Ada yang suka motor kapcai dan automatik, ada pula yang minat big bike (ataupun motosikal berkuasa tinggi). Yang mana awak lebih suka dan kenapa? Bagi mereka yang berkemampuan, motosikal berkuasa tinggi pasti menjadi pilihan selain jentera moped atau skuter untuk tunggangan harian. Salah satu ciri jelas jenis motor ini ialah dia dapat mencapai kelajuan tinggi, dan peminat berlumba motor tu paling suka. Walaupun berbeza kelas dan kapasiti enjin, penunggang motosikal memiliki satu persamaan iaitu kepuasan tunggangan.
Mencari, memilih dan menunggang motosikal kuasa tinggi atau big bike bukanlah hal kecil, terutama buat mereka yang baru mula tengok-tengok. Kelebihan Big Bike termasuk:
Kelajuan tinggi
Berat dan stabil
Sesuai untuk perjalanan jauh
Reka bentuk yang lebih bergaya dan menarik
Dalam artikel ini, kita akan menampilkan 3 model Big Bike Yamaha. Semuanya ada ciri-ciri sendiri dan fungsi yang berbeza. Jom baca dan tengok model mana yang dapat menang hatimu!
Tracer 9 GT, Road Conquerer
Tracer 9 GT adalah model terbaharu dalam tahun 2022 dalam motor berkuasa tinggi Yamaha. Model ini dikuasakan oleh enjin 3-silinder penyejuk cecair 889cc yang terkini dipuji dengan ciri lebih ringan, pantas dan power melalui gabungan Tracer 9 GT. Ini boleh memastikan kecekapan pembakaran yang lebih cekap, badan lebih ringan dan juga menjamin penggunaan bahan api yang lagi produktif. Tracer 9 GT dijana enjin 4-lejang 4-injap 3-silinder sebaris CP3 889cc SOHC penyejukan cecair bersama sistem suntikan bahan api (FI) dengan transmisi manual 6-kelajuan berkuasa 117hp @ 10,000rpm dan 93Nm @ 7,000rpm dengan beberapa perubahan dilakukan untuk memberikan penggunaan bahan api lebih efisien. Beberapa bahagian enjin model ini telah diringankan dan dinaikkan taraf untuk enjin yang lebih responsif apabila diligatkan. Kapasiti tangki minyaknya adalah 18 liter, berat basah 220kg dan jarak roda 1500mm.
Antara ciri canggih yang terkini adalah suspensi elektronik yang dicipta oleh Yamaha bersama KYB, iaitu fork teleskopik dengan travel 130mm di depan dan monoshock dengan travel 137mm di belakang. Model ini juga memiliki sistem damper hebat yang mengekalkan kestabilan apabila memandu laju. Dia dilengkapi dengan rangka Deltabox aluminium CF die-cast yang baru direka bentuk, menjadikan motor lebih tegar dan stabil. Lengan hayun aluminium adalah 64mm lebih panjang untuk memastikan kestabilan semasa motor dibawa dalam kelajuan tinggi.
Posisi menunggang jenis boleh dilaraskan mengikut ergonomik tunggangan dengan tinggi pelana 810mm-825mm. Dia dibekalkan lampu LED premium termasuk lampu LED untuk mengambil selekoh. Panel meternya kembar TFT warna penuh 3.5-inci. Skrin kirinya memaparkan rpm kelajuan, gear dan mod bantuan penunggang. Skrin kanan pula memaparkan odometer, suhu dan perjalanan 1 & 2. Lampu depan LED dwi-fungsi dan fokus mono memberikan basikal rupa baharu yang dinamik dan memberikan pencahayaan yang lebih baik. Brek cakeranya 298mm di depan dan 245mm di belakang, manakala tayar jenis tiubles saiz 120/70Z R17 M/C (depan) dan 180/55Z R17 M/C (belakang). Tracer 9 GT ditawarkan dalam dua pilihan warna: Icon Performance (perak dan biru), dan Redline (merah dan hitam).
MT-07, Dark Side of Japan
Model Yamaha MT-07 ni hyper-naked versatil yang garang dan mantap. Sama seperti abang besarnya MT-09, MT-07 2021 menerima beberapa perubahan dari segi kosmetik, iaitu unit lampu utama yang diapit dengan lampu bantuan LED dan juga kehadiran lampu membelok LED untuk keempat-empat sudut.
