“Tak beli insuran tak pe lah. Saya akan berhati-hati dan harap takde masalah atau kemalangan ape ape…nak jimat duit insuran lah.”
Ok. Sebelom kite bermula cerita pasal kepentingan insuran, penunggang motor kena tahu perbezaan, kelebihan dan kekurangan insuran First Party dan Third Party.
First Party:
Harga jauh lebih mahal mengikut tahun dan cc Motosikal
Boleh membuat claim insurans kemalangan
Boleh claim untuk kejadian kecurian dan kebakaran
Menggunakan claim insurans sendiri jika terlanggar motosikal lain
Boleh membuat claim ke atas motor lain jika anda didapati tidak bersalah dalam kemalangan
NCD akan menjadi 0% jika claim telah dibuat
Third Party:
Harga lebih murah walaupun NCD anda 0%
Tidak boleh membuat claim insurans kemalangan
Tidak boleh membuat claim insurans jika berlaku sebarang kebakaran terhadap motor dan kecurian
Boleh membuat claim ke atas motosikal yang telah didapati bersalah mengakibatkan kemalangan ke atas anda
Tidak boleh membuat claim ke atas motosikal lain sekiranya anda didapati bersalah dalam kemalangan
NCD akan menjadi 0% sekiranya motosikal lain membuat claim kemalangan ke atas anda
Sebab #1: Mempertaruhkan Motor Anda kepada Kecurian
Awak tahu tak dalam Malaysia, setahun tu lebih 15,000 kes kecurian motor? Paling top antara semua kenderaan. Kunci memang kunci lah tapi boleh jugak dicuri. Jadi dah kena curi tu kesian lah kalau tak ade insuran, betul tak? Kalau tak dapat claim, kena bayar sendiri. Risiko tinggi dan kena standby banyak duit tu. Kalau tak bayar kena blacklist atas nama pulak adui…Malang tidak berbau oi. Kalau beli insuran dan memperbahrukan nye setiap tahun, dapat lah pembayaran balik lepas dicuri.
Sebab #2: Risiko Kemalangan Motor Tinggi
Sebab motor tak ade bumbung dan tempat pelindung macam kereta, jadi risiko bercedera badan dan calarkan motor di atas jalan raya adalah lebih tinggi. Bergantung kepada penunggang motor, yang suka mencelah ke sini ke sana tu bahaya lah. Nak cepat boleh tapi kena berhati-hati sebab ada banyak kenderaan lain terutamanye pemandu yang suka tukar lorong tanpa signal. Kadang kite tak dapat nak elak kemalangan. Berbanding dengan menunggang laju dan perlahan, perlahan yang boleh mengurangkan impact pelanggaran. Dari segi insurans, ia membolehkan anda sebagai pemilik motosikal membuat tuntutan insurans jika anda terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada diri sendiri.
Sebab #3: Motor Berinsurans adalah Wajib di Malaysia
Semua penunggang mesti mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mendapatkan insurans. Insurans liabiliti adalah permintaan minima bagi melindungi kerosakan jika didapati kesalahan berpihak kepada anda. Apakah akibat motor tanpa insurans? Denda bagi menunggang motosikal tanpa insurans adalah sehingga RM2000 atau penjara tiga bulan atau kedua-duanya di bawah Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan. Jadi, kenape nak ambil risiko jimat duit insurans sikit tu dan bayar denda besar?
Insuran motosikal di Kedai Motor Singdeca?
First party dan
All-rider - maksudnye sesiape bawak motor pun dilindungi
Cover Malaysia dan Singapore
Jom beli motor kat kedai kite dan dilindungi insuran terbaik :)
WhatsApp sales kite pada +60144009613 untuk pertanyaan.