mengurus 2024.
22 Disember 2023 Reply dari MBMB setelah siasatan dibuat - MBMB menyatakan pihak bertanggungjawab adalah JPN
28 November 2023 Pihak sekolah buat aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Laporan dibuat oleh pihak sekolah.
9/3/2024 Lampu limpah laluan pintu masuk SMKPR telah siap dibaiki.
27/2/2024 Proses troubleshooting oleh Kontraktor JPN
22/12/2023 Surat reply MBMB dan JPN
ISU TELEFON AWAM DI KAWASAN SEKOLAH
STATUS SEMASA : Menunggu taklimat JPN dan provider.
PIC PIBG : Pn Narimah, En. Shearman dan Pn Connie, Koperasi dan Pihak Sekolah
GARIS MASA
9/5/2024 - Pemasangan telefon awam Helocore
29 Mac 2024 - Taklimat telah diberi oleh wakil Helocore
9 Mac 2024 - Menunggu taklimat JPN dan provider.
22 Februari 2024 - Pengetua maklumkan provider Helogang akan hadir ke sekolah untuk taklimat Helocore (Pendigitalan sekolah)
17 Januari 2024 - Lawatan tapak PIBG
7 Januari 2024 - Perbincangan PIBG dan Koperasi
5 Januari 2024 - Terima laporan dan cadangan dari Ibubapa
PERINCIAN
17 Januari 2024 Lawatan tapak PIBG
Pemerhati PIBG telah lakukan lawatan tapak dan akan mempuat laporan berkaitan perkara ini.
Setakat ini, didapati keadaaan telefon awam di hadapan sekolah adalah sangat teruk. Telefon tidak berfungsi dengan baik. Pihak provider adalah Hello. PIBG akan hubungi pihak provider.
1 telefon dalam kawasan sekolah di bangunan utama (syiling dan kad)
2 telefon di hadapan pagar sekolah. tetapi berada dalam keadaan kurang baik (syiling dan kad)
0 di laluan belakang sekolah
7 Januari 2024 Perbincangan PIBG dan Koperasi
Pihak sekolah ambil maklum dan positif berusaha menyelesaikan perkara ini.
5 Januari 2024 Terima laporan dan cadangan dari Ibubapa
Aduan dan cadangan mencadangkan supaya PIBG dan sekolah memasang kemudahan telefon awam untuk memudahkan pelajar menghubungi keluarga untuk urusan pengambilan dan penghantaran pelajar ke sekolah lebih-lebih lagi sekiranya ada kelas tambahan atau aktiviti koku.
PEMASANGAN TELEFON AWAM HELOCORE 9/5/2024
Pondok Pengawal (Depan)
Kantin
Koperasi
Belakang Koperasi 2 (Pagar Belakang)
TELEFON LAMA YANG USANG DAN TIDAK BERFUNGSI
Laporan telah dibuat, pencarian provider baru sedang giat diusahan.
ISU HARGA MAKANAN DI KANTIN SMKPR
STATUS SEMASA : Pemantauan berterusan dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG.
PIC PIBG : Pn Nadeera dan Cikgu Fairudzah (GPM HEM)
GARIS MASA
22 Februari 2024 Pihak sekolah melaporkan dalam Mesyuarat PIBG Bil 1 2024.
17 Januari 2024 Lawatan tapak PIBG
5 Januari 2024 Hantar laporan kepada pihak sekolah
3 Januari 2024 Terima laporan dan cadangan dari Ibubapa
PERINCIAN
22 Februari 2024 Pihak sekolah melaporkan dalam Mesyuarat PIBG Bil 1 2024
Pihak sekolah maklumkan bahawa pemantauan telah dibuat dari semasa ke semasa. Laporan yang diterima adalah sewaktu peralihan pengusaha kantin. Pada ketika ini keadaan masih belum stabil. Variasi makanan juga belum dipelbagaikan. Setelah beberapa minggu, keadaan menjadi semakin baik. Pengusaha kantin telah mewujudkan pelbagai variasi kapasiti makanan dengan harga yang munasabah, Pengusaha kantin sedang usahakan untuk memaparkan harga makanan dan minuman yang dijual.
17 Januari 2024 Lawatan tapak PIBG
Pemerhati PIBG telah lakukan lawatan tapak dan akan mempuat laporan berkaitan perkara ini.
Setakat ini, bekalan wang saku minima yang diperlukan pelajar adalah RM 2. Pelajar akan perolehi mee goreng sepinggan atau nasi lemak dan air tapis Coway. Pengusaha kantin akan memaparkan papan tanda/banner harga makanan dan minuman dengan segera. Keterangan lanjut akan menyusul.
5 Januari 2024 Hantar laporan kepada pihak sekolah
Pihak sekolah ambil maklum dan positif berusaha menyelesaikan perkara ini.
3 Januari 2024 Terima laporan dan cadangan dari Ibubapa
Aduan dan cadangan menyatakan bahawa harga yang ditawarkan oleh pengusaha kantin agak mahal dan kuantiti makanan yang sedikit.
