SUMBANGAN MAKAN SPM (SETAKAT 15/11/2024)
KEPERLUAN: RM 10,000.00
STATUS: BARU DILANCARKAN
IBUBAPA/SYARIKAT: RM 300.00
AKAUN PIBG: RM 1000.00
JUMLAH KUTIPAN: RM 1300.00
Assalammua’laikum dan Salam Sejahtera,
PIBG dan SMK Paya Rumput memohon sumbangan kewangan bagi membantu pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM sesi 2024/2025 (2 Januari - 6 Februari 2025). Sumbangan ini bertujuan menyediakan sarapan dan makan tengahari untuk 211 pelajar sepanjang tempoh peperiksaan dengan anggaran kos RM 10,000. Walaupun PIBG telah menggunakan dana sedia ada, jumlah ini masih jauh daripada mencukupi.
Sumbangan Tuan/Puan amat dihargai untuk memastikan pelajar mendapat nutrisi mencukupi dan fokus semasa peperiksaan.
Akaun: Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Paya Rumput
No. Akauan / Bank: 554129518173 (Maybank)
Mohon Catit “MakanSPM” diruangan remark transfer untuk pengurusan akaun.
Setiap sumbangan amatlah dihargai dan akan digunakan dengan teliti untuk kebaikan pelajar. Terima kasih atas sokongan dan perhatian anda. Semoga Allah SWT / Tuhan membalas budi baik ibu bapa semua.
Kepada ibu bapa yang ingin membantu untuk mencari dana melalui majikan masing-masing, surat permohonan umum boleh diperolehi di sini: Klik untuk Download.
Terima kasih semua.
PERINCIAN SUMBANGAN