Disebabkan banyak kereta di atas jalan raya, sesak jalan tu semakin teruk. Banyak masa dan duit petrol dibazir tak kisah mana kita pergi. Jadi, ramai wanita, terutamanya yang baru mula bekerja dan pelajar telah memilih motosikal berbanding dengan kereta. Motosikal pilihan yang lebih produktif dari segi perbelanjaan dan masa perjalanan.
Dulu yang memandu motosikal lelaki sahaja. Sekarang kita perasan dah semakin banyak rider perempuan. Bukan nak jadi seksis, cuma ada model motosikal yang berat sangat dan tinggi sangat untuk perempuan. Betul tak? Zaman ni memang dah tak sama lah dengan dahulu. Perempuan pun pergi gym dan angkat berat, boleh lah bawa motosikal yang suka tak kisah beratnya. Ketinggian motor sekarang pun sesuai untuk wanita Asia. Nak naik street bike, super bike atau motor harley, tak ada sesiapa (mak cik-mak cik kampung) yang boleh komen zaman moden ni. Dalam artikel ini, kita akan menghuraikan beberapa model motosikal yang kita rasa sesuai untuk penunggang wanita. Ada yang ganas dan ada yang sopan-santun. Jom kita mula!
Model #1: Ego Gear
Ego Gear, dilancarkan pada hujung tahun 2021 adalah model skuter yang terbaru setakat ini. Model ni sesuai untuk orang yang berbudget rendah. Reka bentuk dia memang nampak sopan dan ringan dikendali. Warna dia pun disukai ramai rider perempuan - merah lemah lembut yang macam pink gelap, perak matte dan biru bersinar. Nak ulang alik kerja atau sekolah memang senang. Penjagaan motor ini juga simple, tak semacam motor besar. Naik sendiri atau dengan anak pun sesuai dengan papan lantai anti-slip yang lebar dan juga tempat kaki mesra kanak-kanaknya.
Antara spek model ini:
Enjin satu silinder suntikan bahan api
SOHC 125 cc
Transmisi automatik
Kuasa 9.4 hp pada 8,000 rpm dan 9.6 Nm tork pada 5,500 rpm
Sistem Start and Stop dari Smart Motor Generator (enjin mati semasa berhenti dan hidup semula semasa pendikit dipulas)
Soket pengecas USB
Lampu hadapan LED dan lampu kecemasan
Sistem brek skuter gabungan unit cakera di hadapan dan dram di belakang
Saiz rim 14 inci
Tangki minyak 4.2 liter
Berat motor 95KG
Full spek: https://www.yamaha-motor.com.my/portfolio_page/ego-gear/
Model #2: MT-15
Kalau yang suka motor lebih besar, ni lah yang admin mengesyorkan. Dia datang bersama ABS (Anti Brake System) dan tangki besar. Walaupun cc tak tinggi, tetapi dia stabil dan boleh mencapai 130/140 kmph. Penunggang wanita yang berminat motor besar tapi tak susah dipandu, ini lah modelnya. Berbanding dengan motor besar badan yang lain, MT-15 lebih rendah harganya dan reka bentuk sangat moden dan ganas (Yamaha panggil dia “Spirit of Darkness”). Harga dia tinggi sedikit daripada motor moped biasa sahaja. Kita orang Asia kebanyakan pendek, ketinggian tempat duduk dia 81cm sahaja, tak tinggi sangat untuk rider perempuan yang risau lah.
Antara spek model ini:
Enjin 155 cc VVA
Anti Brake System (ABS)
Kuasa 19 hp
Sistem starter elektrik
Lampu posisi berkembar dan lampu hapadan LED
Gear box 6 kelajuan
Saiz rim 17 inci
Tangki minyak 10 liter
Berat motor 133KG
Full spek: https://www.yamaha-motor.com.my/portfolio_page/mt-15/
Model #3: Y16ZR
Model ketiga pula yang famous adalah Y16ZR. Baru-baru ni Y16ZR ada dua model edisi terhad, iaitu DOXOU dan Word GP. Dua-dua model tu pun hanya 5,000 unit di Malaysia dan ada keunikan sendiri. Satu warna biru dan merah, yang satu lagi putih. Untuk rider perempuan yang suka koleksi terhad, boleh je follow model ni. Berbanding dengan adik-beradik Y15ZR, Y16ZR lebih tinggi cc dia, iaitu 155cc. Lagi satu perbezaan besar adalah model ini ada gearbox kelajuan 6, manakala Y15ZR cuma ada 5 sahaja. Penarik tuas klac untuk model ni lebih pendek, jadi lebih selesa masa menukar gear. Tangki dia besar (5.4 liter), rider wanita tidak perlu lah selalu mengisi minyak, boleh jalan jauh sikit lepas isi full tank. Lampu LED dan meter digital dia membantu rider wanita yang selalu menunggang waktu malam, lebih selamat.
Antara spek model ini:
Enjin satu silinder suntikan bahan api
Enjin 155 cc VVA, 4-lejang, 4-injap, SOHC
17.7 hp
Soket kuasa 12DC
Saiz rim 17 inci
Gear box kelajuan 6
Tangki minyak 5.4 liter
Berat motor 119KG
Full spek: https://www.yamaha-motor.com.my/portfolio_page/yseries/
Rider perempuan yang baca artikel ini, model apa kegemaran kamu? :)