Sejak permulaan 2020, hidup kita sudah tukar, dalam pelbagai aspek. Banyak yang kita kena menyesuaikan diri. Ada yang kena diberhentikan kerja, ada yang keluarga atau kawan dah meninggal dunia kerana Covid-19 ini. Ada pula yang kena tukar kerja dan yang lain kena cuba berniaga atas talian atau buka kedai. Setakat menulis, pandemik ini masih berada di sekeliling kita.
Disebabkan keadaan pandemik dan ekonomi, cara pengangkutan kita dah banyak berubah. Ada yang tidak mampu untuk meneruskan bayaran kereta mewah, jadi pilihan lain adalah menjual kereta mewah itu dan mengguna motosikal. Tetapi motosikal tak murah pun. Kenapa banyak yang beli atau memilih motosikal? Motosikal bukan sahaja menjimatkan minyak petrol, boleh mengelakkan jam, mudah mendapat parking dan kebaikan-kebaikan lain. Dalam artikel ini, kita akan mengesyorkan 5 model motosikal kapcai Yamaha dan ciri-cirinya jadi awak tak perlu bersusah payah cari maklumat.
Ego Gear, Rentak Gaya
Model motosikal kapcai yang paling hot dan terbaru adalah Ego Gear. Model baru sahaja dilancarkan hujung tahun 2021. Model skuter ini mempunyai tiga warna, iaitu kelabu, merah dan biru. Reka bentuk dia sangat elegan dan sopan, sesuai untuk rider perempuan yang mengguna motosikal pergi kerja hari-hari. Lelaki akan suka juga kerana Enjin Blue Core generasi baharu Ego Gear ini yang berkuasa 125cc dengan teknologi SMG (Smart Motor Generator) dan menghasilkan suara lebih halus, jimat bahan api, tersambung dengan indikator mod eco untuk pengalaman tunggangan yang tiada duanya. Selain penunjuk Eco-Mode, ia juga dilengkapi dengan sistem henti mula untuk prestasi yang lebih menjimatkan. Model ini juga sesuai dan selamat untuk keluarga dengan tempat letak kaki dan papan lantai anti-slip nya.
Ciri-ciri penuh Yamaha Ego Gear, selain yang disebutkan:
LAMPU LED & LAMPU PILOT
SOKET ELEKTRIK MUDAH CAPAI
LAMPU HAZARD
PANEL METER SERBA MODEN
Portfolio model Yamaha Ego Gear: https://www.yamaha-motor.com.my/portfolio_page/ego-gear/
NVX, Memacu Inovasi
Yamaha NVX 2021 dapat enjin lebih berkuasa dan sistem Y-Connect! Yamaha telah melancarkan model NVX Standard dan ABS. Ciri Y-Connect ini membolehkan riders menyambungkan telefon pintar mereka dengan NVX. Menerusi aplikasi ini, pemilik boleh mendapatkan maklumat seperti status minyak pelincir dan bateri, penggunaan bahan api, peringatan servis serta ranking untuk prestasi kecekapan bahan api. Riders juga akan mendapat notifikasi panggilan telefon dan mesej dipaparkan menerusi panel instrumen LCD baharu apabila pengguna menyambung dengan aplikasi Y-Connect. Warna yang menarik boleh didapati, iaitu kelabu, biru, merah dan pirus. Model NVX ini dilengkapi dengan enjin 4-lejang silinder tunggal 155cc SOHC penyejuk cecair hadir bersamaan teknologi VVA.
