SUMBANGAN PIBG SESI AKADEMIK 2024/2025
Sumbangan PIBG boleh dibuat secara Online Transfer, DUITNOW dan Pembayaran Tunai kepada guru tingkatan. Sekiranya ibu bapa dan penjaga ingin membayar sumbangan PIBG, boleh bank in ke akaun seperti di bawah bermula pada tarikh masuk sekolah 11 Mac 2024:
Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Paya Rumput
No. Akauan / Bank: 554129518173 (Maybank)
Sekiranya menggunakan transaksi online dan DUITNOW, mohon catat nama ringkas dan kelas anak diruangan remark.
Sebagai percubaan pada sesi akademik ini, muat-naik resit transaksi secara kendiri diperkenalkan. Resit transaksi perlu diberi kepada guru tingkatan dan pada masa yg sama, muat-naik resit transaksi secara kendiri juga dilakukan. Diharapkan pendekatan baru ini dapat mengatasi kelemahan sistem sebelumnya. Sekiranya efisient, pihak PIBG akan gunakan kaedah ini sepenuhnya.
Hebahan sumbangan PIBG: Klik sini
Pautan muatnaik kendiri : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSchpokZIucD0vq-ryR3g9USntn7ENbCoOdoJBsZrjD3DeSZJg/viewform
Terima kasih.
TATACARA PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN (MOTOR) BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5 SMKPR
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati,
Bagi pelajar yang ingin membawa motosikal ke sekolah, berikut adalah panduan untuk mohon pelekat kenderaan:
Bersiap dengan salinan dokumen penting iaitu lesen, geran kenderaan dan cukai jalan.
Ambil borang dari Unit Disiplin dan isi
Unit Disiplin sahkan
Bayar RM 5 untuk 1 unit sticker
Tampal di kenderaan
Pelekat ini sah untuk 2 tahun iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5. Sekiranya pelekat kenderaan pelajar hilang atau rosak, laporkan kepada unit disiplin dan bayar RM 5 untuk pelekat baru.
Terima kasih.
PENGESAHAN PENEMPATAN MURID TAHUN 6 KE PERALIHAN DAN TINGKATAN 1 SESI 2024/2025
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada Ibu Bapa dan Penjaga yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa pengesahan penempatan murid tahun 6 ke Peralihan dan Tingakatan 1 sedang berjalan. Tarikh pengesahan adalah bermula dari 6 Feb 2024 hingga 15 Feb 2024. Ibu bapa dihendaki hadir ke sekolah dan melakukan perkara berikut:
Parkir di pagar hadapan
Lapor di pondok pengawal
Pergi ke pejabat pengurusan
Lakukan pengesahan hingga selesai
Dokumen yang perlu di bawa semasa pengesahan:
Surat penempatan (salinan)
Sijil kelahiran murid (salinan)
Kad pengenalan murid dan ibu bapa/penjaga (salinan)
Bagi pelajar yang mendapat peralihan dan membuat rayuan ke tingkatan 1, Ujian Pengesanan BM akan dilakukan pada 13 Mac 2024.
Terima kasih.
GARIS PANDUAN TRAFIK DAN PARKIR SEMASA MENJEMPUT / MENURUNKAN MURID-MURID DI SMKPR
PAUTAN: https://drive.google.com/file/d/1bMe45bE83QfidN0wBNS2QMZOJZ8Cwoqa/view?usp=sharing
WAKTU TUTUP-BUKA PAGAR HADAPAN DAN BELAKANG
PERATURAN PELAWAT
TATACARA BERPAKAIAN DAN RAMBUT PELAJAR
JUALAN BUKU & ALAT TULIS KOPERASI SMKPR 2024
Nota: Koperasi yang terlibat adalah yang didalam sekolah. Bukan di pagar belakang.
PANDUAN ALIRAN BAGI PELAJAR TINGKATAN 3 KE TINGKATAN 4
Pautan: https://drive.google.com/file/d/1oUMAzxVva-sUberGZZJHlpPtplGw_oqO/view?usp=sharing
Peringatan bersama, kepada murid-murid tingkatan 3 yang akan ke tingkatan 4 dan terpilih masuk ke aliran sains tulen dan sains komputer,
Mohon ibu bapa bawa anak-anak menjalani ujian Buta/Rabun Warna. Ini adalah kerana kebanyakkan IPTA dan IPTS serta bidang kerjaya dari aliran sains menekankan berkaitan BUTA/RABUN WARNA. Sebahagian IPTA dan IPTS menjadikan syarat kemasukkan TIDAK BOLEH BUTA/RABUN WARNA atau pemilihan berdasarkan tahap Rabun Warna kerana ianya melibatkan faktor keselamatan. Mohon ibu bapa dan pelajar untuk beri perhatian berkaitan perkara ini. Dapatkan informasi lanjut dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPR atau buat pemeriksaan di Optometrist berhampiran (Zawati Optometrist Cheng: 019-647 6552).
Nota rujukan:
https://www.slideshare.net/ggiidoo/pke3104-perkhidmatan-kesihatan-sekolahsaringan-rabun-warna
https://www.facebook.com/photo/?fbid=605891062790239&set=a.605891049456907
Terima kasih.