KEMASKINIAN SUMBANGAN PROGRAM AMALI SEMBELIHAN DAN SOLAT HAJAT PERDANA
Setakat 4/12/2023
Jumlah kutipan awam : RM 980.00
Jumlah kutipan korporat : RM 0.00
Jumlah keseluruhan : RM 980.00
Sasaran Kutipan : RM 4500.00
SURAT HEBAHAN DAN PERMOHONAN SUMBANGAN IBU BAPA
PELANCARAN PENGUMUMAN PROGRAM SEMBELIHAN DAN SOLAT HAJAT PERDANA
PROGRAM AMALI SEMBELIHAN DAN SOLAT HAJAT PERDANA - UNTUK PELAJAR YANG AKAN MENGAMBIL SPM TAHUN 2023/2024
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Ibu bapa yang dihormati sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak SMKPR, Jawatankuasa Pembangunan Surau dan PIBG SMKPR akan bergabung untuk menjayakan program SOLAT HAJAT PERDANA - UNTUK PELAJAR YANG AKAN MENGAMBIL SPM TAHUN 2023/2024. Program ini dijangka diadakan pada 14/12/2023 bertempat di Surau SMKPR (Surau Baharu). Penganjur Bersama sedang mempertingkatkan usaha untuk mengumpul dana bagi menjayakan program ini. Setakat ini dana terkumpul untuk program ini masih lagi belum mencukupi.
Sekiranya para ibu bapa ingin turut menyumbang, pihak penganjur bersama berbesar hati dan mengalu-alukan sumbangan tersebut. Sumbangan ini adalah sangat bermakna bagi pihak kami dan anak-anak SPM SMKPR. Terima kasih banyak kami semua dahului atas sumbangan yang telah diberikan. Sumbangan ini pasti akan sangat bermanfaat.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi maha mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 261).
Mohon letakkan remark 'Hajat' supaya dapat pihak PIBG kelaskan sumbangan tersebut. Sekiranya tiada remark, ianya dikelaskan sebagai sumbangan awam biasa dan akan dibelanjakan ikut keperluan semasa pihak sekolah dan pelajar.
Surat Hebahan:
https://drive.google.com/file/d/1ZYUKG0qRBCZmkMwDPartStPkK2QY0Cog/view?usp=sharing
Akaun:
Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Paya Rumput
No. Akauan / Bank: 554129518173 (Maybank)
Sumbangan secara kod QR Duitnow/ewallet:
https://drive.google.com/file/d/1uQlYZVPnIISaKCD5DSPN7zTCJIdXlT7O/view?usp=sharing
Sumbangan secara tunai boleh dibuat kepada Guru Tingkatan.
Terima Kasih.
PIBG SMKPR