Setakat April 2022, motosikal paling hot seperti gempa bumi sedunia tu memang versi terbaru LC135 Fi ikonik dan juga Special Edition (SE) ni lah. Ia juga dikenali ramai sebagai “V8” untuk pasaran tempatan. Generasi ini digemari ramai penunggang motosikal dan dapat sambutan yang baik sejak dia dilancarkan March 2022. Ubah suai besar kali ini hanya di Malaysia sahaja. Banyak peminat di negara lain iri hati dan teruja tentang kandungan mengenai generasi ini di media sosial. Generasi lamanya dilancarkan dalam tahun 2006, iaitu 16 tahun selepas! Patutlah semua excited.
Spesifikasi 135 LC Fi terbaru:
Reka bentuk Aerodinamik yang dipertingkatkan, mengurangkan geseran serta tekanan angin di bahagian lutut untuk tunggangan lancar
Enjin Suntikan Bahan Api Klac Automatik 135cc EU4 yang baharu
Liquid-cooled mill fed daripada EFI
Power 12.4 hp di 8,000 pm
Tork 12.2 Nm 6,000 rpm
Kapasiti bahan api / tangki 4.6 liter
Berat badan 109 KG
Roda 17 inci
Paparan Speedometer digital LCD monokrom
Lampu LED untuk headlight, pilot light and tail light
Brek cakera belakang serta lengan ayun rekaan baru
Jenis plug NGK / CR8E
Perbezaan utama 135 LC Fi dengan SE:
Warna motosikal yang ada untuk 135 LC Fi adalah merah, ungu dan biru sian. SE pula ada satu pilihan sahaja - badan kelabu dan rim emas.
Versi SE dilengkapi bakul (tidak dijual secara berasingan), soket USB untuk fungsi caj telefon bimbit dan peranti elektronik lain dan tempat penyimpanan kalis air.
Dengan harga tidak melebihi RM 10,000, reka bentuk terkini dan fungsi keseluruhannya, model 135LC Fi ini berbaloi, stabil dan sesuai untuk kegunaan harian.
Yang dah beli generasi 135 LC Fi atau SE terbaru ini, apakah pendapat anda? Kongsi dengan kita!