Ade tak peminat skuter sini? Kalau ade share dengan kite ape pendapat dan pengalaman mengguna motosikal skuter. :)
Skuter zaman sekarang dah lain daripada zaman dulu. Banyak skuter dah dinaik taraf atas fungsi, enjin dan reka bentuk. Skuter sekarang dah ade fungsi “Stop and Start”, maksudnya dalam kesesakan lalu lintas atau semasa penunggang tak bergerak motor, enjin akan mati. Penunggang boleh tekan pemecut semula untuk menghidupkan enjin semula segera. Teknologi Yamaha Bluecore pula dapat menjimatkan minyak dengan prestasi maximum.
Banyak skuter juga ada tempat cas atau soket elektrik dan ruang penyimpanan yang luas. Ape lagi? Tempat letak kaki pun dah selesa dan selamat (anti-slip). Admin nampak ade Youtuber yang review skuter kecil 125cc. Sebelum tengok pun tak tahu sebenarnya skuter boleh jalan laju jugak dan boleh membelok dengan lancar. Dari segi reka bentuk, lampu pun dah dinaik taraf jadi LED dan dilengkapi lampu hazard. Manakala segi meter pula, ada lagi yang guna meter traditional dan ada yang digital.
Selain itu, ada jugak model skuter yang datang bersama aplikasi mobil untuk banyak fungsi-fungsi harian seperti tarikh servis, notifikasi mesej, notifikasi masalah motor, penggunaan bahan api dan tahap bateri. Smart key atau ramai paling Keyless pun adalah fungsi baru motor dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Penjagaan penting skuter selain macam motor kapcai adalah belting. Antara tanda-tanda belt penunggang skuter tidak lagi begitu baik adalah semasa motor berbunyi seperti tikus berada dalam crankcase. Jangan lupa untuk chek sendiri kondisi belt untuk memastikan tiada rekahan dan tukar sebelum ia putus. Roller weight harus dicuci dan di minyakkan sekurang-kurangnya sebulan sekali, untuk penggunaan harian.
Kelebihan
Mudah dikemudi, senang dipelajari dan senang dikendalikan
Aangat sesuai untuk keadaan jalan raya bandar dengan banyak orang dan banyak kereta, dan tidak memerlukan pertukaran gear yang kerap
Pada waktu hujan, tidak mudah membuang lumpur
Ruang menyimpan barang yang luas
Pusat graviti rendah dan kestabilannya juga bagus
Selesa bagi wanita untuk memakai skirt dan penampilannya cantik
Kelemahan
Penggunaan bahan bakar yang lebih tinggi disebabkan oleh perubahan kelajuan tanpa langkah, jarak tanah yang rendah, ukuran roda kecil, dan pukulan penyerap kejutan pendek. Jika model motor yang ada enjin penjimatan bahan api seperti Bluecore, tak perlu risau
Bukan untuk jalan yang kompleks / tidak rata
Enjin mendatar mempunyai pelinciran yang lebih baik daripada enjin menegak, tetapi mudah membakar minyak
Skuter adalah penyelenggaraan kecil mekanisme penghantaran CVT, sementara pemakaian transmisi multi-rantai akan lebih cepat
Tayar lebih kecil, tidak stabil semacam jenis motor lain
List model skuter Yamaha:
Ego Gear: 125cc
Ego Avantiz: 125cc
NMAX: 155cc
NVX STD / ABS: 155cc
TMAX: 562cc
Melayari website Yamaha untuk semua model yang ade https://www.yamaha-motor.com.my/products/
Untuk pertanyaan motor, sila wassap:
+60144009613
Singdeca Enterprise Sdn Bhd
16A Jalan Tebrau 80250 JB