Ciri-ciri penuh YamahaNVX, selain yang disebutkan:
SISTEM KUNCI PINTAR
SISTEM STOP & START
SISTEM ABS BREK HADAPAN
SUSPENSI BELAKANG DENGAN SUB-TANK
KAPASITI TANGKI BAHAN API DITINGKATKAN
SOKET PENGECAS USB
REKAAN LAMPU HADAPAN DENGAN LED
LEBIH KUASA PECUTAN
Portfolio model Yamaha NVX:
Y16ZR, Prestasi Terunggul
Dibina dari teknologi dan kejuruteraan sukan permotoran, Yamaha Y16ZR diperkayakan dengan fungsi canggih. Inilah model motosikal paling berkuasa dan berprestasi di kelasnya. Tiga warna yang berbeza boleh menunjukkan gaya dan personality pengguna. Kelabu, biru dan kuning adalah pilihan yang tersedia. Model motosikal ini dilengkapi dengan sistem kunci pintar. Dengan sistem ini, enjin motosikal boleh dihidupkan hanya dengan memutar butang (tanpa memasukkan kunci). Sistem ini juga mempunyai fungsi ‘panggil-balik’ untuk mencari kedudukan motosikal. Dilengkapi ‘immobilizer’ untuk mencegah kecurian. Model Y16ZR bukan baru, tetapi ia adalah salah satu model yang paling digemari.
Ciri-ciri penuh YamahaNVX, selain yang disebutkan:
PENARIK TUAS KLAC LEBIH PENDEK
ENJIN 155CC DENGAN VVA SERBA BARU
GEARBOX 6 KELAJUAN DENGAN PEMETAAN PENCUCUHAN INDIVIDU UNTUK SETIAP GEAR
KLAC ‘ASSIST & SLIPPER’
KERANGKA BARU SERBA RINGAN
TANGKI BAHAN API 5.4 LITER BARU
BREK CAKERA DEPAN KALIPER 2-POT BARU
SOKET KUASA 12V DC
Portfolio model Yamaha Y16ZR:
Y15ZR, Kemuncak Kuasa dan Prestasi
Y15ZR juga bukan model terbaharu, tetapi ia adalah model dikenali sebagai yang paling disukai dan tahan lama. Model ini hadir dengan warna-warna: kelabu, pirus, merah dan biru. Peminat motosikal moped tentunya telah mengenali motosikal Yamaha Y15ZR yang merupakan alternatif lebih besar sesarannya dari Yamaha 135LC. Model ini dikuasakan enjin 150cc SOHC sejukan cecair yang merupakan antara kapasiti enjin terbesar dalam segmen underbone. Ia mampu menjana 15.2hp pada 8,500rpm, tork maksimum 18.5Nm pada 7000rpm, tangkas meningkat hingga ke garis merah 10,000 rpm.
Ciri-ciri kemaskini Yamaha Y15ZR, selain yang disebutkan:
LAMPU LED HADAPAN LEBIH CANGGIH
TAYAR HADAPAN LEBIH LEBAR
PANEL METER LED
CORAK GRAFIK MODEN TERKINI
Portfolio model Yamaha Y15ZR:
https://www.yamaha-motor.com.my/portfolio_page/y15zr/?lang=ms
135LC, Menakluki Segalanya
135LC versi 2021 dilancarkan dengan warna baharu. Emas (edisi khas), pirus, biru dan merah adalah warna yang tersedia untuk model ini. Ia kekal dengan enjin empat lejang bersesaran 134 cc yang menjana 12 hp pada 8,500 rpm dan 11.8 Nm pada 5,500 rpm. 135LC dilengkapi dengan cakera hidraulik pada bahagian hadapan dan brek gelendong di belakang, berserta tayar bersaiz 70/90-17 di hadapan dan 80/90-17 di belakang. Sistem suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik dan monocross. Kapasiti tangki bahan api adalah 4 liter.
Ciri-ciri lain Yamaha 135LC, selain yang disebutkan:
PENUTUP HON
PELINDUNG ENJIN
PENGALIR UDARA
Portfolio model Yamaha 135LC:
https://www.yamaha-motor.com.my/portfolio_page/135lc/?lang=ms
Apakah hadiah percuma yang awak boleh dapat jika membeli motosikal dengan Singdeca, Yamaha Star Centre di Johor Bahru?
Topi keledar
Baju hujan
Kunci Cakram Motor
Bakul depan
Untuk pertanyaan, sila hubungi kita:
http://www.wasap.my/60166899613 atau 60166899613 / 60144009613
Waktu Operasi:
Isnin - Jummat (9:30am-7:30pm)
Sabtu - Ahad (9.30am-6:00pm)
Alamat:
16A Jalan Tebrau 80250 Johor Bahru
Laman web: https://sites.google.com/view/singdeca/home