Hi semua, setiap bulan admin menulis artikel untuk berinteraksi dengan pembaca peminat motor. Admin happy dan excited nak menulis sebab bukan sahaje kite dapat bercerita pasal motor, tapi banyak lagi pasal maklumat terkini dan berbual-bual dengan pembaca.
Dalam artikel ni, admin nak compile semua versi baru, edisi baru dan warna baru motor Yamaha tahun 2022 (setakat June 2022). Lepas MCO, Yamaha memang rajin membuat benda baru untuk menarik perhatian semua. Model mana yang paling diminati?
135LC Fi Standard dan SE - Versi Baru
Kenape 135LC Fi di kedudukan pertama? Sebab ramai sangat sangat yang suka model ni. Tak kesah lah versi berape, memang banyak gila peminatnya. Tahun ni ada versi terbaru dengan warna baru juga. Apa beza v7 denga v8 (terkini)? Model terkini dah dilengkapi fuel injection, lampu LED, meter digital dan warna baru iaitu merah, ungu dan cyan. Disc belakang pun dah ada dalam model baru. Yang special edition pula ada bakul depan premium dan tempat mengecas. Seluruh market dealer Yamaha memang lemas dengan order 135LC Fi ini. Semua sanggup tunggu untuk dapatkan versi terbaru yang auto clutch ni. Antara warna yang paling hot di kedai kite, warna merah berapi. Untuk Special Edition pula, datang bersama bakul premium yang boleh caj dan sport rim. Warna badan pun menarik!
Y15ZR - Warna Baru
Pengguna motor pasti tahu model Y15ZR atau panggilan Ysuku, model yang popular dan top sales. Kalau nak example komputer, Acer lah jenama yang paling banyak orang beli. Y15 ni pun sama. Edisi baru ni tak ada pertukaran dari versi sebelum tu, hanya warna baru. Warna terbaru termasuk kelabu yang datang bersama rim orange merah, biru, cyan dan hijau askar. Masa tengok warna hijau askar tu teringat drama Korea Descendants of the Sun, peeeee. Haha. Corak atas motor berbeza untuk empat empat warna ni. Warna yang paling disukai, hijau askar tu lah, cukup unik. Yang kedua, kelabu rim merah sebab macam special edition. Betul tu, banyak customer cakap macam tu.
MT15 - Warna Baru
Dah tahu kan MT15 model “entry” naked bike. Model ni 155cc. Adik beradik dia 250cc dan 889cc untuk market Malaysia. MT07 yang 689cc tu dah henti dah production dia. Perasan tak Yamaha suka warna Cyan di motor dalam beberape tahun ni. Kan? Speknye tak ada tukar berbanding dengan warna lama.
P/S: MT09 pun nak tukar warna baru Cyan Storm dan Tech Black, motor besar yang selected pun boleh order dari Singdeca.
Y16ZR World GP aka WGP - Edisi Terhad dan Special
Hanya 5,000 unit di negara kite, macam edisi terhad lama DOXOU tu. Badan WGP 60th Anniversary ni berwarna putih Ivory glossy dan berkilat. Cover set ada beberape sticker limited WGP tu dan corak special merah, putih dan hitam. Sport rim dia cantik dan anggun, berwarna gold gelap. Ingat tu je ke? :P
Model ni ada jugak hadiah satu kotak dengan nombor giliran motor, air botol, keychain dan pin (semua edisi terhad).
P/S: Boleh dapat kan merchandise WGP di kedai motor Singdeca, topi dan t-shirt collar. :)
Yang akan datang…
Dah dengar R15 pon akan ada warna baru. Setakat ni tak tahu lagi warna dan spek dia. Kite menunggu bersama-sama. :)
Untuk pertanyaan motor Yamaha, kunjungi kedai motor Singdeca - Yamaha Star Centre atau wassap sales kite +60144009613
Jumpa nanti!