Selain itu, brek hadapan, tayar daripada Michelin, skrin paparan LCD dan handlebar aluminium yang lebih tirus, semuanya dioptimasi dan dikemas kini. Enjin model ini bersesaran lebih besar, Yamaha MT-07 pula mengekalkan enjin parallel-twin 689 cc, 2 silinder dengan angka output 75 hp dan 67.7 Nm daya kilas. Dia dilengkapi sistem ekzos ‘2-into-1’ dan ECU baharu. Fungsi baru ini dikatakan menyumbang kepada tindak balas enjin lebih mendatar selain mengekalkan prestasi jentera yang mempunyai berat 184 kg ini.
Rekaan tangki bahan api model ini mempunyai isian maksimum 14 bersama salur udara yang baharu. Kedudukan handlebar pula diubah kepada 32 mm lebih lebar berbanding versi sebelum ini. Penukaran ini adalah untuk memberikan penunggang kedudukan tunggangan yang lebih baik dan pergerakan lebih mudah pada kelajuan perlahan selain akses lebih mudah ke paparan panel meter. MT-07 masih menggunakan sistem suspensi fork hadapan teleskopik 41 mm hadapan, penyerap hentak tunggal boleh laras di belakang, serta set roda aloi bersaiz 17 inci. Sistem breknya terdiri daripada sepasang cakera 298 mm dengan angkup dua omboh di hadapan, serta cakera 245 mm tunggal dengan angkup omboh tunggal di bahagian belakang, dibantu dengan ciri ABS.
MT-09, The New Dark Side of Japan
Dilancarkan dan sedia dimiliki dari bulan November 2021, model naked bike middleweight, Yamaha MT-09 diperkenalkan dengan sistem suspensi premium daripada KYB dan Öhlins. Versi tahun 2021 adalah dilengkapi dengan beberapa kelengkapan premium. Antaranya ialah sistem Cruise Control, sistem suspensi depan daripada KYB dan belakang daripada Öhlins dengan ciri pelarasan penuh, tempat duduk dengan dua jahitan, lengan ayun dengan kemaskini permukaan tersendiri dan juga warna baru dan istimewanya - Icon Performance. Penampilan dan reka bentuk MT-09 sangat ganas dan beraksi, seperti yang di dalam filem aksi. Dengan permukaan Matte, lampu LED tunggal seperti ‘cyclops’ yang diapit oleh sepasang lampu nyalaan siang. Lampu LED belakang pula menampilkan grafik ‘Y’ yang wow.
Dari segi teknologi pula, model berkuasa tinggi ini dilengkapi dengan unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi yang termasuk tiga ciri bantuan penunggang iaitu Traction Control System (TCS), Slide Control System (SCS) dan Front-Wheel Lift Control System (LIF). Sistem Seamless Quick Shifter System (QSS) model ini lebih lancar untuk mengawal kestabilan motosikal ketika menganjak turun gear. Semua sistem memberikan kawalan lebih tepat kepada penunggang atas apa jua permukaan dan keadaan cuaca. Ia dikuasakan enjin bersesaran 889cc (liquid-cooled, 4-stroke, 4-valves, 3-cylinder, DOHC) bertaraf Euro 5, dipadankan transmisi enam kelajuan dan menghasilkan kuasa maksimum 119PS @ 10,000rpm dengan daya tork setinggi 93Nm @ 7,000rpm.
Jentera ini juga mempunyai rangka aluminium Deltabox yang lebih ringan, iaitu 2.3 kg. Ia digandingkan dengan fork 41 mm boleh laras dan suspensi monoshock belakang dengan linkage yang dinaik taraf. Fremnya lebih ringan untuk tunggangan lebih stabil di jalan lurus, pengendalian lebih tangkas dengan imbangan lebih baik. Bukan itu sahaja, rim yang digunakan juga 700 g lebih ringan berbanding dengan rim model lama. Paparan TFT MT-09 berukuran 3.5 inci, mempunyai tachometer jenis bar yang berubah warna apabila RPM naik atau turun, serta paparan multifungsi. Paparan ini boleh diubah menerusi suis yang terletak pada bahagian kiri bar hendal. Warna yang ada adalah Storm Fluo dan Icon Blue.