SEBAHAGIAN DARI MENU BERPATUTAN YANG DITAWARKAN OLEH PENGUSAHA KANTIN
Nasi lemak telur
Mee goreng
Nasi campur, ayam + sayur
Kuehteow sup
ISU KESELAMATAN LALUAN DI PAGAR HADAPAN DAN BELAKANG SMKPR
STATUS SEMASA: Permohonan ke MBMB dan JKR Negeri telah lulus, menunggu kertas kerja ke JKR Persekutuan. Kontraktor JKR telah datang untuk lakukan pengukuran
PIC: En. Juhari (Clr), Kapten (B) Mohd Nasir, En. Jamaludin, Cikgu Mohd Azrin, GPK HEM Cikgu Fairudzah
Garis Masa:
29 Mac 2024 Wakil JKR, Pn Adilla telah respons untuk kumpul maklumat tambahan bagi tujuan permohonan bajet.
22 Februari 2024 Surat susulan dikeluarkan untuk follow up
16 Nov 2023 Perbincangan di peringkat JK Teknikal lalulintas
15 Nov 2023 Lawatan tapak oleh MBMB dan JKR Melaka
7 Nov 2023 Laporan di buat kepada MBMB dan JKR Melaka
SAMBUNGAN DI PAPARAN SEBELAH ATAS
PROGRESS PEMBANGUNAN LALUAN PEJALAN KAKI UNTUK PELAJAR 7/5/2024
KONTRAKTOR JKR SEDANG MEMBANGUNKAN LALUAN PEJALAN KAKI UNTUK PELAJAR 5/4/2024
GAMBAR SEKITAR LAWATAN TAPAK (15/11/2023 jam 11 pagi)
Lawatan tapak telah berlangsung pada 15/11/2023 jam 11 pagi.
Dapatan dari lawatan tapak tadi:
1. Laluan hadapan adalah jalan federal dan di bawah bidang kuasa JKR Federal dan bukannya JKR Negeri. Laluan belakang adalah dalam bidang kuasa JKR Negeri.
2. Garisan jalan masuk ke pintu hadapan yg telah pudar – JKR akan check dahulu status jalan. Sekiranya under JKR Negeri, mereka akan ambil tindakan.
3. JKR Negeri akan majukan usul untuk mohon dari JKR Pusat/Federal untuk laluan hadapan.
4. Jln belakang tu, dlm Mesyuarat Teknikal Esok, En Juhari akan mohon kelulusan dan percepatkan tindakan. Sebahagian dari permohonan kita akan dipercepatkan oleh JKR Negeri dan MBMB seperti lampu blinking dan speed breaker. Pihak JKR Negeri akan dahulukan perkara ini. Perkara melibatkan kos yang tinggi seperti lampu isyarat melintas, perlukan kertas kerja khas. JKR akan uruskan perkara ini.
5. Meeting Lalulintas akan dibuat pada 28 November 2023, jadi pihak JKR akan maklumkan kepada kita berkaitan keputusan mesyuarat dalam tempoh 2 minggu dari tarikh meeting.
6. Kita dibenarkan untuk buat follow up. Jln federal, En. Juhari akan bantu follow up kertas kerja dgn JKR utk diangkat ke pihak kementerian.
7. Maintenance lampu dalam Kawasan sekolah, perlu mohon dari PPD / J Pendidikan Negeri.
Terima kasih semua.
PIBG SMKPR
ADUAN / PERMOHONAN UNTUK PENAMBAHBAIKKAN KESELAMATAN (7/11/2023 jam 11 pagi)
Surat aduan telah di hantar ke Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA), melalui Unit Lalulintas dan Pengangkutan MBMB.
SENARIO KESELAMATAN DI LALUAN PAGAR HADAPAN DAN BELAKANG
Perkara yang di mohon:
a. Memasang Papan Tanda – Awas! Kawasan Sekolah, Pandu Perlahan
b. Membina laluan pejalan kaki dengan menutup bahagian atas longkang tanpa menganggu aliran air longkang.
c. Memasang penghalang menegak bagi mengelakkan motor menggunakan laluan pejalan kaki tersebut.
Perkara yang dimohon:
a. Membina `bumper` atau ‘speed limiter’ di kawasan berhampiran dengan lintasan pejalan kaki di hadapan pagar belakang sekolah. Ianya melibatkan kedua-dua belah lorong jalan. Ini adalah kerana kenderaan yang lalu lalang bergerak dengan laju.
b. Lintasan pejalan kaki yang mematuhi piawaian dan kekal.
c. Memasang lampu isyarat pejalan kaki di hadapan pagar belakang sekolah.
d. Meratakan pembahagi jalan di laluan lintasan pejalan kaki di hadapan pagar belakang sekolah.
e. Membaik pulih lampu jalan di hadapan pagar belakang sekolah yang tidak berfungsi.
f. Memasang Papan Tanda – Awas Murid Sekolah Sedang Melintas
g. Memasang pengadang (fencing) di bahagian seberang jalan. Kawasan ini adalah kawasan ibu bapa menurunkan dan mengambil pelajar ke dan dari sekolah.